Friday, June 8, 2012

Ibu bapa cuai jaga keselamatan anak boleh didakwa

Kebanyakan ibubapa tidak megetahui bahawa kecuaian yang dinyatakan di atas boleh menyebabkan ibubapa didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut. Artikel berikut akan memperjelaskan perkara tersebut. Maka, pastikan keselamatan anak-anak kita sentiasa selamat.

Siasatan kes bunuh Dirang siap waktu terdekat
KUALA LUMPUR - Ibu bapa yang didapati cuai dalam tanggungjawabnya menjaga keselamatan anak-anak mereka hingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang, boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, di bawah akta tersebut, kementerian itu dan pihak berwajib diberikan kuasa untuk mengambil tindakan ke atas ibu bapa yang cuai.

Beliau berkata, sudah sampai masanya para ibu bapa mengambil iktibar daripada tragedi yang menimpa adik Nurul Nadirah Abdullah@Dirang agar tidak ada lagi kanak-kanak lain yang terus menjadi mangsa kepada kekejaman individu yang tidak berperikemanusiaan.

"Saya sebenarnya bersetuju dengan gesaan dan pandangan yang diberikan oleh segelintir rakyat awam yang merasakan sudah sampai masanya tindakan undang-undang diambil terhadap ibu bapa yang cuai menjaga anak-anak mereka.

"Untuk itu, saya akan mengesyorkan cadangan ini kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mendalami perkara tersebut dengan pihak-pihak berkaitan sebelum tindakan susulan diambil," katanya ketika ditemu ramah dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24 semalam.

Heng turut menggesa semua ibu bapa mengikis sikap acuh tak acuh terhadap keselamatan anak-anak mereka. Beliau berkata tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak-anak dengan menyediakan makan minum dan tempat berteduh, tetapi juga meliputi
memberikan perlindungan kepada mereka. - Bernama

No comments:

Post a Comment