Tuesday, July 31, 2012

Autism: Don’t stay in the house because others do not understand

Don’t Stay Locked Up Inside

There is a whole big world out there and you and your loved one(s) affected by Autism deserve to see it just as much as the next man, woman or child. I have come to find that many affected by Autism keep their loved ones in the house so that others will not be disturbed. Is this fair? I do not think so. Your loved one(s) deserve to get out and feel the sun on their face, smell the roses, eat out, run and play, etc. just like the next man, woman or child.

In my opinion many look at people with special needs funny mainly due to ignorance. Ignorance in not knowing what is wrong with someone. Ignorance in finding it easier to whispering and stare instead of looking outside the fishbowl they are trapped in for answers.

My family and I have experienced the whispers and stares first hand. When we go out with my Autistic grandson Isaiah many stare when he flares his arms from excitement or makes sounds that are not familiar to them.excit

At first I used to get very angry as well as sometimes embarrassed when going out in public with my grandson because I felt as though we were always under a constant center stage spotlight. Now I realize my grandson Isaiah is entitled to the same privileges that everyone else is privy too; and grandma will see to that.

I have come to realize that the stares and whispers are due to people not having the common sense to be compassionate. Many do not make a stand or understand until they are affected by the situation.

Super Hero Public Service Announcement

When my family and I are out in public settings and Isaiah is reading a book, which sometimes causes him to flap his arms and drop his jaw, I want to say to the folks that stare (in my super hero voice) “Citizens of planet earth it is okay. The young man you see before you is not a threat to you or to himself. The young man you see before you is not contagious. It is okay citizens. The young man has Autism. Carry on.” I know this may sound silly to you, however unless you have been in our situation, then you might not understand where I am coming from.

The bottomline is do not judge a book solely by its cover. By doing this you stand to miss out on all the greatness that is inside.

 Sumber: http://thedmvpost.com

Pembunuhan umat Islam Rohingya

Pembunuhan umat Islam di Burma (Myanmar) memang benar berlaku, penindasan terhadap umat Islam yang masih hidup juga memang benar berlaku. Laporan-laporan yang melibatkan umat Islam di Arakan bukanlah palsu. Namun malangnya beberapa gambar yang beredar di dalam internet, sama ada di Facebook, Twitter, BBM, malah termasuk juga rakan-rakan blogger ternyata palsu - sama ada disengajakan atau tersalah informasi.

Malah terdapat beberapa orang yang tidak bertanggungjawab sengaja mengedit gambar-gambar ini dan menyampaikan bahwa itu adalah gambar kekejaman terhadap kaum muslim Rohingya. Pastinya sebagai sesama muslim kita akan percaya akan gambar sedemikian.

Berikut ini adalah beberapa gambar yang pernah dan masih lagi beredar tetapi setelah diselidiki ternyata ianya palsu:


Terbukti gambar ini bukanlah gambar mangsa pembunuhan, sebaliknya gambar tersebut adalah situasi ketika umat Buddha di Tibet membantu mengeluarkan mayat mangsa korban gempa bumi di China. - Sumber Tibetan Community | Tibet Times


Seperti komen yang boleh dilihat dalam facebook di atas, dikatakan bahawa ini adalah gambar muslim yang dibakar di Burma, dan mereka yang percaya terus melontarkan komen-komen simpati dan kutukan. Gambar ini sebenarnya adalah gambar aktivis Tibet (bernama Jamphel Yesh) yang melakukan demonstrasi ketika kedatangan Presiden China ke India. Aktivis tersebut adalah pelarian yang mencari suaka ke India, dan melakukan aksi membakar diri ketika mengetahui Presiden China (ketika itu Hu Jintao) akan datang berkunjung. - Sumber: International Bussines Time | The Guardian



Ini sebenarnya adalah gambar dari Pattani, di selatan Thailand pada Oktober 2004. Gambar tersebut bukanlah gambar mayat, tapi gambar para demonstran muslim yang ditangkap kerana konflik yang berlaku di sana setelah sebelum ini ada ketegangan di antara umat Islam dengan masyarakat buddha.


Kumpulan gambar ini juga sebenarnya adalah sebahagian dari penangkapan mereka yang terlibat dalam rusuhan di Selatan Thailand. - Sumber: People's Daily | Frontline


Ini bukan gambar pembunuhan umat Islam melainkan gambar demonstrasi yang dilakukan oleh masyarakat Burma terhadap pemerintah kerana kenaikan harga barang di negara tersebut pada tahun 2007. -  Sumber: Ahrchk | My Sinchew


Gambar ini sebenarnya adalah gambar mangsa dari kejadian pengeboman yang berlaku di bandar Myawaddy di daerah Burma Timur yang bersempadan dengan Thailand dan ia terjadi pada Februari 2011. - Sumber: Arakan Info


Gambar ini dikatakan sebagai korban muslim Rohingya ketika rusuhan di Burma, tetapi sebenarnya adalah mangsa ledakan tangki bahan api di Kongo pada tahun 2010.


