PMR sebenar akan dilaksanakan pada Okt 2012. Sebagai persiapan AKHIR murid2 pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan tersebut, teman mencadangkan kepada pihak pentadbir agar diadakan kelas tambahan mulai Ogos 2012.
Hanya terdapat dua orang sahaja murid pendidikan khas akan menduduki peperiksaan 2012 iaitu Muhamad Huzeir dan Mukundaandass. Kedua2nya berada di kelas pendidikan khas di mana TIDAK diinklusifkan. Guru2 pendidikan khas mengajar semua subjek yangakan diambil. Teman mengajar Math. Pencapaian akademik dlm Peperiksaan Pertengahan Tahun amat mendukacitakan.
Sebenarnya, murid2 pendidikan khas ini TIDAK berkemampuan dari segi akademik. Atas permintaan ibubapa, kami ajar mereka untuk dan seterusnya berusaha mempersiapan diri mereka untuk PMR walaupun guru2 pendidikan khas TIADA kepakaran untuk mengajar subjek2 tersebut.
No comments:
Post a Comment