Beberapa peristiwa berlaku...
Tajuk program memang menarik perhatian dan minat untuk seseorang menghadirinya. Sebaliknya, program tersebut TIDAK seperti yang digambarkan. Fasa pertama. Jam 8 - 10 pg yang diisi dengan sesi ceramah oleh wakil BTN. Tajuk berkaitan dgn KENEGARAAN.... apa kena mengena dgn kecemerlangan MINDA? Fasa ke-2. Jam 10.30 pg - 1.30 ptg. Diisi lagi oleh wakil BTN... menceritakan tajuk 1 MALAYSIA. Apa pulaknya ni, tiada kaitan langsung dengan kecemerlangan MINDA. Fasa ke-3. Sepatutnya wakil KPM hadir tetapi ada masalah... kenderaan penceramah rosak di Tanjung Malim. Fasa ini diisi oleh wakil JPN.. sesi penerangan dan soal-jawab disamping penerangan tentang PRISMA yang bakal diperkenalkan mulai Okt 2012.
Mengapa program tidak selaras dengan tajuk edaran surat yang diedarkan?
Dah hadir ikut sahaja aktiviti yang telah disediakan. Walaupun tiada kaitan dgn kecemerlangan minda, pengisian turut menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada terutama berkaitan dengan kenegaraan. Persoalannya....mengapa perkara tersebut didedahkan kepada kami. Tiada kaitan dengan bidang tugas kami.
Dalam program ini juga, Pak Yoep bertemu kembali denga 2 orang bekas pelajar yang pernah Pak Yoep ajar mereka di SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskanadar. Mereka kini dah menjadi guru seperti Pak Yoep. Merka ialah Izrul Iskandar (Pantai Remis) dan Nurul Izzati (Bota Kiri). Kehadiran mereka mengimbau kembali pengalaman mengajar mereka.. Kedua2nya lemah dlm Math. Kini dah bergelar guru.
Tamat program, Pak Yoep balik kampung, Lambor Kanan, menjengok bapa Pak Yoep. Dia masih sihat. Kasihan.. bapa Pak Yoep dah keseorangan..kesunyian tanpa kehadiran emak Pak Yoep yang telah menemui Ilahi pada tahun 2007. Umurnya dah menjangkau 70-an.
Beberapa ketika di kampung, Pak Yoep kembali ke Ipoh.
Rumusan: Kehadiran Pak Yoep dlm program tersebut TIDAK sebagaimana diharapkan seperti tajuk yang diberi 'Program Kecemerlangan Minda KPM'.. Tapi pulang dengan ilmu kenegaraan yang disampaikan oleh BTN. Apa kaitan...????
No comments:
Post a Comment