Sunday, September 30, 2012

Ucapan Penghargaan ibubapa autisma


"Nyatakan UCAPAN penghargaan anda di laman ini kepada sesiapa sahaja yang terlibat dlm mendidik anak2 autisma anda sehingga anak2 autisma anda mencapai ke tahap yang terbaik. Insya-Allah, saya akan muatkan juga ucapan tersebut anda dlm blog admin semoga tanda penghargaan tersebut kekal diingati selama2nya."


Anak kami Faqihah...Kami sekeluarga mengucapkan JUTAAN terima kasih kepada Teacher Ruby, Yayasan Sultan Idris Ipoh (Pn Susan/En Criss), Nasom Ipoh (Pn Siti dan Staff), SK Seri Mutiara (En Zaini, Cik Rabiatul Adawiah, Pn Faridah, semua guru dan PPM), Taska Riang Bestari (Pn Hanim dan Staff) atas usaha mendidik anak autisma kami sehingga mencapai ke tahap sekarang. Sumbangan anda amat kami dihargai...Kami doakan agar anda semua memperolehi kesejahteraan dunia dan akhirat. Ameen.

En Izhar Ibrahim
 "Di sini juga sy memanjangkan terima kasih kami kepada barisan guru2 dan PPM Ppki Sk Ujong Pasir dan GPK pd masa tu Puan Hajjah Hasmah Hitam yg telah memainkan peranan dlm usaha membantu anak saya Idris Nassruddin Izharuddin supaya duduk diam dan tidak tutup telinga ketika bacaan yaasin tiap2 pagi Jumaat..." En Izhar Ibrahim

Saya sekeluarga mengambil kesempatan ini bagi melahirkan penghargaan kepada semua GURU & KAKITANGAN PDK DTHO, NASOM TITIWANGSA, SANAK SAUDARA & KENGKAWAN yg tak jemu2 memberi semangat dan galakan. Semoga jasa baik tuan/puan diberi balasan berupa kebahagiaan yang berpanjangan. Amin.

Saya sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Teacher Kellie ,guru-guru Tadika Mawar (Taman Pengkalan Jaya Ipoh) kerana banyak memberi semangat dan sokong kepada saya sekeluarga. Dr Lim Suat Wei, Unit Terapi Pertuturan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak kerana banyak mengajar saya sekeluarga berkomunikasi dengan anak saya Muhammad Hafiz Ikhwan. Jasa anda semua tidak mungkin dapat saya balas sehingga akhir hayat...

Terima kasih kepada cikgu cikgu SK Sri Mutiara Ipoh, PPM PPM yg banyak membantu anak saya Shamiera Irdina semasa bersekolah di sana... Special thanks jugak pada Teacher Ruby dan pembantu2 beliau di Brighter Future Kindergarten.. Teacher Ruby banyak mengajar anak saya berdikari....

Laman web pak yoep telah menemukan saya dgn doktor hjh aishah di attitude theraphy..besar maknanya untuk kami....tq..

TERIMA KASIH kpd Teacher2 sekolah anak sy di PERSATUAN KANAK2 ISTIMEWA AMPANG. AKHTAR semakin ok sejak study c2 terutama dr segi pergaulan n tingkah laku wlupun masih x bole cakap elok2.Bole kata AKHTAR semakin bole berdikari. TERIMA KASIH jgk pd PIHAK HUKM terutama ST,OT,PED n ENT yg byk membantu perkembangan anak sy. TERIMA KASIH pd website PAK YEOP kerana menemukan sy dgn pusat terapi ST n OT iaitu URBANE ETHOS. TIMA KASIH BYK2!

Apakah HOME TUITION?



APAKAH HOME TUITION?

Tempoh masa kelas adalah selama 1 jam 30 minit bagi seorang pelajar dan 2 jam jika 2 atau 3 orang pelajar bagi setiap sesi kelas. Bagi yang berminat, boleh membuat pendaftaran sebanyak RM 50 sekali sahaja dan jika lebih dari seorang, yuran pendaftaran hanya dikenakan untuk seorang sahaja.

