Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di Amerika Syarikat (AS) pada
minggu lalu mengesahkan terdapat kaitan antara minuman manis berkarbonat
dan air buah-buahan yang mengandungi kandungan gula tinggi dengan
penularan kegemukan atau obesiti dalam kalangan penduduk AS.
Menurut penulis satu kajian yang disiarkan jurnal New England Journal of
Medicine di online, pengambilan minuman tersebut meningkat lebih dua
kali ganda sejak tahun 1970-an.
Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama, kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.
Berdasarkan kajian pertama, minuman bergula didapati menjejaskan gen
yang mengatur berat dan meningkatkan kecenderungan untuk berat badan
seseorang bertambah.
Para penyelidik menggunakan 32 variasi gen yang
diketahui akan memberi kesan terhadap berat badan bagi mewujudkan
profil peserta yang menyertai kajian berkenaan.
Tabiat pemakanan para peserta itu juga dikenal pasti oleh penyelidik selain pengambilan minuman bergula dan amalan senaman.
Dua lagi kajian menunjukkan kumpulan kanak-kanak dan remaja yang
diberikan minuman tanpa kalori seperti air mineral atau minuman tanpa
banyak kandungan gula yang mengandungi gula tiruan didapati mengalami
pertambahan berat badan yang sedikit.
Pada pendapat saya, di
negara kita pun masalah yang sama berlaku. Kini lambakan pelbagai jenis
minuman berkarbonat yang dijual menjadi sebahagian daripada santapan
rakyat Malaysia.
Justeru itu, ramai yang mengalami obesiti termasuk kanak-kanak.
Selain itu, masalah obesiti juga akibat tabiat makan berlebihan
khususnya pada waktu malam. Obesiti menjadi lebih kronik apabila
individu terbabit tidak aktif dan kurang bersenam. Individu berkenaan
turut berisiko tinggi mendapat penyakit kronik seperti kencing manis dan
hipertensi.
Jom kita amalkan gaya hidup sihat.
Apa pendapat anda?
Berdasarkan kajian pertama, minuman bergula didapati menjejaskan gen yang mengatur berat dan meningkatkan kecenderungan untuk berat badan seseorang bertambah.
Para penyelidik menggunakan 32 variasi gen yang diketahui akan memberi kesan terhadap berat badan bagi mewujudkan profil peserta yang menyertai kajian berkenaan.
Tabiat pemakanan para peserta itu juga dikenal pasti oleh penyelidik selain pengambilan minuman bergula dan amalan senaman.
Dua lagi kajian menunjukkan kumpulan kanak-kanak dan remaja yang diberikan minuman tanpa kalori seperti air mineral atau minuman tanpa banyak kandungan gula yang mengandungi gula tiruan didapati mengalami pertambahan berat badan yang sedikit.
Pada pendapat saya, di negara kita pun masalah yang sama berlaku. Kini lambakan pelbagai jenis minuman berkarbonat yang dijual menjadi sebahagian daripada santapan rakyat Malaysia.
Justeru itu, ramai yang mengalami obesiti termasuk kanak-kanak.
Selain itu, masalah obesiti juga akibat tabiat makan berlebihan khususnya pada waktu malam. Obesiti menjadi lebih kronik apabila individu terbabit tidak aktif dan kurang bersenam. Individu berkenaan turut berisiko tinggi mendapat penyakit kronik seperti kencing manis dan hipertensi.
Jom kita amalkan gaya hidup sihat.
Apa pendapat anda?
No comments:
Post a Comment