Friday, November 30, 2012

47,000 penduduk Malaysia Autisme


Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.

Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.

Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal.

Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.

Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.

Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. 

Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.


Date: 30 July 2008
Sumber: http://www.psychiatry-malaysia.org

MB Kelantan masuk ICU

Mb kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat di masukkan ke ICU...SEMOGA SELAMAT HENDAKNYA

Berita yang menggemparkan buat pencinta dan pengikut arena politik tanah air apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, pagi tadi akibat diserang sakit jantung.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob, Datuk Nik Aziz dikejarkan dengan ambulans ke hospital jam 6.30 pagi.
Antara yang melawat Datuk Nik Aziz petang tadi, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid .

Turut menziarahi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Walau apa pun, tidak kira penyokong atau pengikut parti politik kerajaan mahupun pembangkang sama-samalah kita sedekahkan doa agarkan beliau sembuh seperti sediakala.

Sharekan Kepada Semua Orang Maklumat Ini Untuk Keberkatan Doa Semua Rakyat Jelata Agar Tok Guru Dapat Sembuh Kembaliā€¦.AMIN
Sumber : BERNAMA
Ya Allah, permudahkan lah urusannya...

Mb kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat di masukkan ke ICU...SEMOGA SELAMAT HENDAKNYA

Berita yang menggemparkan buat pencinta dan pengikut arena politik tanah air apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, pagi tadi akibat diserang sakit jantung.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob, Datuk Nik Aziz dikejarkan dengan ambulans ke hospital jam 6.30 pagi. Antara yang melawat Datuk Nik Aziz petang tadi, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid .

Turut menziarahi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Walau apa pun, tidak kira penyokong atau pengikut parti politik kerajaan mahupun pembangkang sama-samalah kita sedekahkan doa agarkan beliau sembuh seperti sediakala.

Sharekan Kepada Semua Orang Maklumat Ini Untuk Keberkatan Doa Semua Rakyat Jelata Agar Tok Guru Dapat Sembuh Kembali….AMIN

Sumber : BERNAMA

Produk Rawatan Dalaman Wanita Attitude Therapy


Senarai produk Attitude Therapy yang digunakan oleh isteri pak yoep.

1. Virgin Teen
(Pati bunga yang dipertenagakan dengan kaedah homeopati dan terapi elektronik yang resonan dengan getaran frekuansi organ)

2. Mahkota Dewa
( Pheleria Macrcarpa with Vibration Energy)

3. CEO 5
(Glurosa with  Vibration Energy)

5. Feelings Chlorophyll
(Aromatherapy Essential oil, Alfalfa, Lonize water with  Vibration Energy)




Parent Education Class (UKM)



Tarikh: 23 Disember 2012 (Ahad)
Masa: 8:30am - 12:30 ptg
Tempat: Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, UKM

Penceramah:
Penceramah 1 - Dr Hasnah Toran
Penceramah 2 - Pn Suraya Ahmad Zathu, Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia (Beliau yng membangunkan RPI di EPRD dan sebelum EPRD beliau bertugas di Bahagian Pendidikan Khas, KPM)

Aturcara:
8.300 pagi - Pendaftaran & Sarapan (kuih dan minuman)
9.00 pagi Bacaan Doa
9.10 - 10.15 pagi HALATUJU PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA- Perubahan & pekembangan di dalam pendidikan Khas (2013 - 2025) yang perlu ibubapa peka & fahami serta hasil dari Special Needs Education Lab bersama PEMANDU (Dr Hasnah Toran)
Sesi soal jawab
10.15 - 10.30 pagi Rehat
10.30 - 12.30 tgh RPI (Pn Suraya Ahmad Zathu)
Sesi Soal jawab
12.30 Bersurai

Bayaran:
RM20 seorang / RM30 suami isteri (Bayar semasa Pendataran)
Perkhidmatan Penjagaan Anak - RM10 setiap orang anak. Perlu buat tempahan, email ke makmalautisma@yahoo.com

Jika ada yang sudi membawa potluck, amat dialu-alukan


Sumber: Hayati Jafar

Thursday, November 29, 2012

Program Ulul Albab MRSM Kota Putra


Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam Al Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.

Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan genarasi Ulul Albab yang bercirikan 3 komponen iaitu:


QURANIK

 
Hafiz 30 juzu’ Al Quran serta memahami berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar.


Dilakukan bermula dari jam 7.40 -9.00 pagi dan 2.00-2.40 petang secara formalnya dan antara waktu maghrib hingga isyak untuk kelas tambahan.

