1. Buat muhasabah diri dan kaji untuk apa anda pergi ke tempat kerja
setiap hari. Adakah semata-mata hanya kerana anda dibayar gaji, hanya
mahukan gaji (dan tidak kisah apa itu kecmerlangan dalam kerjaya) atau
minat pada bidang kerja itu? Setelah mengkaji mindset sesetengah orang,
ada yang jadi malas, tidak bersemangat, kerja main lepas tangan dan
lebih suka tidak ambil kisah, janji duit gaji masuk. Namun, ada juga
yang menjadikan tangga gaji sebagai ‘booster’ motivasi. Jika itu niat
anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus,
produktiviti, prestasi kerja, kerjasama dan akhir sekali mindset positif
untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.
2. Dengan inisiatif
anda sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu anda lakukan dalam
bidang kerja anda. Misalnya, jika kawan sekerja anda masuk kerja jam 9
pagi hingga 5 petang, anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang,
tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga anda tidak sedar masa berlalu.
3. Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang anda tunjuk rajin.
Itu kerjaya anda dan katakan pada diri, bukan kawan-kawan anda yang
bayar gaji anda. Untuk menjadi pekerja cemerlang, anda perlu komited
sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang
tugas yang diperlukan. Anda harus proaktif dengan rajin membantu
kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tetapi, rajin
biar kena tempatnya, nanti anda akan dipergunakan.
4. Setiap
tempat kerja pasti akan wujud sedikit ‘politik’. Keupayaan komunikasi
interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri
dengan mengkaji sikap rakan-rakan sekerja anda. Pekerja yang cemerlang
adalah seseorang yang tahu di mana ruang yang dia boleh menyelit tanpa
perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.
5. Pekerja
yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain
itu, dia akan sentiasa menambah ilmu, sama ada teori atau praktikal. Dia
tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu
dikuasai. Dia menumpukan usaha pada perkara yang benar-benar
mendatangkan hasil, bukannya cuba menguasai semua ilmu dan kemahiran
dalam masa singkat. Minda anda lebih senang menangkap dan memahami apa
yang anda pelajari jika anda tumpukan pada satu perkara dalam satu-satu
masa.
1. Buat muhasabah diri dan kaji untuk apa anda pergi ke tempat kerja setiap hari. Adakah semata-mata hanya kerana anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tidak kisah apa itu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja itu? Setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi malas, tidak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tidak ambil kisah, janji duit gaji masuk. Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai ‘booster’ motivasi. Jika itu niat anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, prestasi kerja, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.
2. Dengan inisiatif anda sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu anda lakukan dalam bidang kerja anda. Misalnya, jika kawan sekerja anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga anda tidak sedar masa berlalu.
3. Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang anda tunjuk rajin. Itu kerjaya anda dan katakan pada diri, bukan kawan-kawan anda yang bayar gaji anda. Untuk menjadi pekerja cemerlang, anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Anda harus proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tetapi, rajin biar kena tempatnya, nanti anda akan dipergunakan.
4. Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit ‘politik’. Keupayaan komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji sikap rakan-rakan sekerja anda. Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu di mana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.
5. Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ilmu, sama ada teori atau praktikal. Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada perkara yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya cuba menguasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat. Minda anda lebih senang menangkap dan memahami apa yang anda pelajari jika anda tumpukan pada satu perkara dalam satu-satu masa.
No comments:
Post a Comment