Friday, June 15, 2012

Kejohanan Padang dan Balapan

Sesi persekolahan penggal ke-2 bermula. Kelas Pendidikan Khas kami menerima Penolong Kanan baru iaitu En Naidu. Manakala Pn Roslinda bt Abdul Wahab, Penolong Kanan sebelum ini telah ditukarkan ke SMK Seri Intan setelah bertugas di sekolah kami selama setahun.

Minggu pertama telah dimulakan dengan aktiviti acara saringan Kejohanan Padang  dan Balapan. Murid2 pendidikan khas terlibat dalam semua acara yang dipertandingkan termasuk acara tarik tali. Mereka bersaing dengan murid2 normal dalam semua acara sebagai satu rumah sukan iaitu Rumah Ungu.

Penyertaan sebagai rumah sukan telah dimulakan pada tahun 2010 dengan persetujuan pihak pentadbir sekolah. Mereka mampu bersaing sehingga berjaya memperolehi pingat iaitu:

2010 - 1 Emas 2 Perak 1 Gangsa
2011 - 1 Emas 1 Perak 2 Gangsa

Tarik tali menduduki tempat ke-4 daripada 5 rumah sukan pada tahun 2011.

Penyertaan kejohanan olahraga diperingkat daerah Kinta turut membanggakan iaitu:

2009 - 11 Emas 3 Perak dan 1 Gangsa
2010 - Tiada pertandingan
2011 - 5 Emas 7 Perak 3 Gangsa (Special Olympics)

Jemputan acara 4X100m turut menjadi Johan yang dianjurkan oleh SMK Jalan Pasir Putih dan SMK Pengkalan pada tahun 2010 dan 2011.

2012 - Merentas Desa murid pendidikan khas berjaya menjadi johan dalam kelas 2 (Wan Muhd Arif) dan tempat ke-3 dalam kelas 3 (Muhd Amirul Najmi).

Latihan rumah sukan akan diteruskan melibatkan acara 100m, 200m, 4X100m dan Tarik Tali disamping latihan Acara khas dan latihan kawad perbarisan.

Agihan tugas telah diberikan kepada semua guru.
Jurulatih Balapan: Pak Yoep, Fairus, Nazimah dan Suriyati.
Jurulatih Acara Khas: Nurul Salwa, Annalatchumy dan Yusniza.
Kawad Perbarisan: Usila, Wan Ahmad Rosli, Kalairasi dan Laili Mariam.
Jurulatih Pesembahan: Mazlan
JK Makan/Minum: Tuan Norhaizawati

Tujuan penyertaan murid pendidikan khas bersaing dengan murid normal ialah untuk memberikan pendedahan kepada murid2 pendidikan khas berinteraksi dengan murid2 normal (Integrasi) agar mereka dapat merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada warga sekolah.

Kejohanan Padangdan Balapan peringkat sekolah akan diadakan pada 23 Jun 2012 (Sabtu).




No comments:

Post a Comment