Sasaran hafazan ialah 30 juzu’ al-Quran selama 3 tahun ( Tingkatan 1- 3).


Semua pelajar diberi tempoh selama 3 tahun untuk khatam hafazan 30 juzu’. Pecahan ayat/surah hafazan adalah seperti berikut :


Semester Bil Juzuk Juzuk Surah Hafazan
1(Ting. 1) 4 surah pilihan+ 5 juzuk 1 – 5 Surah As-SajadahSurah YaasinSurah Ad-Dukhan Surah Al-Mulk
+
Surah Al-Baqarah
Sehingga
Surah An-Nisa’ ayat 147
2(Ting. 1) 6 juzuk 6 – 11 Surah An-Nisa’ ayat 148SehinggaSurah Yunus
3(Ting. 2) 6 juzuk 12 – 17 Surah HudSehinggaSurah Al-Hajj
4(Ting. 2) 6 juzuk 18 – 23 Surah Al-MukminunSehinggaSurah Al-Zumar ayat 31
5(Ting. 3) 6 juzuk 24 – 29 Surah Al-Zumar ayat 32Sehingga Surah Al-Mursalat
6(Ting. 3)  1 juzuk 30 Juzu’ ‘AmmaI’adah Tasmi’ 

 

ENSIKLOPEDIK
 
Berpengetahuandan kemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.


Kelas Bahasa Jepun, Mandarin akan diadakan.


Kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.



IJTIHADIK

 
Berkeupayaan memberikan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.


Mempunyai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti avionik, robotik dan solar.


Aktiviti kokurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.

Apakah ULUL ALBAB?



Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna bagi mengkaji  sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspekitf yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir. Dalam konteks ini mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam, mereka mengingati Allah sambil berdiri ataupun baring.

“Sesunguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda ulul albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata ‘Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini engan sia-sia, maha suci engakau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. (Surah ali-’Imran:190-191)

Justeru, ayat 190 dalam surah ali-’Imran berhubung ulul albab merangsang umat islam supaya menjadi saintis yang mahu dihasilkan mengikut formula Quran adalah saintis  yang mengingati Allahdi mana sahaja dia berada. Bukan Saintis yang ateis.

Quran menuntut umat Islam yang memiliki minda yang saintifik.  Minda yang saintifik pula ialah minda yang kuat berfikir dengan betul, bersifat kritikal, mampu menganalisa data dan fakta, serta mampu mampu membuat andaian dan  konklusi kepada apa yang dicerap. Minda saintifik menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan dan dalil. Dalam surah al-Israk ayat 36 Allah  menyatakan,”Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai  pengetahuan mengenainya.”
“Janganlah kamu mengikuti sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang menyakinkan dan janganlah mengikut sesuatu yang tidak terbukti kesahihannya.”-Syed Qutub dalam Fi Zilal al-Quran.


Pada hari ini saintis yang bertakwa kepada Allah dikategorikan sebagai ulul albab
-Dr Danial Zainal Abidin

Program IGCSE MRSM Kota Putra


The International General Certificate of Secondary Education (abbreviated IGCSE) is an internationally recognised qualification for school students, typically in the 14–16 age group. It is similar to the GCSE in England, Wales and Northern Ireland, Standard Grade in Scotland or Junior Certificate in the Republic of Ireland. The IGCSE was developed by University of Cambridge International Examinations in 1988. The examination board Edexcel offers its own version, the Edexcel IGCSE. The term "IGCSE" is the registered trade mark of the University of Cambridge and is used under licence.

The IGCSE is an international alternative to many popular national curricula. However, unlike many school-leaving qualifications, the IGCSE is not a group award or "certificate of education" as in many countries. It is a qualification based on individual subjects of study, meaning one receives an "IGCSE" qualification for each subject one takes. For this reason, schools worldwide have different expectations for their students as to how many IGCSEs should be taken. Typical "core" curricula for IGCSE candidates includes a First Language, Second Language, Mathematics and the Sciences. IGCSE candidates then choose a number of additional courses ranging from Social Sciences to Creative Arts.

The IGCSE is predominantly exam-based, meaning they are not actual certified "courses", but rather exams that test knowledge in individual subjects in the same way as Advanced Placement exams and SAT Subject Tests. For this reason, it is also a viable option for many home-schooling educators or in Adult education, when one is seeking a qualification but has no time to attend full-time school classes. It is significantly harder than O-Levels.

