Saturday, July 14, 2012

Percubaan UPSR 2012 Kak Long

Harapan tinggi Ummi Kak Long untuk melihat kejayaannya


Kak long baru selesai Peperiksaan Percubaan UPSR 2012 pada jumaat yg lepas (13 Jul 2012). Setakat ini keputusan Matematik telah diperolehi. Cepat sungguh gurunya membuat semakan.

Alhamdulillah. Kak Long berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Matematik. Markah yang diperolehi seperti berikut:

Math Kertas 1 - 35/40
Math Kertas 2 - 40/40
Peratus: 94%
Gred: A

Berdebar menunggu keputusan2 yang lain. Kelemahan ketara Kak Long dalam peperiksaan adalah Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman). Kebiasaannya gagal memperolehi gred A.


Sah! BM Pemahaman GAGAL memperolehi gred A
BM  (Pemahaman)
Peratus: 63%
Gred: B 


TAPI Tahniah! BM Penulisan
BM  (Penulisan)
Peratus: 92%
Gred: A

Masih menunggu keputusan BI dan SC.  Kebiasaannya  Kak Long TIADA masalah untuk memperolehi gred A untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Keputusan baru diterima hari ini.


ENGLISH
Peratus: 90%
Gred: A
.
SCIENCE
Peratus: 92%
Gred: A

Keputusan Keseluruhan : 4A 1B

Sejarah  pencapaian akademik Kak Long tidaklah memuaskan diawal persekolahanya. Malah, semasa tahun SATU berada di kelas ke-2. Masuk kelas pemulihan. Peningkatan berlaku sejak berada di Tahun 5. Peperiksaan Akhir tahun Tahun 4 hanya menduduki no 30 dalam kelas. Bernasib baik masih kekal dalam kelas pertama.

TAHUN 5, peningkatan ketara telah berlaku. Menduduki tempat ke-14 dalam peperiksaan Pertengahan Tahun dan tempat ke-8 dalam Peperiksaan Akhir Tahun.


RAHSIANYA.

1. Berkat DOA kepada yang ESA disamping usaha berterusan Kak Long dengan pemantauan kami sekeluarga.
2.Mula mengikuti kelas tambahan di Pusat Tuisyen Naluri semasa berada di Tahun 5 di mana sejak tahun 1 - 4 tidak mengikuti mana-mana kelas tuisyen.
3. Memberi makanan tambahan keluaran Attitude Therapy iaitu JERI.
4. Terkini, kami memberikan minuman Smart Coco A+ .


Mohon rakan2 pengunjung laman blog ini akan terus mendoakan kejayaan Kak Long dalam UPSR sebenar nanti.

Terima kasih kami sekeluarga dahulukan atas iringan doa yang tuan/puan berikan.

 

No comments:

Post a Comment