Wednesday, September 19, 2012

Petanque Pendidikan Khas 2012


Buat pertama kalinya, sekolah Pak Yoep telah dilantik sebagai penganjur dalam kejohanan di peringkat daerah Kinta Utara. Kami diminta menganjurkan pertandingan Petanque pendidikan khas bagi memilih peserta yang akan mewakili Kinta Utara dalam pertandingan peringkat negeri Perak.

Pak Yoep pula telah dilantik sebagai setiausaha dalam tugasan tersebut. Berdasarkan pengalaman yang ada, semua perancangan dan perlaksanaan telah dapat dilakukan dengan baik. Kerjasama rakan2 sekerja telah melancarkan perjalanan tugasan yang mencabar ini. Kali terakhir Pak Yoep sebagai 'master mind' untuk sesuatu aktiviti ialah Sambutan Hari Koperasi Sekolah peringkat sekolah. Hasil laporan  yang disediakan dan pemantauan pihak ANGKASA semasa aktiviti dijalankan, sekolah Pak Yoep telah berjaya dianugerahkan sebagai Koperasi 5 Bintang pada tahun 2006.

Selain sebagai 'Master Mind' dalam pengendalian pertandinga tersebut, Pak Yoep juga terlibat sebagai Pengurus merangkap Jurulatih petanque Sekolah Pak Yoep. Kami telah menjalani latihan sejak 12 Ogos 2012.

Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:


KEPUTUSAN SARINGAN PETANQUE KINTA UTARA 2012


1.       Penyertaan:
Bil
Nama Sekolah
Kategori Penyertaan
Berkumpulan Lelaki Terbuka
Berkumpulan Perempuan Terbuka
1.
SK CORONATION PARK
X
X
2.
SK PENGKALAN PEGOH
X

3.
SK PINJI
X

4.
SK SERI MUTIARA
X
X
5.
SK SYED IDRUS
X
X
6.
SMK PENGKALAN
X
X
7.
SMK SERI AMPANG
X
X
8.
SMK SERI INTAN

X
9.
SMK SERI PUTERA
X

10.
SMK TAMBUN
X

11.
SMK WIRA  JAYA
X
X




Jumlah Penyertaan

10

7


2.       Tarikh / masa pertandingan

19 Sep 2012 (Rabu) pada jam   8.00 pg – 2.30 ptg

3.       Keputusan Pertandingan:
Hadiah/Kategori
Kategori Pertandingan
Bekumpulan Lelaki Terbuka
Berkumpulan Perempuan Terbuka
Johan
SMK SERI PUTERA
SMK SERI INTAN
Naib Johan
SK CORONATION PARK
SMK PENGKALAN
Tempat Ke-3
SK PINJI
SK SERI MUTIARA
Tempat ke-4
SMK WIRA JAYA
SK CORONATION PARK


4.       Kelemahan utama yang dikenalpasti:

a.1. Borang penyertaan tidak dihantar kepada penganjur sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.
b  2.  Pertandingan tidak dapat dilaksanakan mengikut  masa yang ditetapkan kerana kelewatan pasukan hadir ke lokasi pertandingan.
c 3. Terdapat pasukan yang tidak cukup ahli (4 orang).
d  4. Pasukan tidak membawa seorang guru sebagai Pegawai Teknikal sebagaimana yang ditetapkan sehingga menyebabkan  bebanan tugas Pegawai Teknikal yang ada untuk mengendalikan pertandingan.
  
5.       Rumusan: 

i. Keseluruhan perjalanan pertandingan berjalan lancar  dan kerjasama semua sekolah semasa pertandingan amat memuaskan.
ii. Sekolah PaK Yoep telah berjaya menjadi Johan dalam Kategori Berkumpulan Lelaki.


Pengiktirafan

Pada 20 Sep 2012 Dapat pengiktirafan drp PPD Pendidikan Khas PPD Kinta Utara atas penganjuran Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Kinta Utara 2012 pada 19 Sep 2012 yang beliau kategorikan sebagai perlaksanaan bertahap PROFESIONAL..... 

Tahniah kepada semua guru dan PPM yang terlibat.

No comments:

Post a Comment