Saturday, September 1, 2012

Hukum Keseimbangan


Setiap yang kita lakukan adalah untuk mencari keseimbangan. Keseimbangan terjadi melalui empat peringkat dan ia mesti berlaku mengikut tahap-tahap yang telah tetap. Dalam segala aspek kehidupan dan setiap proses kejadian, kita tidak boleh mengetepikan daripada mengambil kira empat level atau demensi ini iaitu Spiritual, Emosi, Mental dan Fizikal kerana alam ilusi mempunyai empat dimensi sahaja.

Proses ini amat ringkas dan berlaku dengan pantas. Kepantasannya melebihi daripada kelajuan tindak balas refleks. Setiap perbuatan atau percakapan yang dilafazkan walaupun dengan hanya pergerakan satu milimeter sahaja atau walaupun dengan percakapan satu fonem sahaja, sebenarnya ia tetap akan terjadi setelam melalui keempat-empat peringkat ini.

Sel dan mikroorganisma juga tidak terlepas daripada bergerak kerana mematuhi Hukum Keseimbangan. Pergerakannya adalah lebih kecil daripada satu nanometer. Oleh itu, Hukum Keseimbangan boleh menjelaskan aktiviti sel dan bagaimana proses penyembuhan berlaku melalui aktiviti sel.

Gelombang cahaya, warna dan bunyi berlaku kerana wujud getaran yang amat halus. Getaran adalah pergerakan. Setiap gerakan yang berlaku adalah kerana mematuhi Hukum Keseimbangan. Oleh itu, cahaya, warna dan bunyi terjadi kerana mematuhi Hukum Keseimbangan.

Hukum Keseimbangan ialah satu pengaliran tenaga dan terjadi setelah melalui proses peralihan tenaga. Tenaga ini lahir daripada satu kuasa kemudian berkembang sehingga mewujudkan keseimbangan. Proses ini amat tepat dan berlaku dengan kadar ketetapan. Proses untuk mencapai keseimbangan ini dipanggil Hukum Keseimbangan. Berikut ialah proses bagaimana Hukum Keseimbangan terjadi yang diterangkan secara ringkas.

 
SPIRITUAL

EMOSI

MENTAL

FIZIKAL


Tahap Pertama: Peringkat Spiritual

Disebabkan manusia diberi akal fikiran untuk bertindak sendirian, sedangkan manusia tidak memahami atau mengetahui akan Hukum Keseimbangan, maka Hukum Keseimbangan akan bertindak menyeimbangkan keinginan manusia dengan mewujudkan instinct. Atau untuk lebih difahami, disebabkan adanya manusia yang berfikir, maka Hukum Keseimbangan mewujudkam instinct.

Pada peringkat pertama, instinct atau gerak rasa yang pertama akan tercetus. Instinct hanya datang sekali dan mesti dihormati. Menghormatinya bermaksud mempercayainya atau menerimanya. Kegagalan menghormati atau menolak instinct menyebabkan ia lenyap dan tidak akan dating lagi. Instinc datang daripada Maha Pencipta. Mempercayai instinct bermaksud kita telah mengikut ketetapan. Ketetapan ini dipanggil syariat.

Instinct yang baik mesti datang pada waktu yang hening di tempat yang bersih. Waktu yang paling hening ialah pada waktu subuh (iaiti mulai dari terbit fajar hingga terbit matahari) kerana waktu itu gelombang atmosfera amat menenangkan. Sebenarnya instinct boleh datang pada sebarang waktu tetapi elakkan daripada mengambil kira instinct peda waktu maghrib (iaitu waktu terbenam matahari hingga hilang cahaya matahari) atau ketika berada di tempat kotor atau dalam tandas.

Instinct akan memberi persepsi pertama. Persepsi yang membawa satu perkataan contohnya tiba-tiba kita akan berkata ‘cantiknya’ atau ‘hebatnya’ atau ‘menyampahnya’ atau ‘teruknya’ dan lain –lain lagi. Persepsi terbahagi kepada dua jenis iaitu ke arah yang positif atau ke arah negatif . Positif atau negatifnya instinct ini bergantung kepada pengaruh kesihatan dalam tahap level diri individu. Sekiranya seseorang itu sihat maka instinct yang datang akan diterima dalambentuk yang positif. Contohnya jika instinct datang yang menyatakan ‘hodohnya’ maka sifat positif akan mentafsirkannya sebagai ‘uniknya’.

