Monday, December 8, 2014

Pengisian ceramah kali pertama

Gambar Hiasan

Pak yoep ada menerima suatu jemputan ceramah oleh salah satu PDK di utara.

Atas pandangan ahli-ahli Kelab Anak Autisma (KAA) FB bawah kendalian pak yoep selaku Admin telah nyatakan persetujuan untuk memberi ceramah berkaitan dengan penjagaan anak-anak istimewa. Pak yoep telah memohon pandangan ahli-ahli KAA, apa pengisian yang sesuai untuk tajuk berkenaan... sekiranya mereka  hadir ....apakah yang diharapkan dengan ceramah tersebut? Pengisian ceramah pak yoep akan kongsikan sekali di laman tersebut..

Dibawah adalah cadangan pengisian ceramah yang diperlukan dikemukakan oleh ahli-ahli KAA setakat semalam. 

Ada cadangan-cadangan lain?

Senarai cadangan 

1. Ttg behaviour.. Anak2 autisme yg hyperactive
Cara mengendali anak autisme apabila mereka tidak memberi kerjasama

2. Behaviour management, tried to discipline secara baik, hyper sangat....focus on study susahnya nk conduct...
tapi adakah kami di sabah dpt join ceramah tu...

3. fuh.. nak cakap pun tak tahu.. admin seorang ibu kepada anak autisme kan? ceritakan pengalaman membesarkan anak sejak awal dapat tahu anak pengidap autisme.. ceritakan emosi dan cara mengatasi .. menenagkan diri.. berhadapan dengan keluarga.. masyarakat.. ada ibu bapa autisme sangat kecewa dengan masyarakat dan jiran memualau kan mereka kerana ada keturunan cacat.. geram jer dengar..  doktor malah cikgu ppki pun tak dapat jelaskan pengalaman tu.. saya nak dengar kegigihan anda semua yang hebat2..  pandangan saya.. sebagai guru.. saya takleh jelaskan pekara ni kepada sesiapa pun sebab takde kolej nak ajar.. he..he.

4. pengalaman ibu2 gigih seperti tuan2 harus disebarkan supaya ibu bapa lain tahu "oooo bukan aku bersendirian.. aku ada teman" supaya mereka dapat semangat..  semoga berjaya.. in shaa Allah.

5. Renung dlm2 muka faqihah... Waktu tidur... Akan tau tajuk ape Dan isi ape nk disampaikan... Dia adalah inspirasi admin ... Kekuatan admin adalah dia... Juga kelemahan admin

7. camne nak tackle anak waktu berangin di tmpat umum..... cara nak disiplinkan toilet utk buang air...

8. Cari pengisian utk anak2 autism ttg hala tuju dlm akademik bersaing dgn anak normal yg lain.Anugerah yg xternilai Allah uji kalian dgn anak istimewa ini.Seharusnya tidak ada perbezaan dari segi layanan pd mereka.

9. Masalah saya anak kurang focus bila nak bljar.. anak seorang hyperaktif/Autisme... Di rumah mendidik dia mmg mencabar... saya faham situasi guru anak saya di sekolah.. benda sm yg saya rasakan bila mendidik dia di rumah.. anak saya mudah marah dan murah mengeluarkan suara dgn nada yg kuat.. mmg amat mencabar.. tp saya syukur dia dh blh bercakap.. blh bgtau klo nak buang air besar dan kencing..  nak buat sesuatu kena ikut mood dia saja.... setiap mlm saya akan menangis melihat wajahnya dan memikirkan nasib anak sya bila besar nanti... rasa tkut dan bimbang ada pada diri saya... saya hanya mampu berdoa semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup anak saya akan datang... amin

10. Autisma : cabaran awal remaja. Tajuk ini dapat membantu ibubapa bersedia semasa anak2 Khas ini memasuki fasa remaja .

11. Pengenalpastian peringkat awal autisme

Sekarang pak yoep tengah berangka pengisian yang wajar diketengahkan. Berdebar jugak rasanya kerana ini merupakan pengalaman pertama pak yoep beri ceramah berkaitan dengan kanak-kanak istimewa.

No comments:

Post a Comment