Wednesday, September 26, 2012

Anakku Autisma...Muhammad Aiman

MUHAMMAD AIMAN HAMIZAN dilahirkan pada 22 Ogos 2007 di Hospital Selayang dengan berat pada ketika itu 1.8kg. Telah disahkan Autism pada 27 April 2012. Kini berusia 5 tahun dan sedang mengikuti kelas di NASOM Titiwangsa bermula September 2012. Anak saya masih memakai pampers dan belum mampu untuk membuang air sendiri. Anak saya juga belum mampu untuk bercakap. Anak saya hanya minum Air kotak Soya Seasons 250ml dan makan Nestle Cerelac (Multi Grain & Mixed Fruits). Cukup obses kepada lampu dan benda@ yang berkilat.

Di antara perkara yang saya & wife saya latih setakat ini :
1) Sebelum mandi, buka baju & seluar=masukkan ke dalam bakul baju.
2) Duduk atas stool utk pakai kasut sebelum keluar.
4) Salam cium tangan.
5) Cium pipi (latest).

Di antara perkara yang anak saya buat sendiri :
1) Menyelam di swimming pool (lvl kanak2).
2) Buka/tutup suis lampu (tak sampai, cari something sebagai tangga)
3) Buka/tutup paip air, tombol pintu, bekas makanan.

Sumber:Hasfanizam Bin Hashim, KAA

No comments:

Post a Comment