TERBUKTI! Jika murid2 pendidikan khas diberi peluang, mereka mampu bersaing dgn murid normal dlm kejohanan olahraga sekolah sbg sebuah RUMAH SUKAN.
BUKTI!
Pencapaian murid sekolah teman pada 23 Jun 2012
Jumlah Pingat : 3 EMAS 4 PERAK 4 GANGSA
Kawad Perbarisan: TEMPAT ke-2
Anugerah: OLAHRAGAWAN LELAKI KELAS 3
ACARA
100m - Emas dan Gangsa
200m - Perak
Lompat Jauh - Emas dan Perak
Lontar Peluru - Perak
4x100m - Perak dan Gangsa
Merentas Desa - Emas dan Gangsa
Tarik Tali: Mampu 2 kali menewaskan rumah sukan lain.
Mungkin... sekolah kami SATU-SATUnya sekolah yg mempunyai kelas pendidikan yang BERTANDING dgn murid normal dlm acara sukan di Malaysia.
Latar Belakang Penyertaan
Percubaan pertama murid khas bertanding dengan murid normal telah dilakukan pada tahun 2010. Pencapaian tidak menghampakan berhasil memperolehi 2 Emas 2 Perak dan 1 Gangsa. Diikuti penyertaan pada tahun 2011 di mana memperolehi 1 Emas 1 Perak dan 2 Gangsa. Pada tahun 2012, prestasi murid khas terus meningkat seperti yg dinyatakan di atas.
Cadangan penyertaan telah dinyatakan pada setiausaha sukan pada 2009 berdasarkan kemampuan semasa murid2 khas dalam penyertaan mereka dalam kejohanan olahraga pendidikan khas peringkat daerah kinta memperolehi 11 Emas drp 12 Emas yg dipertandingkan dlm kejohanan tersebut.
Dipanjangkan dalam mesyuarat panitia pendidikan khas. Dipersetujui oleh pihak pentadbir sekolah.
Penyertaan murid khas bertujuan untuk mewujudkan perasaan bahawa diri mereka adalah sebahagian drp warga sekolah dan tidak merasakan diri mereka disisihkan disamping ada semangat kesukanan yang tinggi untuk bersaing dengan murid2 normal. Keyakinan diri akan subur untuk hidup bermasyarakat dikalangan murid2 pendidikan khas.
KOMEN RAKAN FB
· · Share
Pak Yoep Tkasih. Jangan sisihkan mereka...jadikan mereka sebahagian drp warga sekolah dgn melibatkan diri mereka dlm pelbagai aktiviti sekolah. Moga tiada wujud perasaan rendah diri dikalangan mereka.
4 hours ago · · 2
Faizah Abdullah yup...mereka pun mampu bersaing sama dengan murid2 lain...mgkin lbh dr itu..
4 hours ago · · 2
Nur Haiz Tahniah pada Pak Yoep dan guru2 pend.khas yang terlibat atas usaha keras dan semangat yang tak pernah luntur mendidik mereka. :)
4 hours ago · · 1
No comments:
Post a Comment