Friday, December 19, 2014

Kesan utama dihadapi ibubapa/keluarga OKU


Terdapat empat kesan utama yang bakal dihadapi oleh ibu bapa dan keluarga OKU terhadap tanggungjawab menjaga ahli keluarga yang memerlukan penjagaan spesifik seperti ini.
Kesan yang pertama, masa yang lebih banyak diperuntukkan oleh ibu bapa dan keluarga untuk melakukan penjagaan terhadap anak-anak istimewa berbanding aktiviti rumah tangga dan sosial lain.
Kesan kedua ialah impak kepada pekerjaan keluarga apabila mereka terpaksa membahagi masa antara tugas penjagaan dan pekerjaan mereka, sama ada terpaksa berhenti kerja atau menghalang mereka untuk menerima tawaran bekerja yang baik.
Kesan yang ketiga ialah keadaan kewangan keluarga yang turut terjejas memandangkan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk rawatan, penjagaan dan pendidikan anak-anak khas ini.
Pada masa yang sama ada ibu bapa yang terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan mereka.
Sudah pasti kesan yang keempat ialah tekanan psikologi yang dialami oleh penjaga yang seringkali dikaitkan dengan kepenatan yang tidak terhingga, kehilangan atau ketiadaan privasi diri, sentiasa berada dalam kebimbangan dan keresahan mahupun perasaan malu, sedih, kecewa, sakit hati dan gelisah.

No comments:

Post a Comment