Tuesday, December 2, 2014

Abang Adib - Jasamu dikenang

Abang Adib dan Kak Zam, Ladang Bukit Pelanduk Port Dickson  1996

Beliau dan keluarga banyak membantu sewaktu pak yoep bertugas di Gutrie Plantation. Hidup sebatang kara di sana. Makan dan minum bersama mereka. Kadang-kadang bermalam di sana. Mereka bagaikan sebahagian daripada keluarga pak yoep. Mereka juga mempunyai seorang anak istimewa yang dikenali sebagai Arif, autisma dan Sawan. Begitu lama terpisah, hanya pernah berjumpa pada 2008 semasa pak yoep mengikuti kursus berkaitan dengan pendidikan khas di IPPM Melaka. Rezeki pak yoep berkerja di sana tak lama, mungkin atas faktor ditakdirkan pak yoep mempunyai anak autisma yang tidak memungkinkan anak pak yoep tidak dapat menerima perkhidmatan untuk rawatan dan terapi kerana lokasi yang berjauhan dengan pelbagai kemudahan. Rezeki pak yoep disalurkan ke bidang pendidikan.

No comments:

Post a Comment