Punca Penyakit


Amalan Positif Mengelakkan Amalan Negatif

Penyakit berpunca daripada sikap negatif yang ada dalam diri walaupun sedikit. Merawat punca ini ialah rawatan yang terbaik dan paling berkesan di dunia untuk mengatasi segala masalah penyakit walau paling kronik sekalipun.

Penyakit Genetik

Bayi yang lahir dengan pembawakan genetik, akan turut membawa kesan, potensi atau mengidap penyakit itu sendiri. Ibu bapa yang mengalami sesuatu masalah berkaitan dengan sistem penghadaman misalnya akan menyebabkan anak mudah mendapat jaundis (demam kuning).

Anak yang selalu meragam biasanya mengalami sesuatu masalah kesihatan yang perlu diberi pertahatian.

Sesuatu yang ditanggung oleh seseorang adalah sebahagian daripada diri orang yang menanggung itu sendiri. Penyakit yang berpunca daripada genetik adalah masalah yang perlu ditanggung oleh ibu bapa sepanjang tempoh anak membesar dan boleh menanggung diri sendiri.

Kepada semua manusia, secara semulajadi (tanpa sifat hening, ikhlas, sabar, redho) penyakit dipengarui oleh sikap dan pemikiran seseorang. Ia adalah berkeadaan saling seimbang, oleh itu organ yang sakit atau lemah atau bermasalah boleh mempengaruhi sikap seseorang. Pada peringkat kanak-kanak, kesan daripada penyakit anak boleh memberi kesan terhadap tingkah laku anak seperti nakal, hiperaktif, disleksia, ADHD, suka menipu, suka mencuri dan sebagainya. Disebabkan "falsafah punca penyakit ialah runtuhnya akhlak", maka penyakit yang dialami tanggungan ini boleh jadi adalah berupa "kifarah" atau penghapus dosa ibu bapa.

Ruang dan masa amalan

Setiap kejadian dalam alam ini adalah secara berpasang-pasangan. Perkara yang baik dan tidak baik tidak dapat berlaku seiringan sebaliknya berlaku berlawanan pada masa yang berlainan. Dalam sesuatu perbuatan (pemikiran dan tingkah laku), sekiranya dilakukan perkara yang baik maka perkara yang tidak baik tidak dilakukan serentak.

Mereka yang melakukan kebaikan, tidak boleh melakukan kejahatan dalam masa yang sama.

Wednesday, November 28, 2012

Tindakan rawatan autisma tidak berkesan



Apakah tindakan anda sekiranya RAWATAN AUTISMA yang anak anda jalani TIDAK menunjukkan perubahan dalam dalam masa yang singkat?


Komen Rakan KAA

Zalina Jamaludin mmg tkkn ada prubahan dlm msa sgkt.kna byk2 bsabar. itu yg sya tahu

Haslina Hussin Pernah ada masalah nie wif my son masa umur 3 yo. Buat speech therapy for 1.5 mths tapi takde progress. So saya stop for 6 mths and then start balik. Alhamdulillah ada progress lepas tu.

Al Kerrango teruskan.. Kena bg masa juga.. Anak.sy sdg buat acupunture treatmnt..nmpk improve

Anese Didi Acupunture? Ok tak dia masa rawatan tu? Bleh juga cuba..

Zalina Jamaludin ank bru 2 thn, bru skali therapy.pjg pjalanan lg tu

Norlina Binti Baharudin Ada pakar kata x semestinya akan nampak progress dlm masa singkat tapi kena teruskan jugak sbb pretasinya boleh menurun jika diberhentikan...sehari at least perlukan 6 jam. Terapi agak sukar bagi ibu yg bekerja masa utk anak2 adalah terhad...

Nor Ni Muhammod saya dulu buat treatment semasa danish 4 th tp banyak yg fail..asyik nangis so saya stop buat sendiri kt rumah.umur 7 th baru start buat semula baru nampak progressnya

Nor Hamzani Md Yunus teruskan usaha kerana kegagalan adalah prosedur yg perlu dihadapi.

Ujian (autisma) tingkat keimanan


Mempunyai anak autisma merupakan salah-satu ujian yang dikurniakan oleh Allah kepada ibubapa yang dipilih olehNya. Yakinlah bahawa Allah memberi ujian tersebut kerana mereka2 yang dipilih kerana mereka mampu menghadapinya. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji makhluknya diluar kemampuan makhluk tersebut.