Jenis instinct juga datang berdasarkan kehendak seseorang. Iaitu sesuatu matlamat yang ingin dicapai. Cuma caranya tidak dapat atau tidak pernah difikirkan. Oleh itu, kita hendaklah apabila berkeinginan, pastikan kita setkan atau tetapkan dalam minda supaya sentiasa memiliki akhlak yang baik atau mematuhi etika yang baik.

Kesihatan yang baik memberi rasa hening pada tubuh. Menyedari keheningan mendatangkan instinct yang membawa manfaat, maka amat penting untuk kita memastikan kesihatan diri berada dalam keadaan yang baik dan terbaik.

Tahap Kedua: Peringkat Emosi

Setelah instinct dihormati atau diterima, maka gema instinct akan mewujudkan getaran dalam hati. Ia dipanggil magnitude. Magnitude ini dapat dirasai dalam bentuk debaran. Apabila berlaku debaran, hati akan teruja. Pada waktu yang sama enzim daripada kalenjar tertentu akan dirembeskan. Jantung pula akan bergerak kencang sedikit. Perubahan mengejut dalam sistem bendalir dalam badan akan menguja hati untuk berfikir . Berfikir adalah peringkat mental yang akan diterangkan di bawah.

Fenomena ini tidak dapat dielakkan terutama sekali sekiranya ia berkaitan dengan kemahuan kita sebelum ini. Debaran akan kuat berlaku sekiranya kita telah lama bersabar dengan kemahuan kita. Semakin kuat kita bersabar dalam menunggu tercapainya sesuatu hajat maka semakin kuat pula debaran yang dialami. Maksudnya magnitudnya semakin tinggi. Sebenarnya hajat atau kehendak itu sendiri datang daripada ketentuan Maha Pencipta. Kita diberi rasa debaran supaya berfikir untuk menilai dan memilih.

Sewaktu debaran berlaku, kita tidak akan sedar sama sekali apakah tujuan instinct atau tidak dapat mengaitkan instinct dengan kehendak kita yang pernah kita impikan dahulu. Walaubagaimanapun, setelah memahami proses Hukum Keseimbangan, kemungkinan anda akan menyiasat debaran yang berlaku pada diri anda. Pada waktu itu anda akan dapat mengawal atau menguasai keadaan. Kebolehan untuk mengawal situasi yang lahir dari pemahaman dan kesedaran yang mendalam dipanggil tariqat. Tesis yang sedang anda baca ini sebahagian daripada ilmu tariqat.

Manusia suka bertindak berdasarkan kemahuan sendiri. Tetapi pada masa yang sama Hukum Keseimbangan yang diaturkan oleh Maha Pencipta harus dipatuhi. Itulah sebabnya instinct membawa kepada debaran. Debaran tersebut tidak dapat dikaitkan dengan perancangan seseorang. Maha Pencipta adalah juga Maha Bijaksana, maka tujuan debaran terjadi kerana ingin menyeimbangkan antara keinginian manusia yang jahil dengan Hukum Keseimbangan yang suci dan sempurna.

Tahap Ketiga: Peringkat Mental

Debaran yang lahir akan amplitude iaitu menguja atau menyentak kita sehingga ia membawa diri kita untuk berfikir. Pada waktu ini kita akan menilai instinct dengan lebih nyata. Semakin kuat kita mampu menilainya maka semakin kuat imaginasi kita. Imaginasi terjadi kerana instinct tadi tidak mampu dinilai atau dikaitkan dengan kemahuan kita sebelum ini. Menghormati instinct akan memaksa diri berimaginasi. Semakin hebat imaginasi maka semakin tinggi amplitude.

Sekiranya pada peringkat awal instinct gagal dihormati, segalanya akan berakhir sekadar di peringkat debaran (emosi) atau paling jauh di peringkat imaginasi (mental). Pada peringkat imaginasi, seseorang yang enggan menghormati instinct yang telah membawanya untuk mengimaginasi akan kebiasaannya mengeluarkan perkataan ‘merepeklah’ atau ‘tidak mungkin’ atau ‘payah’ iaitu perkataan lemah semangat atau menggagalkan. Oleh itu, instinct hendaklah sentiasa dihormati supaya debaran akan mewujudkan imaginasi

Imaginasi akan membuat kita lebih menghayati. Penghayatan akan mewujudkan rasa hormat dan rasa ikhlas. Ikhlas tidak boleh dibuat-buat atau dipaksa. Ikhlas akan lahir disebabkan keinginan yang dipengaruhi imaginasi. Imaginasi yang membawa kepada penghayatan hanya boleh terjadi daripada rasa hormat terhadap instinct. Menghormati instinct dengan sendirinya akan membawa kepada rasa ikhlas. Hukum Keseimbangan menjelaskan bahawa ikhlas itu dikesan setelah seseorang itu telah mencapai kesempurnaan di tahap mental.

