Friday, July 13, 2012

Anak autisma DIBUANG sekolah

Post yg dikemukakan sebelum ini berkaitan dgn Anak Autisma dibuang Tadika, KINI dipaparkan kes di mana anak2 autisma dibuang sekolah pula. Kes2 seumpama ini pasti akan berlaku dikebanyakan ibubapa kepada anak2 autisma terutama yang hiperaktif.
Pagi tadi masa antar zaim ke tadika, tiba2 gurubesar ckp, "maaf puan, rasanya hari ni hari last zaim kat sini. Ada ibubapa komplen". Saya ckp, "takpelah".

Kalau tadika "ISLAM", yg cikgu2nya "ISLAM", taknak memahami dan cuba mendidik ahli syurga, adakah kena cari tadika "BUKAN ISLAM" yg cikgu2nya "BUKAN ISLAM"?

Dalam hati "sabar, sabar"..ada hikmah di sebaliknya.
.

    • Irna Idrus-Ibuimanihsanislam subhanallah... pasti ader tempat terbaik utk anak akak.. saya doakan

    • Irna Idrus-Ibuimanihsanislam terus jer kak mencari tadika yg islam... insyaallah... pg tadi dunia saya tunggang terbalik juga...

    • Norazimah Nordin apa sebab gurubesar cakap macam tu?.. ibubapa komplen apa? ..

    • Hidayati Basri Sabar ye Norizan, Hazim pun pernah melalui keadaan yg sama..

    • Puan Snuffleupagus Ibu bapa mana yang komplen ni? Kalau jd kat anak sendiri baru tau. No empathy at all. This is what I call ignorant AND arrogance.

    • Nurasma Nawawi Sabar norizan.Cuba search yg lain,yg memahami.

    • Norizan Ab Rahman taknak tipu diri sndiri..sedih tahap gaban!!! tapi cool, releks..peliknya semlm masa antar zaim jumpa gurubesar, ckp dgn dia nak cuba lg zaim sebulan kat situ, dia ok je, malah ckp dia pun kesian ngan zaim, tiba2 ari ni ckp ada org komplen..tu yg x faham..

    • Irna Idrus-Ibuimanihsanislam dia ader cakap x apa yg buat dia tetiba reject?

    • Puan Snuffleupagus Ada la mana mana parents yg kiasu yang pressure gurubesar tu. This is sad lah. Never mind cari tempat lain ok? Ni tadika mana ni?

    • Che' Nor itulah sifat org2 ISLAM akhir zaman.. JIHAD dan ZUHUDnya dah semakin hilang.. sama dgn konsep Islam mgajar erti kbersihan tetapi org Islam juga yg suka buang sampah sepah2..

    • Puan Snuffleupagus Which tadika is this?

    • Irna Idrus-Ibuimanihsanislam diorang yg xlayak utk zaim, bukan sebaliknya...

    • Irna Idrus-Ibuimanihsanislam zaim is so special.. n perfect di mata ALLAH.. so pasti ader tempat yg perfect utk dia..

    • Norizan Ab Rahman Papa zaim kata, takpe, ada hikmahnya tu, mungkin zaim takde perubahan kalau terus belajar kat situ, guru seorg murid 25 org. Lagipun tak perlu hantar anak kat tmpt yg org taknak terima, Insya Allah ada guru2 lain yg lebih mulia dan ikhlas hatinya, aminn

    • Puan Snuffleupagus That's the spirit! :) insya allah

    • Cikpuan Nita Allah akan gantikan sekolah yg lebih baik. Sabar yer kak. Kuatkan semangat!

    • Norizan Ab Rahman Tadika Yayasan Islam, cawangan Seberang Takir, Kuala Terengganu. Instinct kuat mengatakan mrk yg taknak zaim, cikgu xnk susah, coz tadi guru kelas zaim minta maaf byk kali dgn saya..taknak mengaku kelemahan diri sndiri lalu meletakkn kesalahan pd seorg budak 4 thn lebih..

    • Jeni Mokhtar speechless ! semoga Allah buka hati2 org yang sebegitu.