Sekali lagi ditekankan bahawa kejadian pembunuhan dan penindasan terhadap umat Muslim Burma adalah benar-benar terjadi. Tetapi ramai yang agak ragu dengan kebenarannya apabila timbul gambar-gambar palsu seperti ini.

Jika orang Islam sendiri yang mengedit dan menyebarkan gambar-gambar palsu sedemikian dengan sengaja untuk mengeruhkan keadaan atau untuk menimbulkan ketegangan dengan masyarakat Buddha secara keseluruhan, maka ia adalah tidak adil, sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Qur'an:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum membuatmu tidak berlaku adil. Berbuat adillah karena ia lebih mendekati ketakwaan." (Al Maa'idah: 8)

Namun jika telah terlanjur menyebarkannya kerana kesilapan maklumat, semoga Allah mengampuni kita semua.


Sumber: http://pulakdah.blogspot.com, 01 Ogs 2012

Amalan mendidik anak autisma

Di antara usaha yang boleh dilakukan mendidik anak autisma

Hajat Harimau Malaya kejut City tak kesampaian

Aguero (kanan) menjaringkan gol City dalam perlawanan persahabatan
di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Goh Thean Howe
Aguero (kanan) menjaringkan gol City dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Kuala Lumpur: Harapan untuk menyaksikan skuad kebangsaan melakukan kejutan ke atas Manchester City tidak kesampaian apabila juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mudah mencapai kemenangan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Aksi cemerlang skuad negara ketika kalah tipis 1-2 di tangan Arsenal Selasa lalu gagal diulangi, sebaliknya hanya bangkit pada baki lima minit terakhir untuk merapatkan jurang selepas ketinggalan tiga gol.
Pada babak pertama, anak buah K Rajagobal terselamat untuk hanya ketinggalan satu gol apabila gandingan Sergio Aguero dan Carlos Tevez bebas berlegar dalam kotak penalti negara untuk mencipta beberapa peluang gol.

Namun hanya percubaan minit ke-18 oleh Aguero yang secara solo memperdaya empat pertahanan berjaya menembusi gawang yang dikawal Farizal Marlias untuk gol pertama skuad kendalian Roberto Mancini.

Selepas rehat, Tevez tidak menunggu lama untuk melebarkan jaringan City dan memperoleh gol kedua pasukannya hasil larian solo minit ke-47 yang menyaksikan penyerang Argentina itu mudah menewaskan Farizal.

Permainan kurang bermaya skuad negara menyaksikan City sekali lagi menggegar gawang (m-52), kali ini menerusi Adam Johnson yang menerima umpanan cantik dari Aguero.

Hanya pada 20 minit terakhir, kemasukan beberapa pemain yang masih segar mengubah sedikit corak permainan negara dan akhirnya gawang City berjaya ditembusi menerusi Azamuddin Akil yang meledak gol sagu hati pada minit ke-88.
Sumber: Bharian

Monday, July 30, 2012

Olimpik London 2012 agenda Zionis dan Illuminati


 
Olimpik London 2012 dikaitkan dengan agenda Zionis dan Illuminati untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka sebenarnya. Perkara itu disahkan lagi dengan banyak pendedahan tentang perkara ini. Malah, melihat kepada pelancaran upacara sukan tersebut kelmarin jelas membuktikan ia ada kaitan jelas dengan Illuminati dan Freemason. Betulkah sampai begitu sekali? Olimpik dan Yahudi?

Sebelum ini Iran mengancam akan memboikot Sukan Olimpik 2012 London kerana mendakwa logo rasmi untuk sukan Olimpik 2012 itu menyerupai kata “ZION,“ yang merupakan istilah alkitabiah bagi Jerusalem.

Bahram Afsharzadeh, setiausaha agung dari Jawatankuasa Olimpik Nasional Iran, mengatakan dia menghantar surat kepada presiden IOC Jacques Rogge di mana ia mengutuk logo tersebut sebagai “rasis“ dan menyeru kepada negara-negara Muslim lain untuk bersama membantah.

Majlis pembukaan rasmi sukan Olimpik 2012 dipengaruhi unsur Majusi versi moden, moscot dajjal mata satu dan unsur illuminati/freemason dikesan digunakan secara meluas.

Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.

Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin

Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.

Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.

Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini.

Waallahu 'allam..


Sumber: FB

Gluten dan anak2 autisma


PERTANYAAN

"GLUTEN juga sering dihubungkan dengan penyakit Autistik. Anak yang menderita penyakit Autistik dianjurkan untuk melakukan diet bebas gluten dan Kasein"... Ada sesiapa yang dapat memberi PENERANGAN berkaitan dgn KENYATAAN d atas.


RESPON AHLI KAA

Nursyima Ismail Apa yg sy pernah baca tp betulkan apa yg tidak ya...casein dlm susu lembu agak susah cerna & gluten dlm kebnykan makanan karbohidrat membekal tenaga yg berlebihan membuatkan anak autisma jd hyper..Agak susah utk access GFCF kt Msia ni...paling hampir pun makan berasaskan organik (pn mahal jgk)...tp pengalaman sy berbeza, saya modifikasikan makanan anak saya dgn memberi beras perang, brokoli, carrot, protein berasaskan soya (tauhu & tempe), daging putih (ayam & ikan)...Alhamdulillah sudah hampir setahun anak sy amalkan diet ini dan sedikit sebanyak hyperactivity nya berkurang dan tahap konsentrasi sedikit meningkat...

Siti Zatiah Zainal thts very good to hear.anybody with more info on this n have tried ways n food tht works well with their children pls tell us more...tq

Nik Mat Ya Just to know, susu tepung yg my son minum everday..almost 4-5 times/daily..is it ok? He is now 6 yrs old..but still need susu..

Nursyima Ismail most parents who have autistic children do face problems in managing their kids diet...anak sy before officially diagnosed was on 100% cow's milk coz dia mmg tolak semua makanan...we didn't know that dia amat sensitif dgn tekstur makanan especially yg bertekstur lembik...bila disahkan autism dan disaran utk tukar diet, kami mula hentikan susu terus dan cabaran lain pulak dtg...apa2 pn soal pemakanan anak begini mmg kena 'tegas' & disiplin...dan kita as parents pun jgn complacent sgt sbb anak2 autisma tends to be 'manipulative' sometimes...

Nur Qyyum Ng ada parents yg substitute kan cow's milk dengan rice milk. dkt area Sunway tak jauh dr Taylor's college ada satu restaurant yg menyediakan menu GFCF free.. (sorry, nama restaurant tak ingat la)... di situ pun ada jual product GFCF free.. infact ada juga parents yg tempah kek cookies yg GFCF dr situ..


Intan Sulaiman Just nk share experience sy, anak sy di diagnosed moderate autism masa umor 2 thn setgh, lebih kurang 2thn setengah yg lepas. Masa tu mmg sy bg dia fresh milk mix with milo. Saya noticed symptom2 autism mmg kuat mcm susah tidur( tidur tak lena). Dia akan bangun tgh2 malam ketawa dan nangis berselang seli. Then sy decide utk cuba casein free. Means sy tukar susunya kepada rice milk mix with cadbury koko powder. Intake dairy yg lain sy keluarkan. Apa yg sy noticed dia dah xbangun mlm2 lg, xde lg nangis dan ketawa spt sebelumnya. So sy yakin ia berkesan utk anak ini. Disebabkan setiap anak2 autism berbeza2 kesesuaiannya, so xrugi mencuba. Since skrg sy dah move ke tempat lain dan nk dptkan rice milk xsemudah dulu so dia hanya amik cadbury koko powder dgn secubit gula. Alhamdulillah masih berhasil, sesekali tu ada jgk dia amik milo terutama kalu bwk keluar berjln xmenjadi masalah.

Wahed Wahida dmana nk dptkan susu beras tu..anak sysgt memilih mkn..klo nasi mknngn kicap saja..dan kbykannya minim susu...thks info yg sgg mbantu

Intan Sulaiman Ada yg ckp dekat Cold Storage di Wangsa Walk ada jual, tp sy xpenah check lg, anyway selain dari rice milk boleh juga amik almond milk. Kedua2 susu nih boleh buat sendiri di rumah ble google rice milk recipe dan almond milk recipes, sy penah salin ble msg fb sy kalo nak. Bezanya klo yg buat kat rumah nih xde preservative, so kena abiskan dlm tempoh kurang seminggu.