Umat Islam perlu pasrah, percaya qada dan qadar

Pasrah di atas apa yang berlaku dan menganggap setiap ketentuan Allah SWT tersirat seribu hikmah adalah sifat mulia dan terpuji yang dituntut agama Islam. Ia bersesuaian dengan agama ini yang mendidik umatnya supaya sentiasa reda dalam melakukan kebaikan dan menerima ujian.
Ketetapan Ilahi adalah sesuatu yang tidak mampu ditandingi, apatah lagi kita ingkar kerana kita seorang hamba yang selalu diuji untuk menambahkan keimanan dalam diri.

Sabda Rasulullah SAW: ‘Bila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Sesiapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan sesiapa yang marah (tidak reda), maka Allah pun murka kepadanya.’” (Riwayat al-Imam at-Tarmizi).

Raih keredaan tuhan

Sesungguhnya, jika kita pasrah terhadap apa ditentukan Allah SWT, kita juga akan memperoleh keredaan daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang mempunyai jiwa sentiasa tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati dengan segala nikmat yang diberikan, lagi reda di sisi Tuhanmu. Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah Al-Fajr, ayat 27-30)

Sebagai seorang hamba, setiap umat Islam perlu pasrah menerima hukum Allah SWT dan penghakiman lain yang ditetapkan melalui wahyu disampaikan Rasulullah SAW.
Kepatuhan dan ketaatan terhadap suruhan dan larangan-Nya menunjukkan keredaan kita terhadap apa digariskan agama, apatah lagi jika kita melakukannya dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

Sering kali kita melihat umat Islam diuji bertalu-talu, bukan saja disiksa, tetapi itulah tanda kasih-Nya kerana kadangkala ujian sajalah yang menjadikan seseorang itu kembali kepada-Nya, sedang waktu tiada apa yang sukar, ada kalanya kita tergamak mendahulukan keseronokan dunia melebihi yang sepatutnya.

Wajah orang beriman

Ketika melalui ujian tidak tertanggung, jelas dilihat pada wajah orang beriman sifat pasrah di atas suratan dan mereka pasti bahawa hikmah tersirat lebih istimewa daripada kesusahan dihadapi. Maklumlah kita tidak mengetahui, justeru keyakinan terhadap kekuasaan-Nya sajalah yang mampu mengubat hati.

Persiapan Temuduga MRSM Kak Long


Kak Long akan menghadapi Ujian dan Temuduga di MRSM Kota Putera, Terengganu pada 10 Dis 2012. Di antara persiapan yang sedang dilakukan ialah:

1. Latihan menjawab soalan Aptitud (308 mukasurat).
2. Pengamalan ubatan Attitude Therapi untuk meningkatkan IQ dan EQ.
3.Tuisyen Bahasa Inggeris di Ipoh Learning & Training Institude Sdn Bhd, Ipoh.
4. Latihan hafazan dgn Ustazah Sarimah, Pinji Mewah.
5. Latih-tubi Matematik.
6. Latih-tubi Sains.

Mohon semua pengunjung laman ini turut mendoakan Kak Long berjaya dalam ujian/temuduga dan diterima sebagai pelajar MRSM tersebut.





Jutaan terima kasih kami sekeluarga ucapkan.


Rawatan keluarga Attitude Therapy


Temujanji semula dengan Dr Aishah, Attitude Therapy untuk rawatan Faqihah, Kak Long dan Ummi. Dah lama sangat tak bawa Faqihah dan umminya berjumpa Dr Aishah disebabkan kekangan masa dan kesibukan Dr Aishah dalam aktiviti seharian. Berkesempatan berjumpa dengannya hari ini 28 Nov 2012 (10.15 pagi).

Faqihah
- Untuk mengetahui perkembangan Faqihah terkini.
- Dimaklumkan tiada masalah dihadapi oleh Faqihah kecuali faktor pemakanan yang menyebabkan dia kadang2 hiperaktif.

Kak Long
- Tujuan rawatan resdong.
- Dimaklumkan tahap EQ nya sekadar 80% dimana perlu ditingkatkan sebelum menghadapi ujian/temuduga memasuki MRSM.

Ummi
- Rawatan tumit kaki yang kerap sakit.
- Khidmat nasihat keperluan orang perempuan.


