Fail Meja merupakan
satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan
tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau
panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14
perkara utama, iaitu:
1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual
Prosedur Kerja.
2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.
3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan
MPK.
4) Carta Organisasi Bahagian/Unit: Menjelaskan kedudukan
setiap anggota dan tugas masing- masing.
5) Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan
pegawai-pegawai yang lain.
6) Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap
aktiviti/tugas.
7) Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan
pegawai.
8.) Carta Aliran Kerja menjelaskan tindakan-tindakan secara
sistematik.
9) Senarai semak berbentuk soalan, rangkai kata atau
pernyataan peringatan untuk menyemak tindakan-tindakan yang diambil.
10) Borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan
menggunakannya.
11) Senarai undang-undang dan peraturan untuk dirujukan
supaya tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.
12) Senarai Jawatankuasa ang dianggotai oleh pegawai yang
berkenaan.
13) Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi dengan
harapan dicapai serta berfungsi sebagai asas menilai pencapaian produktiviti.
14) Senarai Tugas Harian dengan tujuan mengingat
aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut jadual.
No comments:
Post a Comment