Thursday, July 5, 2012

Petua Untuk Mendapatkan Anak

Diantara usaha yang boleh dilakukan untuk mendapatkan anak. Paling utama ialah mohon DOA tanpa jemu kehadrat Illahi. Petua2nya ialah:


1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi bagi si suami.
2. Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk semua lelaki yang telah berumahtangga.
3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila pergi ke masjid. Jika diamalkan selalu ianya akan berhasil.

Cara Buat Senaman Batin:-

1. Duduk bersila badan tegak
2. Lepas itu luruskan kaki kanan ke depan.
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri. Tarik nafas dalam-dalam (perlahan-lahan )
4. Setelah nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas tahan selama7 saat ). Jika tidak mampu jangan paksa.
5. Ulangi perkara yang di atas dengan kaki kiri pula.
6. Buat 3 kali atau 7 kali setiap kali selepas sembahyang subuh. Jika betul anda melakukannya, peluh akan keluar walaupun anda hanya lakukan 3 kali. (maksudnya 3 kali kanan dan 3 kali kiri ).


Sumber: Ismeet Amer

No comments:

Post a Comment