Monday, June 11, 2012

Cara - cara rawatan untuk hiperaktif

Faqihah turut menghadapi Autisma + Hiperaktif

(1) Ada beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan keadaan hiperaktif seperti Amphetamine , Ritalin dan Haloperidol . Malangnya dengan cara ini , kesannya tidak berpanjangan . Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul balik . Kadang kala rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan negatif .

(2) Teknik pengubahsuaian kelakuan ( behavioural Modification ) ; lebih berkesan , tetapi cara -caranya.Perlulah ditunjukkan oleh pakar psikologi , supaya dapat dijalankan dengan cara yang betul . Teknik ini perlu diikuti selalu .

(3) Satu lagi teknik ialah pendekatan pembelajaran (educational approach ) ; dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak -kanak ini ; dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti -aktiviti yang boleh memperkembangan intelek mereka.

Teknik pertama amat tidak digalakkan kecuali kanak-kanak hiperaktif melakukan sesuatu yang boleh mencederakan diri sendiri atau orang lain. Terdapat ibubapa menggunakan teknik ini untuk memudahkan mereka 'mendidik' anak mereka. Tiada gangguan dalam aktiviti harian mereka (ibubapa).

Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan pendekatan satu demi satu (one to one approach).


Rawatan bagi kanak -kanak yang hiperaktif itu mestilah disesuaikan secara orang perseorangan . Misalnya ada kanak -kanak yang memerlukan cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya dirawat dengan cara kedua sahaja .


Satu lagi keadaan bila kelakuan hiperaktif boleh muncul ialah seseorang itu memakan makanan yang mengandungi bahan -bahan pengawetan .


.... Post seterusnya akan dinyatakan  10 tips menangani anak hiperaktif.

1 comment:

  1. Sudah ada remedi utk atasi masalah autism ADHD Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak sedia membantu anak2 yg bermasalah.Sudah ramai yg mendapat manfaat dan kesan dari rawatan disini.Dijamin berkesan dan selamat. 0196676236 -Dr Wan

    ReplyDelete