Tuesday, June 19, 2012

JIKA ANDA MAHU BERJAYA DALAM PERNIAGAAN


JIKA ANDA MAHU BERJAYA DALAM PERNIAGAAN ANDA PERLU MENCIPTA KELAINAN

Sehari suntuk saya bersama para usahawan dan bakal usahawan di Jom Niaga Kedah. Sungguh meriah dan sambutannya amat hebat sekali.

Malam ni saya nak jawab salah satu persoalan yang ditimbulkan tadi..

MENGAPA KITA PERLU BERBEZA?

Kelainan memberi penonjolan :
Ada ramai tukang jahit dan pereka fesyen di sekeliling anda tetapi apa yang membuatkan pelanggan ingin kepada anda? Kelaianan yang memberi penonjolan!

Kelainan menarik perhatian :
Kalau semua kedai sama sahaja barangan yang serupa saja, tak perlulah orang dating ke Medan MARA kerana tiada yang menarik perhatian.

Kelainan adalah keunikan :
Pelanggan tertarik kepada perkara yang unik. Keunikan memberi kelebihan kepada usahawan tersebut. Apabila pelanggan teringkatkan keunikan yang anda miliki maka mereka dengan serta merta teringatkan anda. Anda memang berbeza!

Kelainan memberi pengkhususan :
Pengkhususan atau ‘specialization’ sangat penting untuk kekal di dalam ingatan pelanggan. Pengkhususan memberi gambaran kepada pelanggan tentang kepakaran. Apabila orang ingin mendapatkan ‘cheesecake’ yg tersedap mereka pergi ke ‘Secret Recipe’. Kepakaran memerlukan pengetahuan mendalam dan kajian yang berterusan.

Kesimpulannya :
Tanpa kelainan perniagaan akan kepupusan.
Kerana tiada pembaharuan tiada keunikan.
Tiada tarikan pelanggan, maka tiada keuntungan sebaliknya dilanda kerugian!

Apakah kelainan yang bakal anda cipta jika anda mahu berbeza dan Berjaya dalan perniagaan?


Sumber: Datuk Dr Maznah Hamid

No comments:

Post a Comment