Untuk penjimatan, kami menyarankan juga jika terdapat rakan-rakan pelajar atau anak kepada kenalan ibu bapa yang inginkan juga perkhidmatan HOME TUITION, mereka boleh berkongsi yuran kelas tuisyen kerana kami hanya mengenakan yuran berdasarkan bilangan kelas dan bukannya berdasarkan bilangan pelajar. Namun, ia masih terhad kepada 3 orang sahaja dalam satu kumpulan bagi setiap kelas

KELEBIHAN HOME TUITION

1. Mendapat perhatian sepenuhnya
2. Interaksi yang baik
3. Fokus terhadap kelemahan
4. Langkah demi langkah dipelajari
... 5. Pelajar hanya perlu tunggu di rumah
6. Kelas ganti yang fleksibel
7. Pelajar lebih fokus terhadap pembelajaran
8. Tidak mengganggu aktiviti sekolah

Klinik Math Pak Yoep


PENGENALAN

Perkhidmatan tuisyen PakYoep telah diberikan sejak 1999 di pusat2 Tuisyen Bandar Seri Iskandar dan Batu Gajah Perak. Atas permintaan, perkhidmatan Home Tuition telah dilaksanakan  sejak 2001.

Kini akan cuba dikembangkan sebagai pusat Home Tuition, Home Tuition Matematik sebagai perintis bagi tujuan tersebut.

Berpengalaman sebagai Ketua Pemeriksa/Pemeriksa kertas peperiksaan awam dan Penceramah jemputan untuk Teknik Menjawab soalan Matematik PMR.

Guru2 yg berminat untuk menjadi Tutor diminta menghubungi saya melalui email alkindi5919@yahoo.com.

Ibubapa/penjaga yg berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini juga boleh menghubungi saya. Buat masa ini, perkhidmatan Home Tuition untuk Matematik sahaja ditawarkan.

Hubungi saya melalui email dan nyatakan maklumat berikut:
1. Nama Ibu/Bapa/Penjaga    
2. No. Telefon (Rumah/HP)    
3. Nama Pelajar    
4..  Darjah/Tingkatan    
5. Lokasi Pelajar (Atau Alamat Rumah)    


MAKLUMAT  PERKHIDMATAN YG DITAWARKAN

Pengenalan:
Menyediakan perkhidmatan Home Tuition untuk Matematik / Matematik Tambahan untuk Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di sekitar Ipoh Perak.

Bijak Sifir: Thn 1-3 (Mulai 2013)

Silibus Sekolah:
Thn 4 - Tg5

Waktu Operasi 2012:
ISNIN hingga AHAD kecuali KHAMIS (Malam)

Lokasi:
Atas permintaan

Bilangan Pelajar/Sesi:
Maksimum 3 orang

Bayaran:
TAHAP 1 : RM 25 - RM 35 (Tahun 1-3)
TAHAP 2 : RM 30 - RM 35 (Tahun 4-6)
TINGKATAN 1-3 : RM 35 - RM45
TINGKATAN 4-5 : RM 40 - RM45

Tempat: 
AMAT TERHAD


KELEBIHAN HOME TUITION

1. Mendapat perhatian sepenuhnya
2. Interaksi yang baik
3. Fokus terhadap kelemahan
4. Langkah demi langkah dipelajari
... 5. Pelajar hanya perlu tunggu di rumah
6. Kelas ganti yang fleksibel
7. Pelajar lebih fokus terhadap pembelajaran
8. Tidak mengganggu aktiviti sekolah

Saturday, September 29, 2012

Baiki diri BUDGET anda

Bajet walau sebaik manapun dibentang dan dirancang oleh mana-mana kerajaan, kalau rakyat

a. masih bermentaliti rendah,
b. malas bekerja,
c. malas mencari maklumat yang sohih,
d. malas mengisi borang yang diperlukan,
e. malas membantah kepada pihak yang betul (sebalik hanya mengomel di FB),
f. mencari pelbagai alasan untuk berehat banyak,
g. masih 'gilakan' skim mudah dapat untung (skim cepat kaya),
h. mudah membuat konklusi tanpa fikir & analisa sederhana,
i. terlalu berharap bantuan kerajaan untuk berjaya,
j. terlalu asyik bergaduh dan berdebat bab politik kepartian,
k. banyak curi tulang waktu kerja,
l. tiada memantapkan ibadah & ilmu,
m. mentaliti mesti beri rasuah untuk berjaya etc..

SEMUA plan walau sangat cemerlang sama ada bajet atau sistem politik tersebut TETAP akan gagal. 
 
Silakan menambah senarai di atas untuk muhasabah kita bersama..
 

Anak didik Pak Yoep

Sarah Nur Saad
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)
Kejuruteraan Elektronik
29 September 2012

  
Bekas pelajar yang Pak Yoep ajar di SMK Jelapang Jaya Ipoh. Di antara pelajar yang cemerlang dalam kelas Pak Yoep untuk Math dan Add Math. Berjaya memperoleh A1 dalam kedua-dua mata pelajaran diperingkat SPM. Diperingkat PMR, Pak Yoep turut mengajarnya dan turut berjaya memperoleh gred A. Kejayaan anda kebanggaan Pak Yoep.