Persiapan yang dilakukan oleh beliau amat mengkagumkan. Setiap masa dengan buku sejak awal tahun lagi. Sentiasa membuat latih-tubi tanpa disuruh. Komputer dan TV telah dipinggirkannya. Moga sikapnya itu menjadi contoh kepada adik2nya yang lain. Semangat yang ditunjukkanya untuk memperolehi keputusan yang cemerlang mengembirakan kami sekeluarga.
Kadang2 sedih juga tengok Faqihah yang tidak dapat menjejaki kehidupan seperti kak longnya hanya kerana dia menghadapi Autisma. Tidak dapat bersekolah bersama-sama kak long. Menduduki peperiksaan UPSR seperti kak long.
Akur dengan keadaan Faqihah. Kami akan cuba berikan didikan terbaik untuk Faqihah. Tiada bezanya Faqihah dengan adik-beradiknya yang lain.
No comments:
Post a Comment