    • Ery Kumagai Oh dear..nak huuugggg dulu..i'm sure u r strong..walaupun dlm hati sure rasa terkilan kan, been there done that. *huuuuugs lagi*
      For me, org2 yg tak nak faham and cikgu yg mengalah mcm ni ialah cikgu shortcut. Takpe lah, im sure rezeki zaim lebih baik kat tempat lain

    • Norizan Ab Rahman thanx semua!!!

    • Zaini Abas Hal sebegini lah memotivasikan saya utk setup pusat pengajian sendiri bg ahli2 syurga yg terpinggir oleh kaum seagama dgn mereka

    • Puan Snuffleupagus I know a mother whose daughter was rejected for tadika last last dia bukak tadika sendiri :) Maybe kita takde means to do what she did but her spirit masya allah. I'm sure Allah has better plan for Zaim :)

    • Ros Ariff sabarlah kak..ada tempat lain akan terima zaim..jgn mengalah..Allah ada percaturanNya yg terbaik untuk anak2 syurganya.

    • Mohamed Reza Mohamed Suffian hidup ni mcm roda, hari ni kita sedih, esok-esok kita akan gembira pulak setelah kita sedih.Allah nk uji kita di tahap mana kuatnya kita hadapi kes ni. usah lah kita berputus asa dgn rahmat Allah, sbb sikitje lg kita akan dapatknnya.Yakin lah, ada hikmah di sebalik kejadian tersebut dan ia mmg terbaik utk zaim dan family.Syurga yg lbh baik daripada dunia dan seisinya mmg dijanjikan utk anak ini (terharu mengenangkan juga anak kesayangan saya, iaitu Arif). :)

    • Ery Kumagai My son pernah kena reject from tadika, pernah kena reject sekolah.. pernah sempat sehari je kat sekolah.. anyway those "rejections" made us stronger. Im sure u r great parent, take tis challenge..we move on..inshaAllah He has a better plan for us

    • Norizan Ab Rahman Hari tu ada plan dgn Haniza Hashim ahli KAA nk setup taska n tadika for special and normal kids..kena bincang balik nmpknya..Insya Allah dipermudahkn..

    • Zaini Abas Pls visit FB akademi.fakih.intelek InsyaAllah kami sedang berkerjasama dgn Centre of Quranic Research, UM dan akan memulakan kelas this sunday (5 feb) di wisma r&d UM, jalan pantai baru, KL

    • Lynn Niena Sedihnya.. Trpk apalah nasib anak sy klu sek nnt :(

    • Nurasma Nawawi Ada hikmah tu.Utk kanak2 autisme ni kdg2 tak semesti berkonsepkan Islam,kdg2 owner bukan Islam pun ada yg faham.Cuba cari tadika yg byk bermain bukan yg duduk,tulis2,nanti zaim bosan...tgk tadika tu ada brg2 permainan mcm gelonsor,buai.Dgn kata lain byk aktiviti.

    • Zra FÆruz sy sdg risau ttg benda yg sama akan tjadi pd mike...
      sy risau dia di isolate di kelas...


      Norizan Ab Rahman, sy harap awak & suami tabah...(dlm hati kongsi menangis...)

    • Norazimah Nordin bagi pendapat saya.. sebenarnya guru-guru yg tiada pengalaman menangani murid-murid seperti anak kita,.. akan cepat mengalah dan sering berkata anak kita susah untuk diajar dan suka create masalah... maka dengan itu..anak kita tiada tempat di tadika mereka.. Senangnya mereka nak reject anak kita kan.. Ibu bapa lain rasanya tak tau pun anak kita ada masalah ke tidak... mereka selalu hantar anak mereka..dan apa yang terjadi di tadika bukannya masalah mereka.

      so... adik Norizan Ab Rahman sabarlah ye... cuba cari tadika yang tak ramai muridnya dan tidak terkenal... mereka kadang2 lebih sabar nak mengajar anak murid mereka... insyaallah.. dapat jugak anak awak belajar dengan tenang. dan di beri lebih perhatian. Cuma kita kena beri tahu apa masalah anak kita dan apa nak buat jika anak kita ada tantrum atau apa2 ..

    • Maslina Samidi kaka..kuatkan semangat..byk sabar dan banyak doa yer..mungkin ada tempat yg lebih baik untuk zaim.betul kata kak Irna Idrus-Ibuimanihsanislam mereka tak susai utk zaim..bukan zaim yg x sesuai utk mereka..