Intan Sulaiman Memilih makan mmg kebanyakan anak autism mcm tu. InsyaAllah apa yg saya nampak dr pemerhatian pd anak,ianya boleh diubah apabila usia anak meningkat, dan bergantung jgk pada pendedahan kita pada diet makanan mereka. Ddulu anak sy cuma mkn nasi putih (tak boleh tercalit kicap atau apa2 kuah lain, mesti putih bersih), sup ayam, dan ayam goreng serta ikan goreng shj. Buah cuma oren shj dia makan.Kuih xnak.Tp apabila usianya meningkat, sy cuba2 bg dia (walau sy tahu dia xnak), mknan lain, kuah masak lemak, buah tembikai, jambu, kuih karipap, kuih lapis. Slow2 bila dia nampak kita makan then pun ada rasa ingin mencuba dan akhirnya nak makan:)

Sunday, July 29, 2012

Pengalaman MANTAN autisma

Salam, kak Yati Ali, kak Azizah Noor dan juga kak emy.

Mungkin sedikit pengalaman yang saya boleh kongsi. Yg ni saya copy dr perbualan saya bersama kak Azizah.
(tak larat nak tulis balik.) :-)

Salam, kak...sorry lambat balas...busy sikit--last minit bnyk kerja di office.


Untuk pengetahuan akak, seingat saya, seperti yang pernah ibu, kakak dan abg sy bercerita, saya seawal umur 1 1/2 tahun dah mula tunjuk simptom2 autisme dan hyperaktif seperti tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa...

saya juga seperti punya dunia tersendiri, main sendiri, suka uruskan diri sendiri, makan sendiri, mandi sendiri---dll.

keadaan tersebut berlaku sehingga umur sy lebih kurang 4-5 tahun sebelum sy mula bersekolah.

pada mulanya, mereka (keluarga) memang sukar untuk menerima tabiat saya, malu nak bawa pergi majlis sebab sy berbeza dengan kanak2 yang lain, tambahan dengan narrow minded dari saudara-mara yang cucuk2, kata saya berkawan dengan makhluk halus, bunian, saka dan lain-lain, buat keluarga saya lebih tertekan.

selain itu, sy tidak suka diganggu jika sedang bermain atau duduk diam atau dipaksa melakukan sesuatu.

tapi, alhamdulillah, saya punya keluarga yang begitu supportive, walaupun saya tidak memberi sebarang respons, seawal umur 2 tahun, arwah abah dan ibu saya, kakak-abang saya mula mengajar saya berborak dengan cara orang dewasa, bertutur dengan bahasa yang tersusun, dan jarang sekali menggunakan bahasa2 pasar apa lagi bahasa2 yang kasar dan kesat.

Dengan cara itu, mungkin saya dapat absorb perkataan2 dan gaya bahasa dengan betul. Kebanyakan parents--ini dari pemerhatian saya, memanjakan anak2 mereka dengan gaya bahasa yang lembut, manja dan kadang2 menyebut perkataan dengan cara kanak-kanak. Itu tidak bagus sebenarnya.

Selain itu, seusia 3 tahun, saya sudah mula diajar mengeja, kenal huruf, dan nombor. Pada mulanya memang susah, sebab sy memang tak akan duduk diam, tapi gunakan cara alternatif, ajar semasa makan, semasa menonton tv, sambil2 saya main permainan, sambil2 saya berlari2...selitkan sedikit unsur2 pendidikan.

Saya masih ingat lagi, arwah abah sering bercakap2 dengan saya kalau dia bw saya naik motor, apa sahaja yg ada dihadapan kami, dia akan sebut, dan suruh saya ulang---perkataan pertama yang saya dapat sebut ialah "keretapi/kereta api".
Rumah kami dekat dengan stesen keretapi, dan tiap2 petang kalau keluar ke kedai memang arwah abah akan bw saya tgok keretapi, dan tak jemu2 sebut.

mungkin panjang kalau saya nak cerita semua,
tapi banyak yang saya dah lalui sebagai seorang penghidap autisme, umur 5/6 tahun baru saya mula bertutur, darjah 1-3 saya belum kuasai 3M---walaupun sebenarnya saya tahu dan hafal semua pelajaran, dan cemerlang dalam peperiksaan...pelik bukan?

Sebenarnya kanak2 autisme atau mana2 sekali pun kanak2 kelainan respons (saya tak suka disebut OKU atau kelainan upaya..hehehe), cara dan kaedah adalah sama, cuma ibu bapa dan keluarga perlu lebih kreatif untuk guna kaedah2 lain.

Ada kanak -kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik , bijak menyusun jigsaw -puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanak autistik perlu merangkumi aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan - kelemahan dan kekuatan -kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.

Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistik mereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik dan mengasuh anak itu.