Imaginasi yang bermain di minda akan mengajak kita berfikir. Kita akan berfikir untuk menolak atau menerimanya. Imaginasi yang sempurna akan mengajak kita berfikir mengenai langkah untuk menyempurnakannya. Imaginasi yang sempurna terjadi jika kita menghormati instinct. Kegagalan menghormati instinct akan menjadikan kita gagal untuk mencari jalan untuk melaksanakannya. Dengan memahami Hukum Keseimbangan, kita akan mengetahui bahawa imaginasi yang membawa kepada memikirkan langkah atau jalan untuk melaksanakannya. Langkah ini adalah satu hakikat yang sebenar. Ilmu berfikir ialah ilmu hakikat

Dengan memikirkan jalan untuk menyempurnakannya, maka akan lahir satu perancangan yang tersendiri. Maksudnya ia tidak dipengaruhi oleh masa orang lain. Maksud tidak dipengaruhi oleh masa orang lain ialah tidak mengikut peraturan atau suruhan orang lain. Ia terjadi dengan kerelaan diri sendiri. Perancangan yang tersendiri yang tidak difikirkan oleh orang lain ini apabila ia dilaksanakan nanti, ia akan menjadi satu perancangan yang dinamakan ikhlas. Kegagalan untuk berimaginasi akan menyebabkan kita tidak mampu berfikir dngan baik. Ketika itu pengaruh pemikiran luar yang menjurus kepada pemikiran logik akan menggaggu keupayaan berfikir sendiri secara matang. Ketika itu pengaruh logik menggganggu atau menghilangkan keikhlasan.

Tahap Keempat : Peringkat Fizikal

Alam ilusi ini ialah sesuatu yang membolehkan kita melihat objek, dapat merasa,menghidu dan mendengar semua perkara yang ada di dalamnya. Setiap kejadian di alam ilusi ini wujud daripada daya pemikiran yang berlaku secara berulang-ulang. Oleh itu, setiap yang difikirkan secara berulang-ulang maka ia pasti akan berlaku.

Daripada apa yang telah difikirkan, maka akan lahir kecenderungan yang amat kuat untuk melakukannya, atau menzahirkannya. Sesuatu kejadian yang dapat kita lihat hari ini sama ada dalam bentuk objek, peristiwa, sikap, rezeki, bencana, kemalangan atau penyakit semuanya adalah telah disempurnakan kejadiannya. Kesempurnaan kejadian yang dapat dilihat dalam alam ilusi disebut makrifat. Setiap yang telah berlaku tidak boleh berulang kembali. Oleh itu, kita mesti menerimanya. Kemampuan untuk menerimanya disebut redha.

Setiap yang telah makrifat adalah kemuncak bagi Hukum Keseimbangan. Lahirnya tindakan untuk mewujudkan sesuatu berdasarkan apa yang telah difikirkan akan melengkapkan Hukum Keseimbangan. Oleh itu, setiap yang bergerak adalah kerana ingin mematuhi Hukum Keseimbangan.

Bencana, kemalangan dan penyakit, iaitu yang kita dakwa sebagai perkara yang ingin dijauhi sebenarnya lahir daripada tindakan akibat apa yang telah kita fikirkan. Kerosakan yang telah kelihatan semuanya disebabkan oleh perbuatan manusia itu sendiri. Walaupun kita tidak bertindak secara langsung, namun kita tetap akan mengalaminya melalui tindakan tidak langsung. Contohnya seseorang itu sentiasa terlihat orang yang hidup susah. Dia memikirkan keadaan hidup seharian orang yang miskin itu. Dia berkata dia tidak mahu menjadi orang mikin, tetapi pemikirannya masih memikirkan tentang kemiskinan itu kerana ia rasa tertarik dengan perkara itu tanpa menyedarinya. Apabila dia memikirkan tentang keadaan si miskin, maka si miskin juga akan memikikirkan tentangnya. Akhirnya dia akan melakukan perbuatan atau sikap yang akan membawa kepada kemiskinan dirinya. Misalnya sifat suka tertunggu-tunggu, berehat berlebih-lebihan, tidak ada ketetepan dan sebagainya.
Oleh PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN 

No comments:

Post a Comment