    • Ery Kumagai En Zaini Abas, boleh bagi details kelas tu? Utk parents ke utk anak2? How to join?

    • Samsul Muariff Saroni Norizan Ab Rahman - inilah yg saya rasa masa Syahmi umur 5 thn utk masuk ke Tadika St Teresa K.Tgganu.....cikgu2 di sana Chinese tapi lebih memahami perasaa ibubapa sbb katanya every year mesti ada kes spt anak kita ni....common bagi mereka...mereka yg beri nasihat pd saya utk buat pemeriksaan dgn doktor pakar.....walau bagaimanapun dlm hal ini kita kena byk bersabar kerana inilah UJIAN yg sebenar-benarnya dgn anugerahNya ini....kita mesti terima bahawa anak kita mesti ditempatkan ke channel yg betul....jgn berlengah lagi..kerana itu hanya membuang masa...lakukan pemeriksaan dan Pra Pendidikan Khas adalah yg terbaik utk anak kita...buat sementara hubungi Ms Anita di Cendering masukkan ke kelas beliau ....bila dah ada confirmation dr Hospital SNZ baru daftar ke Pra Pendidikan Khas...

    • Maslina Samidi en Zaini Abas saya dah bukak fb AFI..tapi mcm mana nak contact yer..

    • Nora Yusof Sabar.....krn ALLAH tlh menjanjikan sesuatu yg lbh baik utk awak krn awak adalah seorg ibu yg hebat di antara ibu2 yg lain.Doa kami sentiasa bersamamu....

    • Mumtazah Mustajab Anak sy dah 2 tahun sy hantar kat tadika. Pengetuanya bukan islam tp amat memahami. Cuma bila Najib ke tadika, maid sy ikut sama jg dia. Sebenarnya yg penting adalah interaksi dgn kanak2 normal. Bila balik rumah, dia boleh buat homework. Kat sekolah, dia tak suka belajar. Pening, pening......

    • Nor Hayati Mohamad Sulaiman Sabar ye...saya sebenarnya tengah risau masalah yg sama..sbb Eusoff masih under probation period kat tadika tu. Masa saya hantar Eusoff saya dah bagi tau yg saya hantar dia supaya dia belajar socialise saja dulu dan supaya dia familiar dgn suasana sekolah. kalau dia tak pandai tulis, warna atau baca, atau tak reti pegang pensel ke tak kisah. Lagi satu, saya sediakn kat cikgunya satu buku behaviour Eusoff. Supaya cikgu tau kenapa dia begitu begini dan nak buat apa kalau Eusoff ngamuk ke hape. Saya suruh juga cikgu tu tulis apa2 je ttg perkembangan/behaviour Eusoff kat sekolah dalam buku ..supaya saya bleh ikut perkembangan dia. Kena selalu bincang dgn cikgu la..tiap2 hari saya follow-up.

    • Samsul Muariff Saroni bukan salah Islam.....tapi org Islam kita kurang pendedahan ttg perkara ini....bangun dari kisah sedih ini...mengadu padaNya dan dekatkan diri dgn support group seperti di fb ni...ramai ibubapa yg bersama anda Norizan Ab Rahman....ambil pengalaman saya sebagai teladan.....isteri saya pernah menangis membawa anak kita dr sebuah ke sebuah tadika....semuanya ditolak. Di K.Tgganu ni mmg susah ckit nak cari tempat asuhan anak2 istimewa...ikutlah cadangan saya di atas tadi sebab saya telah melalui pengalaman pahit ini....

    • Wahidah Sufian tadika anak sya pun own by non-muslim..last year bfore confirmkan untuk 6 years punya class sya tanya ok ke kalo sya nak anta nak sya lg...takut menyusahkan, anak sya lasak, bit slow dlm menulis, kadang2 moody..dia ckp x de masalah...knp la yg seagama tak nak memahamikan...so sad

    • Wahidah Sufian Norizan Ab Rahman sabar byk2 ye...

