Sunday, September 9, 2012

Hari ke-3 UPSR doakan Kak Long


Assalamualaikum. Sukacita dimaklumkan kakak Faqihah,Noor Fakhira Izzah Izzati akan menduduki peperiksaan UPSR pada 11 -13 Sep 2012 (mggu depan). 

Mohon sahabat2 pengunjung laman blog ini dan  FB KAA mendoakan agar beliau dpt menjawab dgn baik dan seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang dlm peperiksaan tersebut. 

Kerjasama yg tuan/puan berikan amat kami sekeluarga hargai dan didahului dgn ucapan jutaan terima kasih.


Hari Pertama

Ummi dan abah bangun awal untuk Solat Hajat selepas melaksanakan Solat Tahajud secara berjamaah agar dipermudahkan Kak Long menjawab peperiksaan UPSR. Dapat menjawab dgn tenang. Menjawab soalan dengan tepat mengikut kehendak soalan.

Ummi dan abah turut berpuasa sempena 3 hari Kak Long menduduki peperiksaan.

Kak Long dibekalkan dgn meminum Smart Coco A+ dan makan JERI Quotient untuk menambah daya ingatan dan kesegaran tubuh disamping keyakinan diri untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Sepanjang Kak Long periksa, umminya bercuti pada hari pertama dgn melakukan perkara2 berikut pada sebelah pagi:

1. Ambil Wuduk
2. Menghadap Kiblat
3. Membaca syahadah 3 kali
4. Surah Fatihah 10 kali
5. 3 Surah Qul 1 kali
6. Surah Insyirah 1 kali
7. Selawat 10 kali
8. Surah Yassin 1 kali
9. Surah Insyirah 100 kali

Abah tidak dapat melaksanakannya kerana berkerja.

Ummi dan Abah mendoakan agar Kak Long berjaya dengan cemerlang dengan memeprolehi 5A dalam peperiksaan tersebut.

Semalam, ummi juga telah membelikan jam tangan untuk Kak Long untuk digunakan semasa peperiksaan kerana jam yang ada telah tidak berfungsi. Kak Long terkejut dgn pemberian tersebut.

Selepas tamat peperiksaan, Kak Long memaklumkan BM Pemahaman sahaja yang menghadapi masalah iaitu 11 soalan tiada keyakinan dijawab dgn betul 


Hari ke-2

Tiada keluhan drp Kak Long. Semua berjalan lancar.



Untuk pengetahuan semua pengunjung laman blog ini, dalam peperiksaan percubaan UPSR Kak Long memperolehi 4A 1B. 


Hari ke-3

Masih tiada keluhan drp Kak Long. Malah markah math K1 memperolehi 39/40 setelah disemak bersama-sama gurunya. 


Hari ke-4

Jam 5 pagi bertolak ke Melaka bersama rombongan sekolah selama 2 hari 1 malam yg disertai oleh semua murid Upsr (2 buah bas)..


Catatan: Mohon kemaafan, tiada post terbaru sepanjang Kak Long menduduki Peperiksaan UPSR.

2 comments:

  1. Anak sulung kak yus, salsabilla, juga ambil upsr tahun ni, alhamdulillah, ..kak yus doakan semoga kak long n salsabilla akan beroleh keputusan yg cemerlang..

    ReplyDelete
  2. Sama2 kita doakan... salsabilla, Fakhira...

    ReplyDelete