Friday, June 8, 2012

Rahsia kejayaan PMR dan SPM termasuk pelajar Autisma

Meneroka Apakah Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang
Rahsia kejayaan
Antara perkara dan tips yang dibuat oleh ramai pelajar cemerlang samada PMR, SPM dan pepeperiksaan lain ialah:
  1. Nur Syuhadah pelajar cemerlang SPM 2009, berkata komitmen guru dalam menyampaikan kepakaran masing-masing begitu banyak membantunya. Rahsia kejayaan Nur shuhadah ialah banyak memberi tumpuan semasa di dalam kelas. Beliau memperoleh keputusan 10 A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Sejarah, Pendidikan Islam dan English for Sience and Technology (EST). Dia yakin, kemahiran hafaz ayat-ayat al-Quran semasa di sekolah rendah yang diamalkan secara berterusan memudahkannya memahami dan mengingati apa yang diajar oleh guru.
  2. Tan Yen Ling 19, mendapat keputusan 14A+, kejayaan yang dikecapinya itu bukan usahanya semata-mata tetapi paduan usaha ibu bapa, guru dan rakan-rakan yang sering membantu. Katanya, selain itu, dia juga memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam setiap hari untuk membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.
  3. Muhammad Harith Mohd Fauzi pelajar cemerlang SPM dengan berjaya memperoleh 11A iaitu 9A+ dan 2A serta diumumkan pelajar terbaik sekolah tersebut hari ini. Harith, 18, kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan Kejuruteraan Kimia peringkat asas di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan bercita-cita menjadi seorang jurutera. Amalan kejayaan beliau ialah membaca quran dan yassin setiap hari.
  4. Beh Yuan Ye 17, muncul antara pelajar terbaik Kedah apabila berjaya memperoleh 13A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Rahsia kejayaan ialah usaha gigih, konsisten dan fokus mencapai sesuatu matlamat menjadi azimatnya untuk mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
  5. Status orang kurang upaya (OKU) kerana menghidap penyakit autisme (kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak) tidak menghalang seorang pelajar untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.
    Khairul Aiman Hashim, 16, dari Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras berkata,, Rahsia Kejayaan ialah , dia menganggap dirinya sama seperti pelajar normal lain malah sentiasa menanam sikap mahu bersaing dengan rakan-rakannya.
  6. Saya tidak berjaga sehingga lewat malam untuk mengulangkaji pelajaran kerana ia boleh menyebabkan kita hilang fokus di dalam kelas.” Rahsia kejayaan kembar Suraya Nadzirah dan Suraya Nabilah Izhar, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di sini yang mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Mereka mengulangkaji pelajaran selama satu atau dua jam sehari dan tidak tidur lewat untuk memastikan mereka segar ketika mengikuti pembelajaran di dalam kelas.
  7. Seorang pelajar, Nurizzati Datuk Zainal Nazeri dari Kolej Yayasan Saad (KYS), berkata, pelaksanaan sistem mentor- menti di kalangan rakan- rakan sebaya ternyata banyak membantunya mencapai keputusan yang baik dalam PMR. Anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam itu berkata, melalui sistem tersebut setiap pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran tertentu akan menjadi mentor kepada rakannya yang lain. ‘‘Jadi Rahsia Kejayaan ialah kami saling bersaing antara satu sama lain. Kami juga berusaha untuk membuktikan bahawa kamilah mentor terbaik.

 Kesimpulan RAHSIA KEJAYAAN:

1. Kemahiran hafaz ayat-ayat al-Quran semasa di sekolah rendah yang diamalkan secara berterusan memudahkannya memahami dan mengingati apa yang diajar oleh guru.

2. Memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam setiap hari untuk membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.

3. Amalan kejayaan beliau ialah membaca quran dan yassin setiap hari.

4. Usaha gigih, konsisten dan fokus mencapai sesuatu matlamat menjadi azimatnya untuk mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

5. Dia (AUTISMA)menganggap dirinya sama seperti pelajar normal lain malah sentiasa menanam sikap mahu bersaing dengan rakan-rakannya.

6. Mengulangkaji pelajaran selama satu atau dua jam sehari dan tidak tidur lewat untuk memastikan mereka segar ketika mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

7.Kami saling bersaing antara satu sama lain. Kami juga berusaha untuk membuktikan bahawa kamilah mentor terbaik.

No comments:

Post a Comment