    • Fairose Adawiyah anak saya pun pernah direject dulu, sakit ati,geram, sedih pon ada..tapi tapi tapi...after that saya jumpa tadika yg bagus,yg sanggup terima uthman,x pernah complaint uthman, sebaliknya bg tips and nasihat..even principal sendiri ajar uthman one to one.. tp tadika tu chinese based la..ada kena belajar ckp cina semua..haha, uthman cakap pon x tau lg, kene dwi bahasa pulak..tu cite thn lps, skrg ni uthman masuk nasom and EIP NPO (wings)..sentiasa positif, semua berlaku ada hikmahnya..

    • Zaini Abas Boleh call saya 0196656565 or email akademi.fakih@gmail.com principal consultant, ust noraziah mohd daud (+60 19 923 5599), beliau merupakan guru inovasi kebangsaan 2010. Memperkenalkan kaedah fakih - celik quran menggunakan nombor dan warna. Pengalaman dalam pendidikan khas selama 16 tahun. Pengalaman peribadi saya dgn anak kami, beliau belajar mengaji tdak seperti adik2 nya yg perlu mengenal alif ba ta. Kelebihan beliau utk menghafal visual kami applikasikan dgn memperkenalkan vcd juz amma. Alhamdulillah beliau sudah boleh membaca 4 5 surah lazim. Dan agak surprise apabila beliau mampu memyenaraikan kesemua surah dalam juz amma beserta nama surah, bilangan ayat dan terjemahan tajuk surah berkenaan. Selain itu alhamdulillah asyraaf juga sudah boleh membaca semua bacaan dalam solat, azan, iqamat. Bagi saya, rata2 kita byk pilihan untuk mengajar A B C, membaca, mengira dsb melalui aliran pendidikan khas, inklusif program dan lain2. Namun agak sedih bila masjid2, sekolah agama tidak dpt menerima anak2 kita. Saya juga yakin kita juga tak mahu lihat anak kita menjadi pengganggu terhadap penbelajaran anak2 lain. So we believe via customize education, dimana kita gunakan kelebihan yg mereka ada utk nempelajari ilmu2 lain. Contoh, jika anak suka main ipad, gunakan ipad untuk mengajar mereka. Jika tanah liat yg mereka suka, gunakan medium itu.

    • Ery Kumagai Thanks En Zaini..mmg sy tgh mencari mcmana nk ajar al quran & solat utk anak. Membaca bm & english rasanya dah bg pendedahan tapi iqra ni blom. Risau jgk..

    • Zaini Abas Tiada apa yg lebih indah bila mendengar ahli2 syurga ini berkata "ya allah masuk kan lah mummy dan daddy ke dalam syurga" or "ya allah ampun kan lah dosa mummy and daddy"

    • Adlina Abu Naim Sabar kak saya doa semoga akak bjaya dptkn zaim sekolah yg lbh sesuai dan bagus utk dia

    • Nor Hayati Mohamad Sulaiman Sedih pulak rasanya kenangkan nasib anak2 kita ni.. Dari lahir sampai besar diuji dgn mcm2 ujian. Padahal bukan salah dia pun dilahirkan dgn autism. Pada dasarnya diorang ni cuma kanak-kanak. Tak ada bezanya sama ada typical atau special needs. Macamlah budak2 typical tu tak tantrum, tak hyper. Budak typical pun ajar sekali terus dapat ke? Cikgu2 yg reject depa tu mengalah sebelum berjuang. Carilah tempat lain lain Norizan Ab Rahman..cari tempat di mana ada cikgu yg mengajar dengan hati, tentu Zaim pun happy dpt belajar dgn cikgu2 yg menerima dia dgn hati terbuka.

    • Alinn Aizib YA ALLAH sebak hati ni tika menbaca luahan ,mengapalah segelitir masyarakat x celik n memahami ape yg kami rasai,sekurang2nya memahami dh syukur alhamdulilah,bukan hanya mengondem /pandang rendah aje...sabarlah akak Norizan Ab Rahman semoga kita semua yg ada anak syurga ni dipermudahkan segalanya amin.

    • Yusni Mintol Byk kan sabar n de hikmah sebalik tu...insyallah de sek yg lebih baek dr tmpt tu....

    • Nurasma Nawawi Yelah walaupun manusia normal tp hati buta,gelaplah pandangannya...warasnya fikiran manusia terletak pd hati.

