Wednesday, September 26, 2012

Perkara ditakuti anak2 autisma


Hasil drp komen rakan2 KAA, rupa2nya anak2 autisma kita semua kebanyakannya TAKUT kepada BUNYI yang kuat seperti blender, mercun, misen rumput, kilat, guruh, TV, mercun.. walaubagaimanapun ada yg GAYAT, takut dgn UBAT Malah ada yang takut pd SERANGGA dan KUCING mengiau. 

Kesimpulan: Anak2 autisma mempunyai ciri yang sama selain drp ciri2 autisma yang ada. Faqihah semasa kecil takut kepada perkara2 di atas tapi kini dia takut pd lagu nasyid SELIMUT PUTIH...Ianya dijadikan modal sekiranya dia buat perangai.


Diantara komen tambahan rakan2 KAA

Shikin Taib anak saya takut kucing...dijadikan modal jugak ihik...

Sitijuraidah Zahari anak sy takut lipas...emm boleh gok wak umpan suh tido...

Shah Rul Nizam Nizam anak sy mcm2 binatang dia takut,,,,,,nak bg dia berani,sy sampai beli kucing parsi untuk anak sy....skrg dia ok cikit la...

Norzihan Zakaria anak saya tidak suka kepada bunyi yg kuat...suka menutup telinga jika mendengar bunyi yg kuat...

Dedeh Cinta Rosita iya revan jga klo denger suara blender petasan sma petir tu2p telinga.

Dir Amydzah kalau dengar benda2 macam tu pasti tutup telinga lepas tu menangis sekuat2 hati...mengamuk......

Syarila Bahari Anak saya gayat, xsuka bunyi terlampau kuat. Takut pada plastik sampah warna hitam hehehe....

Cik Puan Nooraishah Ghazali Anak saya x takut apa2 pun....

Ajat's Ramli Anak sy xsuka bunyi blender xsuka dgr bunyi org memggerudi tpi byk bnda yg dia xtakut pn

Zaza Masrini Ghazali anak saya takut bunyi motor yg kuat

Izhar Ibrahim Rata2 anak2 kita memang sensitif pd bunyi. Idris Nassruddin Izharuddin, anak saya yg di diagnos ADHD, akan berusia 14 thn bulan dpn, masih tidak suka pd bunyi2an di atas dan ... sama spt semua di atas, dia akan menutup telinganya juga. Akan tetapi, kami juga, pd masa yg sama, melatih dia supaya tidak begitu sensitif pd bunyi2an itu. Melatih dia supaya dia cuba sesuaikan dirinya dgn bunyi2an itu kerana samada dia suka atau tidak, bunyi2an itu akan tetap berkumandang di dalam kehidupan kita tiap2 hari. Kami pujuk dan pujuk dan pujuk tiap2 hari sambil menerangkan pd nya tentang bunyi2an tu. Percayalah kwn2 semua, skrg tingkahlaku anak saya tu boleh dikawal dan alhamdulillah, kami dah bole bawa Idris ke majlis2 keramaian e.g. perkahwinan. Walaupun sesekali masih menutup telinganya tetapi perlahan2 dia akan turunkan tangannya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan bunyi2an tu. InsyaAllah.

Izhar Ibrahim Di sini juga sy memanjangkan terima kasih kami kepada barisan guru2 dan PPM Ppki Sk Ujong Pasir dan GPK pd masa tu Puan Hajjah Hasmah Hitam yg telah memainkan peranan dlm usaha membantu anak saya Idris Nassruddin Izharuddin supaya duduk diam dan tidak tutup telinga ketika bacaan yaasin tiap2 pagi Jumaat.

No comments:

Post a Comment