Warga emas huni rumah kebajikan sama dihuni ibu yang dihalau 10 tahun lalu.
"Sekarang baru saya sedar dosa saya terhadap ibu dibalas tunai, tidak
perlu tunggu di akhirat," kata Abdul Rahman Talib, 60, yang kini tinggal
di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup, di sini, selepas diabaikan isteri
dan anaknya.
"Malah, bilik ibu sebelum ini bersebelahan bilik saya duduki sekarang," kata Abdul Rahman ketika ditemui.
Menurutnya, sebelum ini dia difahamkan ibunya bergelandangan beberapa
hari selepas dihalau keluar dari rumah dan ada ketikanya dia bermalam
seorang diri di kandang kerbau yang diubah suai buat sementara sebelum
diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pada 12
Januari 2010, Harian Metro melaporkan Abdul Rahman yang baru selesai
menjalani pembedahan jantung, terkedu apabila dengan tidak semena-mena
dibuang anak sendiri bersama bungkusan pakaian di pondok bas berhampiran
sekolah di sini.
"Pada 2006, saya melawat arwah ibu di rumah
kebajikan ini (Rumah Sejahtera) dan dia menyatakan selesa dan tenang
menginap di sini. Ibu mempunyai dua anak, termasuk saya hasil
perkahwinan dengan arwah bapa, Talib Senapi," katanya.
Menurutnya, selepas beberapa bulan ibu dihalau dari rumah, kehidupannya
sekeluarga menjadi porak-peranda, termasuk bercerai dengan isteri dan
dia meninggalkan kampung halaman untuk mencari kehidupan baru di
Langkawi.
Bagaimanapun, katanya, akibat masalah kesihatan, dia
kembali ke Perlis dan cuba menumpang teduh di rumah anak lelakinya yang
sudah berkeluarga sehingga timbul tragedi ditinggalkan di pondok bas.
"Anak lelaki saya terlalu mengikut kehendak isteri yang tidak mahu saya
menetap bersama, malah ibu pun mengalami nasib sama tidak disukai
menantu iaitu isteri saya sebelum dihalau keluar rumah," katanya.
Abdul Rahman berkata, pendedahan ini mungkin boleh dijadikan iktibar
kepada remaja serta mereka yang baru mendirikan rumah tangga supaya
memberi tumpuan serta kasih sayang kepada ibu bapa dan tidak
mengabaikannya.
(HM-Rashidi Karim)
Warga emas huni rumah kebajikan sama dihuni ibu yang dihalau 10 tahun lalu.
"Sekarang baru saya sedar dosa saya terhadap ibu dibalas tunai, tidak perlu tunggu di akhirat," kata Abdul Rahman Talib, 60, yang kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup, di sini, selepas diabaikan isteri dan anaknya.
"Malah, bilik ibu sebelum ini bersebelahan bilik saya duduki sekarang," kata Abdul Rahman ketika ditemui.
Menurutnya, sebelum ini dia difahamkan ibunya bergelandangan beberapa hari selepas dihalau keluar dari rumah dan ada ketikanya dia bermalam seorang diri di kandang kerbau yang diubah suai buat sementara sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pada 12 Januari 2010, Harian Metro melaporkan Abdul Rahman yang baru selesai menjalani pembedahan jantung, terkedu apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri bersama bungkusan pakaian di pondok bas berhampiran sekolah di sini.
"Pada 2006, saya melawat arwah ibu di rumah kebajikan ini (Rumah Sejahtera) dan dia menyatakan selesa dan tenang menginap di sini. Ibu mempunyai dua anak, termasuk saya hasil perkahwinan dengan arwah bapa, Talib Senapi," katanya.
Menurutnya, selepas beberapa bulan ibu dihalau dari rumah, kehidupannya sekeluarga menjadi porak-peranda, termasuk bercerai dengan isteri dan dia meninggalkan kampung halaman untuk mencari kehidupan baru di Langkawi.
Bagaimanapun, katanya, akibat masalah kesihatan, dia kembali ke Perlis dan cuba menumpang teduh di rumah anak lelakinya yang sudah berkeluarga sehingga timbul tragedi ditinggalkan di pondok bas.
"Anak lelaki saya terlalu mengikut kehendak isteri yang tidak mahu saya menetap bersama, malah ibu pun mengalami nasib sama tidak disukai menantu iaitu isteri saya sebelum dihalau keluar rumah," katanya.
Abdul Rahman berkata, pendedahan ini mungkin boleh dijadikan iktibar kepada remaja serta mereka yang baru mendirikan rumah tangga supaya memberi tumpuan serta kasih sayang kepada ibu bapa dan tidak mengabaikannya.
(HM-Rashidi Karim)
No comments:
Post a Comment