Sunday, July 1, 2012

Rezeki kurniaan Allah


Tidak kenal erti susah, segalanya mampu jika kita mahu! Bila nampak gambar ini, rasa bersyukur sangat dengan rezeki kurniaan Allah kepada kita. Anak ini terpaksa menjaga adiknya kerana ibunya bekerja. Nasib baik cikgu sekolah benarkan. Sekurang-kurangnya anak-anak kita tak perlu hadapi semua ini. Itulah kita perlu sentiasa bersyukur. Rezeki itu bukan hanya wang, tapi kesihatan, kebahagiaan, ketenangan, kekuatan dan luas lagi maknanya. Oleh sebab itu kita tidak boleh alpa dengan kurniaan Allah. Perlu sentiasa berusaha keras untuk hidup didunia dan di akhirat. Perlu kejar kedua-duanya. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment