Wednesday, December 17, 2014

Surat Terbuka - Autisma


TERIMA KASIH, SYAHMI.
=====================
Surat terbuka untuk anakanda ‪#‎SyahmiAsyraff‬
Syahmi,
Sewaktu mula-mula aunty kenal Syahmi ialah ketika aunty mula menyertai group AM ini lebih kurang 4 tahun lalu. Syahmi ketika itu bersekolah dalam tahun 2. Sudah banyak peningkatan dalam diri Syahmi yang sering ibu dan ayah Syahmi kongsikan bersama kami di sini.
Ketika itu, anak aunty Rizqy yang berumur 2 tahun hanyalah seorang yang tidak kenal pun dirinya sendiri apatah lagi orang disekelilingnya termasuklah aunty. Tidak boleh bercakap serta leka dengan dunianya sendiri.
Namun, ketika membaca setiap perkongsian ibu dan ayah mu tentang bagaimana keadaan mu pada awalnya dahulu membuatkan aunty merasakan, tiada bezanya diri mu dan Rizqy.
Terima kasih Syahmi, kerana di setiap kisah dan usaha mu, pasti membakar semangat aunty dan membuatkan aunty percaya, bahawa Rizqy dan semua anak-anak disini juga boleh berubah satu hari nanti.
Benar, perjalanan masih jauh, UPSR bukanlah penentu segalanya. Namun kejayaan mu dapat menyuburkan banyak jiwa yang pudar semangatnya, serta membuktikan bahawa benarlah, Allah boleh beri lebih dari yang kita minta, sesuai dengan usaha kita.
Terima kasih Syahmi, kerana membuatkan kami ibu bapa disini percaya bahawa kami semua boleh melahirkan lebih ramai GENIUS DARI SYURGA...
Tahniah kepada ibu ayahmu Samsul Muariff Saroni. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada mereka supaya dapat terus berkongsi dengan kami disini.
Terus mencipta kejayaan, anakanda. Kami mendoakan tercapai cita-cita mu menjadi angkasawan Islam yang berjaya dunia dan akhirat.
Aunty Ainizal
27/11
3 pagi.

No comments:

Post a Comment