“Aku dilahirkan sebagai seorang
Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun.
Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup
ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US
dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur,
tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku
masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti
ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu,
kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia
adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat
semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya
dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?
Perbualan kami turut disertai bersama
dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk
dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut
kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku telah bertukar
daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada
agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan
dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.
Dalam kesungguhanku mencari kebenaran,
aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan
sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi
lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah
keyakinanku, dan pilihanku.
Suatu ketika dulu aku buka mindaku
kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang
percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang
percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan
keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa
tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh
dalam lubuk hatiku aku percaya.
Ketakjuban yang baru aku jumpa ni
diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama
kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana
aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu
juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak
selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan
sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik
sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”
Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak
agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi
tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan
Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama
Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, ’10 Commandments’, Taurat,
jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?
Masa aku buat kajian perkara ini
menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai
Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama
Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan?
Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).
Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa
Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia
diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan
dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam
agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya
sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.
Satu hal lagi yang peliknya dalam
Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa
nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku
takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan
kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?
Kita teruskan..Aku dapati Christianity
(agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh
suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi
macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?
Penjelasan lepas penjelasan, persamaan
lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas
analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…
Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia
lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi,
Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua
orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan
kepada kita oleh Adam..
Ok, kalau begitu maknanya kamu
mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia
berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan
satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi
yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik..
takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya?
Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang
melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak
zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.
Jadi Jesus Christ mati kerana beliau
‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata
“Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia
dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela
dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan
begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….
Islam bermaksud penyerahan diri.
Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam,
infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan
Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak
ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.
Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku
tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang
mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang
boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang
diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat
berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan
teknologi.
Semakin aku membuat kajian ke atas
ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi
mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku
dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun, mengingat semula
kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di
dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”.
Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama
masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama
dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada
perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan
“Christ” dan ” ianity”…
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua
kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama
ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah
Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada
golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama
manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.
Kalaulah aku jual barang dari rumah ke
rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada
nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama)
ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun
yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.
Sudah tentu sekali nama agama adalah
nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat
sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci
mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan
menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada
pendapat aku… Tak masuk akal.
Pada hujah ini, Judaism dan Christianity
dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai
sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang
ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan
bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib mengikuti
Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan
kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..
Allahu Akbar……
.
Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam..”
Wallahualam..”
Sumber: http://www.zaharuddin.net/
No comments:
Post a Comment