    • Ira Adam Betultu kak izan,xperlu hantar ke tempat yg tanak terima anak kita, xperlu rayu2 pd org yg berat hati terima anak kita,sekali diorang ckp 'no' kita ckp ok tade hal, kita sbg ibubapa akan sedaya upaya cr tmpt lg

    • Zamri Tembol most parents akan lalui perkara yg sama, bermakna perkara berulang, kalau ditegur kata kita nak mengajar pulak, tak di tegur ikut suka ati je, just hoping changing mind around our circle can improve things in future

    • Nurasma Nawawi Sbb tu kdg2 saya diam je...tak nak takpe cari tempat lain.Kdg2 explain berulang kali org tak nak faham bila budak2 ni buat benda2 pelik.Nak buat mcm mana,bukan anak dia org yg kena.

    • Alinn Aizib btl3....sabar aje lah..

    • Reel Sulaiman bertabahlah puan

    • Mumtazah Mustajab Let's not blame these people. They know they are not trained to teach our special kids. Even being normal teachers pun dah besar tanggungjawab nak jaga anak2 orang yg lain. Takut2 tak terjaga anak special kita. Takut2 anak2 lain tercedera kan, lebih membahayakan. Sebelum berlaku apa2 yg tidak diingini, lebih baik they tolak. At least they are being honest. Even dlm kitab mengatakan kalau nak dapatkan sesuatu, dapatkanlah daripada yg lebih pakar. So, we just hv to find that pakar. I know some parents practically pindah rumah to be nearer to these pakar. Tho a bit extreme but it works for them. I may sound harsh, but it's reality.

    • Dolbear Bin Solomon nama sekolah tu sedap tapi org2 yg mengendalikan nyer melayu yg basic malas n amik mudah tu melekat kat hati,dia nak idop selesa je, tu le kalo spesis melayu yg ada PHD,mana mungkin keluarga lain komplen kalo tak dimomok kan nyer sbb nak cover kekurangan atau kecacatan pendidik2 yg tak cerdik sekolah tu, sekadar pandangan sbb spesis melayu yg berperangai mcm ni kalo trasa tertekan mula le nak carik jln mudah melepaskan atau menggelakkan diri.

    • Noradilah Abdullah As for me, saya tak blame kan tadika tu jugak...(sila jangan marah kande ye dinde), let's face the reality. most of autistic kids are hyperactive and lack of focus. memang sangat sukar bagi cikgu tadika tu nak kontrol 20 budak lain and at the same time kejar2 anak kita sebab kejap aje duduk pastu larik2 tempat lain. diaorang pulak ni la julung2 kali dapat autistic student. banyak masalah here and there. Berdasarkan pengalaman saya dengan dzariff dan tadika, kena tengok dulu apa aim kita nak masukkan ke tadika. adakah sebab nak deal with their social and behaviour prob ataupun academic wise? saya berterus terang dengan cikgu tadika untuk 2 tahun pertama saya mmg pentingkan social skills and behaviour. tahun ketiga baru saya beratkan academic. tapi untuk beratkan academic, tak semudah social and behaviour. saya perlu berkorban masa dan tenaga jadik teacher aide di tadika....dan lepas ni, insya Allah berkorban wang sebab nak gajikan teacher aide(mama tak larat). kalau kita boleh sediakan teacher aide (percayalah padaku), mana2 tadika and school pun insyaAllah akan terima anak kita. Walaupun baru sebulan dzariff ada teacher aide, believe me...the difference is so huge!

    • Eya Maria saye setuju dgn kande Noradilah Abdullah...saye paham perasaan cekgu tuh... :)

    • Noradilah Abdullah selepas sebulan i buat part time teacher aide a.k.a private cikgu tadika, baru ku tahu....susah wehh jadik cikgu tadika. nampak je senang...susahh..lagi susah dari nak ajar and make sure students score add maths form 5

    • Hayati Jafar Cari yang terbaik untuk dia, - our children deserve the very best, insya allah, rezeki zaim di tempat lain

    • Azma HjKhalid be strong kak izan, adam dulu tadika owner die muslim tapi cikgu die non muslim....mmg mabeles! pandai membaca ,menulis,mengira tapi lagi satu m tu fail sket.... xtaula kalau itu kebetulan...