Senarai Penawar (UBAT) yang dibeli ialah:

1. CEO 20
2. CEO 1
3. CEO 6
4. HAPPINESS SINUS
5. CLEANSAROMA
6. CEO 17
7. CEO 5
8. KLOROFIL
9. VIRGIN TEEN
10. MAHKOTA DEWA'
11. JERI QUOTIENT

Misi tercapai Attitude Therapy

16 tahun perjalanan Attitude Therapy

Tuesday, November 27, 2012

7 Things You Don't Know About A Special Needs Parent

About 6 million kids in America receive special education, according to the U.S. Department of Education. One out of every 10 children under the age of 14 has some type of special need, which includes any physical, cognitive, or medical disability, or chronic or life-threatening illness.
My 3-year-old son Jacob is one of them.

He has a disorder of the 18th Chromosome. The 18th Chromosome has various named disorders, including Ring 18 and the more well-known Trisomy 18 (which affects Rick Santorum's daughter, Bella). My son has the more rare 18q-. Only 1 in 40,000 Americans have Chromosome 18q-, which means that less than 7,800 Americans are affected by this disorder.
2012-03-09-images-mejacsubwaysmall.jpg
Because of this disorder, Jacob has had serious medical and developmental issues. He has had heart surgery, kidney tract surgery, bronchoscopies and endoscopies, slept with an oxygen tube, and has had dozens of medical tests and sees numerous specialists. We've been in and out of hospitals and doctors' offices since he was three months old. He also has severe developmental delays and receives speech therapy, occupational therapy, physical therapy and behavioral therapy.

Raising a child with any disorder, condition or special need, is both a blessing and a challenge. A challenge for the obvious reasons, and a blessing because you don't know the depths of victory and joy until you see your child overcoming some of those challenges (sometimes while smiling like a goofy bear).

Chances are that you know a special needs parent, or you may be one yourself. As a special needs parent, I often don't share my feelings on this aspect of my life, even with my closest friends, so I decided to compile a list here with the goal of building understanding (I was largely inspired by this beautiful post, authored by another parent to a child with a chromosomal disorder). I don't claim to speak for every special needs parent out there, but from the ones I know, some of these are pretty universal. If I've missed any, please leave a comment below.

It's MY CHILD… autism

 
Faqihah dengan cikgu Faridah
 
When people laugh,
they don't see the hurt;
But I do.
It's MY CHILD…

When people speak
such unkind words,
they don't see the pain;
But I do.
It's MY CHILD…

When people turn away
Because they don't understand,
I do.
It's MY CHILD…

So many tears,
so many broken hearts,
they don't feel;
But I do.
It's MY CHILD…

A simple smile,
just one kind word
could ease the hurt.
Oh, don't they see;
I do.
It's MY CHILD…

Please understand
My fervent plea;
Think before you speak.
It could be YOUR CHILD…

~ Fran Sanzone

Kelebihan dan Kesempurnaan JERI Quotient

JERI Quotient dan Seri Wangi diamalkan untuk rawatan Faqihah sejak 2004 hingga kini.

Di antara kelebihan Luar Biasa JERI Quoitient keluaran Attitude Therapy ialah:

1. Memulihkan Gangguan Genetik Minda.
2. Merawat kanak-kanak Nakal.
3. Memulihkan Pesakit Psikitrik.
4. Menyerlah Potensi Pelajar.
5. Ingatan Segera.
6. Bantuan Saat Akhir Peperiksaan.
7. Menajamkan Kemahiran.
8. Perlindungan Ibu dan Bayi.
9. Membantu Menyerap Nutrient.
10.Melegakan Senak/kembung Perut

Insya-Allah, Dikesempatan lain akan diperjelaskan secara terperinci untuk post2 mendatang.


Monday, November 26, 2012

Kenali Produk Attitude Therapy


- Semua produk Attitude Therapy berasaskan madu, minyak zaitun dan habbatulussauda serta gabungan berbagai essence dan aroma bunga bungaan dan bahan semulajadi herba terpilih.

-Dipertenagakan dengan tenaga gelombang frekuensi organ dan tenaga assyiffa dan vibration seribu ATTITUDE yang positif untuk membina keheningan jiwa dan kebagusan akhlak disamping merawat penyakit merangkumi 4 aspek spritual, emosi, mental dan jasmani.

-Mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana2. Dijamin tiada risiko dan kesan sampingan.

