Sunday, June 3, 2012

Autisma Faqihah Jun 2012


Antara ciri utama kanak-kanak autisme yang masih dialami oleh Faqihah (2012) ialah:

1. Tidak menghiraukan orang lain.
-Dalam masa tertentu Faqihah akan bermain dengan adik-beradik yang lain terutama adik bongsunya, Hadif. Jika ada tetamu datang yang membawa anak-anak kecil terutama bayi, Faqihah akan melayan kanak-kanak tersebut.

2. Lebih suka bermain sendiri.
-kebanyakan masa dihabiskan dengan bermain sendirian terutama dengan barang-barang mainan seperti anak patung jika tidak bermain komputer.

3. Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
-Masih tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Walaubagaimanapun, tutur-katanya difahami. Kadang2 laju meluahkan sesuatu perkataan.Faqihah lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris.

4. Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).
-Masih sukar memulakan percakapan tetapi telah boleh diajak berbual.

5. Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.
-Walaupun umurnya 10 tahun, Faqihah masih meminati anak patung yang sentiasa berada disisinya.

6. Tidak boleh duduk diam.
-Sentiasa bergerak tetapi tidak seaktif dulu. Difahamkan jika di sekolah, telah berada di dalam kelas semasa pengajaran guru sebaliknya sebelum ini, sentiasa melilau semasa pengajaran guru. Sukar dicari apabila mengambilnya diwaktu tamat persekolahan.

7. Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk.
-Masalah utama yang masih belum dapat di atasi terutama Faqihah masih tiada perasan malu. Bermasalah bila balik kampung terutama sebelum dan selepas mandi. Walaubagaimanapun perubahan telah berlaku sedikit demi sedikit sehingga kini.

Game SIM3..sedang merujuk kamus Bahasa Inggeris

Kegemaran
Di antara aktiviti yang digemari oleh  Faqihah ialah membaca, melukis menggunakan komputer dan melayari internet. Tingkah-laku semasa melayari internet..akan menghayati apa saja yang ditonton, melakukan semula watak2 tersebut. Jika melayari perkara yang berkaitan keagamaan Islam, dia akan memakai tudung. Sepanjang 2012, Faqihah kerap melayari cerita2 kartun Jepun sehingga mampu bercakap dan menulis tulisan Jepun.

Makanan
Sejak kecil amat suka dengan makanan barat. Walaubagaimanapun kami telah kurangkan pengambilan makanan tersebut. Makan nasi dengan ayam goreng atau ikan sahaja. Sayuran tidak digemarinya malah tidak pernah memakan sayuran. Minuman tidak memilih kecuali kopi tidak digemarinya. Sehingga kini, makan menggunakan  sudu dan garpu. Faqihah tidak pandai dan tidak pernah menggunakan tangan ketika makan nasi.

Akademik
Pencapaian akdemik amat membanggakan kecuali mata pelajaran Matematik. Walaupun berada di kelas pendidikan khas, Faqihah menjawab soalan-soalan peperiksaan kelas aliran perdana (kelas normal) sejak 2010. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2011 Faqihah ialah:


Subjek Teras
Bahasa Melayu - 83%
Bahasa Inggeris - 80%
Mathematics - 52%
Science - 78%

Subjek Pilihan
Pendidikan Seni - B
Pendidikan Islam - A
PJK - B
Kemahiran Hidup - B
Muzik - A


Di antara ciri-ciri autisma yang telah dapat diatasi.
1. Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
2. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
3. Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
4. Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
5. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
6. Lambat bercakap
7. Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
8. Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
9. Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
10. Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
11. Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan

12. Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
13. Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
14. Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
15. Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.

Ummi Faqihah.... Pn Hanita

No comments:

Post a Comment