    • Azma HjKhalid Dilla, kalau ade teacher aide pun tapi kalau sekolah x nak terima teacher aide pun susah....terpaksala mama die ambik kad pelawat hari2 tunggu masa rehat......yg penting sekolah dan tadika tu kena letakkan diri mereka dlm shoes kita baru mereka boleh betul2 faham situasi kita.....

    • Syahirah Omar InsyaAllah ada tempat lain untuk zaim:) yang lebih baik!!

    • Noradilah Abdullah Kak Azma HjKhalid ku sayang, sebab tu la back up plan...kalau takdak sekolah rendah kat JB ni nk terima teacher aide, we'll go for private, kalu takdak jugak...tahun depan pindah KL. sekian...habis cerita!

    • Nor Hayati Mohamad Sulaiman Kakak Noradilah Abdullah: Bawaklah daku bersamaaaa... :D

    • Nurasma Nawawi Betul tu Azma,bukan semua sekolah benarkan teacher aide.Saya ni pun dah jd pembantu guru kelas tu.Guru kelas meeting,saya jd jg.Budak duduk kat tempat buat keje.

    • Azma HjKhalid heeehhh....Cik Dilla nak pindah kl.....kalau dengar cite Asma, saya nak pindah kelantan....mcm mesra alam je sekolah tu Asma......

    • Nurasma Nawawi Azma tu sek intergrasi.Darjah 3 pun ada satu kelas je.Darjah 1 bil student 33 org je.Setakat ni ok lg.Hrp2 ok sampai bila2.Guru kelas Izzan tu sekampung dgn saya.Kenal,tu jd ok kot.Saya cari sekolah yg saya kenal org dlm tu.Kalau tak susah juga.Kalau tingkatan 1,memang hantar kat sekolah tempat mak saudara dia ngajarlah.

    • Azma HjKhalid skrg Azma rasa nyesal la pulak....dulu x nak masuk maktab, nak masuk universiti...kalau jadik cikgu kan senang......ramai org kenal....xdela terkial2 cam skrg macam merayu kat cikgu lak suruh tgk2 kan anak kita.....huhuhu

    • Nurasma Nawawi Sabarlah Azma,dlm masa 2thn ni agak meranalah sket kita parent autisme.Cousin saya 2 thn lebih tension,bila anak dia umur 9thn lebih kurang dah tahap tension.

    • Nurasma Nawawi Jgn kita kesal apa2 Azma,yg dtg pd kita sekarang ni adalah dugaan dr Allah

    • Norizan Ab Rahman saya tak salahkn cikgu2 tu, cuma kesal. sepatutnya jgn malu akui kelemahan diri dan tiada ilmu utk mendidik ank istimewa, drp menyalahkn ank istimewa itu ssndiri.

    • Noradilah Abdullah i yang jadik cikgu ni tensen gok azma. ramai orang PPD kenal suami tapi tak tentu lagi untung nasib si dzariff di sekolah rendah nanti. pening peningg...cukup tahun ni bertambahla pening mama

    • Darnalis A Rahman Byknye cerita2 sedih kat wall nie after 1 bulan genap persekolahan anak2..Nasib my sons pun x tahu lagi mcmana..just hope semua anak2 kita mendapat tempat yg lebih baik didunia :(

    • Ery Kumagai Tu en darnalis ke puan diana?
      Pn Diana, we miss uuuuuu

    • Ery Kumagai Diana, ur heroes masuk tadika aritu tak

    • Shazrin Azrinda saya jgk mengalaminya....cikgu2 di situ ckp anak sy menganggu....di kelas pendidikan khas....sbenarnya mereka tidak berapa peduli...jg ala2 kadar....my husband ckp ada cikgu pendidikan khas di situ main fb di dlm kelas....sy masa tu memang sedih....Allah shj yg tahu....kita senasib....sbr puan.....sbr....Allah sentiasa menyayangi org2 yg sabar....percayalah....

    • Shazrin Azrinda sekarang....anak sy dihantar ke rumah neneknya setiap pg...hari sy bekerja....petang ayahnya ambil....round2 dulu baru balik rumah....kl tk dia akan menangis dan mengamuk....begitulah rutin kami....jam 6 ptg baru sampai ke rumah....layan dulu kehendak anak syurga ini....

    • Thila A. Naidu i really feel for you, bawa bersabar ya...

No comments:

Post a Comment