Kenangan silam

Mainan Pak Yoep semasa zaman kanak2

Sunday, November 25, 2012

PUSAT RAWATAN ALTERNATIF ATTITUDE THERAPY (Rawat Sihat)


Kenali Pusat Rawatan Alternatif ATTITUDE THERAPY (Rawat Sihat)

Waktu operasi: Jam 9.00 pagi - 9.00 mlm (Dgn Temujanji)
Lokasi: IPOH, Perak

Perkhidmatan (Jika anda):
1. Ingin tahu warna aura diri.
2. Ingin tahu tahap kesihatan.
3. Ingin tahu persenoliti diri sebenar.
4. Mmempunyai masalah kesihatan kronik.
5. Belum berjumpa penawar penyakit anda.

Perkhidmatan ditawarkan:
Diagnosisi (Applied Kinesiology) mengesan penyakit cara tepat, mudah dan pantas. Merawat pelbagai jenis penyakit biasa dan kronik serta gangguan halusinasi.

Keajaiban JERI QUOTIENT



Merangsang nilai positif terhadap minda dan menyerlahkan keupayaan pembelajaran merangkumi seluruh elimen Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual.

Di antara  KELEBIHAN LUAR BIASA yang diperolehi daripada pengamalan JERI QUOTIENT ialah

1. Ingatan segera.
2. Bantuan saat akhir peperiksaan. 
3. Menajamkan kemahiran.
4. Perlindungan ibu dan bayi.
5. Membantu menyerap nutrient.
6. Melegakan senak dan kembung perut.
7. Memulih gangguan genetik minda (Rawatan Autisma)
8. Merawat kanak2 nakal.
9. Memulih pesakit psikitrik.
10. Menyerlah potensi pelajar.


TESTIMONI

Dengan izin Allah, pak yoep telah mengamalkan produk ini untuk anak2 pak yoep iaitu:

1. Faqihah (autisma)
2. Fakhira (UPSR 2012)
3. Haziq (Lemah dlm akademik) 

Alhamdulillah,

Faqihah telah banyak peningkatan dimana ciri2 autismanya semakin kurang. Masalah utama yang dihadapi oleh Faqihah dapat di atasi diantaranya.
- Boleh bercakap
- Boleh berinteraksi
- Boleh ikut arahan
- Kurang hiperaktif
- Dah fokus
- Tiada masalah dalam akademik

Fakhira, SK Convent Ipoh, meningkat dalam akademik. Berkedudukan ke-30 (2010) dalam Peperiksaan Akhir Tahun (PAT), meningkat kepada No. 8 dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011. Seterusnya 4A1B dalam percubaan UPSR dan 5A dalam UPSR 2012.

Haziq, SK Cator Avenue Ipoh, berada dalam kelas ke-4 (Zuhrah) (2011/2012) manakala pada tahun 2013 akan berada dalam kelas PERTAMA (Utarid). Daripada kedudukan ke-85 (PAT 2011)  kepada ke kedudukan ke-20 (PAT 2012) dalam darjah 2. Daripada TIADA gred A (2011) kepada 4A1B (2012).

Petua Melayan Suami


Gambar Hiasan


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Berikut cara-cara berhadapan dengan suami:

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

Result Tuisyen Ulangkaji '12


Atas permintaan dilaksanakan tuisyen ulangkaji yang sepatutnya pak yoep REHAT aja dalam bulan November ini. Terdapat 3 pelajar yang terlibat iaitu Tasha (SM Takyah Ipoh), Izzati (Sek Kluster Penang) - Tingkatan 2 dan Alya (Thn 5). Lokasi di Jelapang Ipoh.

Tasha dan Izzati cuma terlibat semasa cuti shj manakala Alya akan mengikuti tuisyen 2013. Fokus tuisyen hanya kepada Tasha dan Izzati sahaja. Alya fokus kepada asas matematik.

Keputusan Tuisyen Ulangkaji bagi Tasha dan Izzati ialah:


Tarikh/Pelajar
Bab
Izzati
Tasha
20/11/12
1
2
96
79
75
71
21/11/12
3
78
71
22/11/12
4
78
65
23/11/12
5
34
45
24/11/12
6
96
X
25/11/12

7
79
65
Ujian Akhir
(Soalan PMR Sebenar)
96%
89%

Ex-Cikgu Faqihah di SK Seri Mutiara

Rabiatul Adawiah (Kiri).. Nor Suhaida (Kanan) -  2009-2011

Erti KAYA


Kaya ini bukan dengan memiliki tetapi apabila tidak dimiliki.
Sering berlaku, kita 'dimiliki' oleh sesuatu yang kita miliki...

Semoga kita sentiasa sedar bahawa harta itu adalah 'hamba' yang baik, tetapi 'tuan' yang sangat jahat. 

Justeru, jangan sekali-kali dimiliki oleh sesuatu yang kita miliki.

Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu, selamanya, sentiasa dan di mana jua.

Saturday, November 24, 2012

Tractament Autisma (TV3)


Anak Istimewa dijemput Sakaratul-maut

Mengapa mak tidak menangis pada saat 'sakaratul maut' menjemput anak istimewanya?

1. Abang (anak istimewa) telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. 

2. Apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. 

3. Segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. 

4. Mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu.

5. Mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang.
 
Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. 
 
Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. 
 
Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

(Sebuah kisah benar, sumber: artikel iluvislam.com)

Gencatan senjata di Gaza

Kenapa Israel tiba-tiba mahukan gencatan senjata, Ini adalah kerana deklarasi Mesir dan Turki yang akan menentang Israel...HAHAHA nyata Israel penakot...baru deklarasi dah goyang...

Ringkasan Ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University sebentar tadi. 


1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan! 

2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini! 

3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman. 

4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri. 

5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita. 

6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya. 

7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita. 

8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan. 

9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yg bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan. 

10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini. 

11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan. 

12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan.keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu. 

13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental. 

14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil. 

15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama. 

Sama-sama kita doakan agar pemimpin dunia Islam bersatu menyelesaikan Isu Palestine, Syria, Rohingya dengan lebih konkrit dan bertindak seperti yang diperkatakan. 

Ingatlah, umat Islam itu laksana 1 badan. Andai kaki berasa sakit, 1 badan akan mengerang kesakitan. Andai Muslim Gaza menderita kesakitan, keseluruhan Muslim di seluruh dunia wajib bangkit menyatakan sokongan. Berdoalah.. Berdoalah.. Berdoalah.. 

Terjemahan ucapan Erdogan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil via Era Pasca

Kenapa Israel tiba-tiba mahukan gencatan senjata, Ini adalah kerana deklarasi Mesir dan Turki yang akan menentang Israel...HAHAHA nyata Israel penakot...baru deklarasi dah goyang...

Ringkasan Ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University sebentar tadi.

Friday, November 23, 2012

Tingkah laku ganjil anak2 autisma

Nor Hayati Mohamad Sulaiman
Anak saya Eusoff ada habit yang pelik iaitu dia suka kaki..Dulu cuma suka kaki saya, babahnya atau family members. Sekarang ni kaki semua orang pun dia suka.. Kalau ada kenduri kat rumah nenek dia, abis kaki makcik2 yg datang tu dia cuit.. Lepas tu saya terpaksa explain kat semua orang yg pelik tengok perangai dia.. Nak kurung dia dalam bilik rasa tak sampai hati..”


KOMEN2 sahabat

Ibu Imanihsanislam jgnla kurung dia cian eusoff :)

Nor Hayati Mohamad Sulaiman selalunya saya lepaskan aje..tapi sejak ada baby ni takleh nak monitor dia sangat..kadang2 terpaksa kurung jugak contohnya masa majlis tahlil..takut dia berlari2 sampai terlanggar air tahlil / hidangan..

Ibu Imanihsanislam itulah yg melanda saya, ade adik yg lain maka kita tak terjaga anak syurga yg sorang nie.. kalo nak kurung ader yg marah, kalo dibiarkan pun ade yg pandang sipi-sipi...makanya terpaksa minta tolong sapa 2 utk incharge jagakan ANAK BERTUAH ni.. semoga org yg menolong itu mendapat

Nor Hayati Mohamad Sulaiman betul sangat tu.. pernah sekali tu.. saya, eusoff dan baby berkurung dalam bilik kat umah mentua masa tahlil arwah adik ipar. selesai je tahlil dan makan2, saya lepaskan Eusoff..terus dia jerit "MERDEKA!" ...Adoii.. time tu pandai pulak dia bercakap..hehehe...

Noradilah Abdullah anak saya suka tangan orang. lagi2 yang pakai sleeveless. actually budak yang suka tangan/kaki orang, suka cium2 ni ada sensory prob yang agak teruk tau. dia akan guna mulut dan hidung untuk 'merasa'. Saya pun baru tahu minggu lepas masa buat assessment dgn psychologist

Ibu Imanihsanislam ‎Noradilah Abdullah macam mana pula yg suka koyak2 kan kertas n tisu sehalus2nya.. agak2 sebab sensory jugak ke?

Nor Hayati Mohamad Sulaiman Ye ke? Macamana yek nak mengatasinye? Risau jugak dia dok pegang2 kaki orang..tau jelah kaki kan? Bukan bersih sangat...

