Masalah Pembelajaran dikalangan kanak-kanak
Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.
Penekanan
terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang
menawarkan program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan
untuk melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira
dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti
atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti
harian kanak -kanak tersebut.
Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.

Pengalaman
yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat
telah membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu
strategi -strategi yang membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran
dengan menggunakan keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh
berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca
menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang lemah anggota kakinya boleh
berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis.
Kecacatan
seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak
teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi ,
disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku
di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran di sekolah.
Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.

Ibu
bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin
kurang tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak
dikatakan malas , tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat
pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa
guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan , pilih kasih atau
kurang memberikan perhatian kepada si anak.
Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.

Apakah punca
-punca masalah pembelajara?
..............Bersambung
No comments:
Post a Comment