Tuesday, June 23, 2015

Faqihah 2015


Faqihah bakal menghampiri usia 14 tahun pada hujung tahun ini.

Pelbagai pengalaman kami tempuhi.

Alhamdulillah, Allah telah berikan kekuatan kepada kami dalam mendidik faqihah.

Cabaran dan dugaan ditempuhi dengan tenang.

Kini, faqihah telah berada ditahap yang boleh umpamakan seperti kanak-kanak normal yang lain. Mudah diuruskan. Boleh mengurus diri sendiri. Malah boleh membantu membuat kerja-kerja rumah.

Dalam akademik, faqihah boleh menguasai asas 3M. Walaubagaimanapun, faqihah masih tidak boleh diinklusifkan iaitu ditempatkan di aliran perdana kerana ada masalah tingkah laku.

Ciri-ciri autismanya juga dah banyak  yang hilang. Semuanya tidak berlaku dengan semulajadi. Pelbagai usaha telah dilakukan.

Tiada yang mustahil. Usaha tanpa jemu perlu dilakukan dalam mendidik anak autisma. Hasil mungkin memakan masa. Yang penting terus berusaha.





No comments:

Post a Comment