Saturday, June 30, 2012

Anda pada USIA Tua ???



Perniagaan sebagai sumber pendapatan kita, bukanlah sebab kita terpaksa kerana tidak mendapat pekerjaan yang dikehendaki. Baik, begini ceritanya, pernahkah anda terfikir keadaan diri anda ketika berumur 60 tahun, 70 tahun, 80, 90 tahun atau 100 tahun?


Dikala ketika itu, saya jangkakan ada 6 kemungkinan akan terjadi kepada anda:

Pertama, anda akan hidup dengan dijaga oleh pembantu perubatan peribadi.

Kedua, anda hidup dijaga anak-anak anda.

Ketiga, anda akan hidup di rumah kebajikan orang-orang tua.

Keempat, anda akan hidup sebatang kara.

Kelima, anda akan hidup terlantar dihospital.

Keenam, anda sudahpun tiada di dunia!


Saya pasti, setiap hari, anda sentiasa berdoa kepada tuhan bahawa anda akan dipanjangkan umur. Dalam doa itu terselit sebab anda untuk panjang umur adalah amal jariah tidak cukup,haha). Disebalik doa anda itu, pernahkah anda terfikir, jika dimakbulkan anda untuk hidup 100 tahun, apakah sumber pendapatan anda untuk hidup selama itu?

Untuk mengharapkan wang pencen bekerja makan gaji, saya kira tidak sampai 10 tahun selepas pencen sudah habis. (Itupun bernasib baik jika 10 tahun – dalam banyak kes, saya melihat tidak sampai 5 tahun pun sudah habis duit pencennya). Jadi, apakah anda akan mengharapkan sumbangan anak-anak anda? Atau pulangan pelaburan Swisscash anda,hoho – jangan marah? Atau sumbangan kerajaan? Atau sumbangan TV3 Bersamamu?

Dalam kebanyakan kes, jika anda berumur sepanjang itu, besar kemungkinan anda akan berada dalam situasi ketiga (rumah kebajikan) , keempat (sebatang kara), kelima (dibedah dihospital) dan keenam(sudah mati)! Itulah mimpi ngeri yang harus dihadapi untuk hidup selama itu. Salah satu sebab kebanyakan daripada kita selesa untuk tidak kaya disebabkan kita tidak dapat merasai keadaan kita dihari tua nanti.

Kita memang tahu kita akan tua, kita memang tahu kita mungkin diserang penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi (kebanyakan penyakit dihadapi orang Malaysia), tetapi disebabkan kita tidak merasainya sekarang, kita tidak mengendahkannya. Kalau anda ingin merasai waktu tua hari ini, saya sarankan anda membuat latihan usia senja.

Anda boleh membuat praktis berjalan bongkok selama 1 jam (lihatlah kesannya, saya takut anda terus bongkok, jadi saya tidak mahu bertanggungjawab ). Atau, anda boleh cuba menaiki kerusi roda kemana jua anda pergi. Saya pasti tidak sampai 10 minit, anda akan merasa bosan dan ingin melompat keluar dari kerusi roda itu.

(Tips saya: Sentiasa ingat iklan hari raya Petronas “Aku Ingin Pulang”. Walaupun iklan itu memaparkan kisah anak yang derhaka, tetapi itulah hakikatnya menjadi orang tua. Penekanan disini bukanlah sikap derhaka anak itu, tetapi bagaimana susahnya apabila kita terus hidup dilewat usia nanti. Tetapi jangan pula anda membunuh diri disebabkan anda sudah dapat melihat diri anda diwaktu tua. Ia mungkin penyebab anda tidak masuk syurga )

Sebetulnya, kita memerlukan wang untuk terus hidup hingga ke akhir usia. Apabila anda memilih untuk makan gaji, anda harus sedar bahawa, anda akan hanya mempunyai pendapatan tetap sehinggalah anda pencen nanti. Selebih dari itu, anda hanya dapat bergantung terhadap pulangan simpanan, pelaburan (itupun jika ada), simpati anak-anak, simpati kerajaan.

Dan jika anda ingin memulakan perniagaan mahupun pelaburan selepas pencen, ia sebenarnya sudah terlalu lewat untuk anda. Diwaktu usia tua, anda seharusnya tidak mengambil risiko untuk kehilangan wang jika perniagaan anda rugi mahupun pelaburan yang salah. Jika rugi, bertambah buruk hari tua anda.

Mengapa anda perlu kaya dan mengapa anda perlu belajar untuk berminat dengan perniagaan di awal usia yang mungkin. Dan semestinya saya faham, tiada paksaan untuk anda meminati perniagaan.

Tiada paksaan untuk anda menjadi kaya. Kesimpulan, jika anda ingin tahu sebab saya menyuruh anda kaya, sila berimaginasi anda dihari tua.

Sumber: http://www.saifulsham.com

No comments:

Post a Comment