Faqihah RINDU Kak Long |
Selepas tamat peperiksaan, keesokan harinya, Kak Long mengikuti rombongan sekolah ke Melaka. Pemergian Kak Long tanpa disedari oleh Faqihah kerana bertolak jam 5 pagi.
Pada sebelah malam, mungkin Faqihah merasai ketiadaan Kak Long lalu mengucapkan kata2 berikut:
"8.00
mlm "Ummi Kak Long Mane... Kak Long Mane.. Faqihah rindu Kak Long"
11.15 mlm (Talefon) " Kak Long...Kak Long... Faqihah minta
maaf...Faqihah minta maaf...Faqihah tak gaduh2 dengan Kak Long.. Kak
Long jalan elok3" ...ungkapan Faqihah apabila menyedari Kak Long tiada
di rumah seperti kebiasaan.
Kak Long pergi lawatan ke Melaka selepas
tamat UPSR smlm. Faqihah dan Kak Long kerap bergaduh di rumah kerana
tingkah-laku Faqihah yg tidak digemari Kak Long.
Ummi dan Abah SAYU bila
mendengar ungkapan Faqihah bila terima call drp Kak Long."
KOMEN RAKAN2 KAA
- Lilifazlina Asman kerap bergaduh menyebabkan mereka lebih akrab dan akan rasa kesunyian dan kerinduan apabila pasangan tiada didepan mata
- Azizah Ishak Macam tulah Kak Na (Nur Masturina ), sering gaduh dengan kakak Nabilahnya. Sampai satu ketika Kak Lah bertanya " Ibu, Kak Na kalau buat apa pun tak berdosa ka ? " Memangnya kerenah anak autisme ni kadang tu tak terkawal, tidak menyenangkan adik beradiknya..Untuk saya yang tunggal mendidik mereka,memandu ke mana saja, kerenah dalam kereta paling memeningkan, sebabnya tak boleh kawal. Sabar banyak-banyak.
Setelah 2 hari berlalu, jam 12.15 tgh mlm, Kak Long sampai ke rumah lalu Faqihah mengucapkan kata2 berikut " Kak Long...Kak Long...Faqihah rindu Kak Long...Faqihah tak gaduh dgn Kak Long Lagi..." Kak Long memberikan 'buah tangan' sebuah jam kepada setiap adik2nya.
No comments:
Post a Comment