Sunday, June 3, 2012

Superkids Teknik Belajar A100 -Bahagian 1

Hampir seminggu berlalu. Tiada kesempatan untuk coretkan pengalamanku menghantar anakku Fakhira mengikuti program motivasi Superkids Teknik Belajar A100 anjuran ExcelQMind di Bandar Baru Bangi pada 30 Jun 2012 (Rabu). Tujuan penglibatan anakku adalah untuk meningkatkan keyakinannya yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang bakal menjelma tak lama lagi.

Cuma aku dan Fakhira sahaja yang pergi ke program tersebut. Walaupun pada peringkat awal akan membawa semua ahli keluarga. Memandangkan kepadatan waktu, hasrat tersebut dibatalkan.

Bertolak jam 4.30 pagi sebab lokasi program tidak ada dalam pemikiranku. Dijangkakan akan sampai dalam masa 3 jam. Malangnya jam 9.15 pagi baru sampai ke lokasi program. Melebihi jangkaan. Mengapa?

Perjalanan mengikuti lebuhraya utara-selatan. Rancang ingin singgah di R&R Ulu Bernam untuk solat suboh dan mengisi minyak yang hampir kering. Selepas solat, terus ke stesen minyak...malangnya, stesen minyak sedang diubahsuai. Minyak kereta dah bagi isyarat kuning..kehabisan minyak. Nak teruskan perjalanan melalui lebuhraya, takut tak sampai ke stesen minyak berikutnya. Ambil keputusan masuk ke jalanraya biasa... Tanjung Malim. jauh juga nak sampai ke stesen minyak. Alhamdulillah, kereta masih mampu bertahan.

Selepas mengisi minyak, hasrat ingin kembali ke lebuhraya. Tapi tidak jumpa sehingga ke Rawang, Terdapat dua papan tanda menunjukkan ke lebuhraya. Sebelah KIRI dan TERUS di salah satu simpang di Rawang.  Berbelah bagi nak ikut yang mana satu. Ambil keputusan ikut kiri. Malang.. aku terus masuk ke Selayang menuju ke KL. Jam menunjukkan hampir pukul 7 pagi. Kalau dah termasuk KL..kesesakan jalanraya pasti berlaku. Aku terperangkap dalam kesesakan jalanraya. Papan tanda menuju ke lebuhraya tidak ditemui. Hampir 2 jam berada didalam kesesakan jalanraya.

Selepas tol Sg Besi, aku kembali ke lebuhraya. Tiada kesesakan berlaku. perjalanan berjalan lancar. Masuk tol Bangi menuju ke Bandar Baru Bangi, kebetulan, dipersimpangan lampu isyarat..berkesempatan tanya seorang penunggang motosikal lokasi program motivasi, Dengan panduan yang diberikan, tiada masalah ke lokasi tersebut. Seterusnya anakku melapor diri ke program tersebut, manakala aku ikuti program bersama ibubapa yang dianjurkan oleh penganjur tersebut selama hampir 2 jam.



No comments:

Post a Comment