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak

PENGLIBATAN ibu bapa dengan pembelajaran anak khususnya ketika di rumah sangat penting dan kajian membuktikan ia membawa perubahan yang ketara dalam kejayaan seseorang anak.

Kajian peringkat antarabangsa Program Pentaksiran Murid Antarabangsa 2009 yang dilakukan oleh Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan menunjukkan bahawa cara bagaimana penglibatan ibu bapa menggunakan masa bersama anak di rumah mempengaruhi kejayaannya.

Hal ini disokong oleh statistik bahawa 52 peratus masa murid dihabiskan di rumah dan di dalam komuniti berbanding hanya 15 peratus masanya berada di sekolah.

Data ini diperoleh daripada sampel jadual waktu murid 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kegunaan masa murid berumur tujuh hingga 16 tahun berdasarkan 42 minggu di sekolah dengan purata 5.5 jam di sekolah setiap hari, dua jam masa kokurikulum wajib seminggu dan masa tidur lapan jam sehari.

Justeru, salah satu inisiatif dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah penglibatan ibu bapa, komuniti serta sektor swasta dalam pendidikan dan ia akan dilaksanakan pada Hari Terbuka GTP pada 24 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Melalui penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Anak akan mencapai keputusan akademik yang lebih cemerlang serta mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi di samping rekod kehadiran ke sekolah yang lebih baik.

Ibu bapa pula mendapat manfaat dari segi mengakses sumber berkaitan keibubapaan dan memperoleh pengetahuan mengenai sistem serta prosedur sekolah untuk mendapatkan program bantu sekiranya diperlukan.

Apa yang lebih penting adalah mewujudkan suasana pembelajaran di rumah seperti menyediakan ruang atau sudut untuk anak belajar dan memastikan anak mempunyai serta mematuhi jadual ulang kaji.

Sediakan juga buku rujukan walaupun yang terpakai kerana ia akan membantu anak-anak membuat penyelidikan bagi memahami sesuatu perkara.

Jika boleh, ibu bapa perlu menemani anak semasa dia sedang belajar kerana kehadiran anda mengukuhkan perasaan dan mengekalkan tumpuannya. Pastikan bunyi televisyen atau radio direndahkan untuk mengurangkan gangguan.

Adalah lebih jika perkara ini dipupuk sejak anak kecil lagi iaitu dengan membacakan buku kepadanya kerana ia merupakan satu aktiviti yang dapat merangsang minat terhadap membaca, menyemai kecintaan terhadap buku dan ilmu.

Pada masa yang sama, ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak dan perbualan merupakan interaksi yang asas untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu secara sepakat.

Berbincang dengan anak mengenai pelajaran dapat mengetahui perkembangan pencapaiannya, mengatasi keraguannya, membimbingnya merangka tindakan dan mententeramkan kerisauannya. Melalui perbincangan juga akan menghasilkan suatu pandangan bersama tentang sasaran anak dalam pelajaran di samping membantunya mencapai cita-cita.

Maka, bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak, mulai 2013, Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) akan diwujudkan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Objektif KSIB antaranya adalah untuk mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak, membantu apabila berlaku krisis, mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah dan menyediakan latihan untuk ibu bapa bagi meningkatkan kemahiran.

KISB juga bermatlamat membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain di samping berkongsi maklumat, pandangan serta sumber.

Untuk memberi pandangan dan maklum balas mengenai cara meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak, sila e-mel kepada saranaibubapa@gmail.com.


Serbuk Pencuci Serbaguna (Produk Muslim)

RM 15.90 sekotak (Semenanjung)

Dapatkan BIOSINAR sekarang!

Mencuci begitu teruk sekali?
Kotoran degil tidak hilang walau disental berkali-kali?
Pakaian berbau hapak?
Baju semakin pudar dan susah digosok?

 
Dapatkan BioSinar sekarang!

Dengan BioSinar, kerja-kerja cucian menjadi sungguh mudah - anda tidak perlu menyental pakaian dan kotoran degil tetap hilang dengan begitu mudah sekali!

Pakaian terasa lembut, segar dan sentiasa berseri! anda juga boleh minjimatkan perbelanjaan sehingga 50%! Mengapa perlu anda berbelanja lebih?  

Bertukarlah kepada BioSinar sekarang




Hubungi kami alkindi5919@yahoo.com untuk tempahan BioSinar sekarang.