Dan, alhamdulillah, walaupun tak secemerlang mana, saya sekarang mampu berdikari, mencuba pelbagai jenis lapangan kerja dan mampu menonjolkan bakat yang ada dalam bidang2 seni, kreatif----dimana yang tak pernah terfikir oleh keluarga saya pada masa dahulu.

Jadi, saya harap kakak dan keluarga jangan terlalu risau, anugerah pada mereka sebenarnya adalah lebih istimewa dari kanak2 lain.

Salam hormat --- Najeeb.


Sumber: KAA

Mencari kepuasan bekerja

RAMAI orang yang tidak tahu apakah yang boleh memberikannya kepuasan bekerja. Bagi yang baru mencari pekerjaan maka gaji dan upah adalah faktor yang difikirkan bakal memberikan kepuasan. Sebab itulah mereka sering bertukar pekerjaan lebih-lebih lagi apabila ditawarkan jawatan dengan gaji lebih tinggi.

Ada pula yang berfikir mencari pekerjaan sesuai dengan kelulusan akan memberikan kepuasan. Jika tidak sia-sialah belajar bertahun-tahun sewaktu di kolej atau universiti bagi memperolehi segulung ijazah.

Bagi sesetengah orang, melakukan pekerjaan yang bukan dalam bidang mereka, dianggap sebagai kerja sementara sebelum mendapat pekerjaan yang lebih sesuai. Namun bagi yang telah lama memasuki alam pekerjaan, mereka sedar bahawa gaji dan upah bukanlah segala-galanya. Justeru ada yang memilih kekal bekerja di sesebuah organisasi walaupun gajinya lebih kecil berbanding jawatan sebelumnya. Memang duit itu penting tetapi pada masa sama, banyak faktor lain lagi yang perlu difikirkan.


Berikut faktor-faktor yang sering diambil kira dalam mencari kepuasan bekerja:

Komunikasi Terbuka 

Kita seronok apabila wujud komunikasi dua hala antara majikan dan pekerja kerana ia membolehkan setiap masalah diselesaikan secara langsung dan setiap idea disampaikan terus tanpa tapisan. Sebagai seorang pekerja yang melakukan kerja sama saban hari, kita lebih arif tentangnya berbanding orang lain. Amatlah mengecewakan apabila setiap pandangan dicantas dan setiap usaha ke arah penambahbaikan ditolak tanpa alasan yang munasabah.

Bidang Tugas

Setiap orang mempunyai bakat dan kecenderungan yang berbeza-beza. Majikan yang cemerlang mampu mengenal pasti bakat dan kecenderungan ini lalu disalurkan pada tugasan yang betul. Menukar bidang tugas bagi tujuan mengelak kebosanan dalam diri pekerja belum tentu dapat meningkatkan produktiviti. Lebih-lebih lagi apabila tugas itu dijalankan oleh mereka yang tidak berkebolehan atau tidak berminat dengan tugasan diberikan.

Kebebasan Menjalankan Kerja

Kita biasanya rimas apabila kerja yang dipertanggungjawabkan terlalu kerap ditanya dan dipantau seolah-olah majikan tidak yakin kepada kita. Bagi sesetengah, orang cukuplah dengan memberitahu sahaja apa yang perlu dilaksanakan dan semuanya pasti beres.

Jaminan Kerja 

Ada orang kekal bekerja di sesebuah organisasi kerana dia tahu masa depannya terjamin di samping mendapat pencen. Sebab itu ramai yang berebut-rebut memohon pekerjaan sebagai penjawat awam. Namun jaminan kerja tiada sebarang makna apabila kita tidak seronok bekerja disebabkan faktor-faktor lain seperti tempat kerja yang tidak harmoni, komunikasi yang hambar serta bidang tugas yang membosankan.

Rangsangan Kerja 

Kita seronok bekerja apabila sering dipuji, pengorbanan dihargai, kenaikan pangkat yang telus, idea diterima, latihan diberi, suasana tempat kerja kondusif dan sebagainya. Semua ini akan memberikan kita rangsangan bagi meningkatkan prestasi pekerjaan dan kualiti hasil.

Faedah lain dan insentif

Faedah-faedah seperti bayaran perubatan, elaun perumahan, bonus tahunan, bonus perayaan dan sebagainya antara perkara yang juga diambil kira dalam memilih kerja atau memutuskan untuk bertukar kerja.

Walaupun gaji yang diterima lebih rendah tetapi sekiranya insentif-insentif sebegini wujud maka ia sudah cukup membuatkan seseorang pekerja merasa puas kerana merasakan sumbangan mereka dihargai.

Waktu kerja yang fleksibel 

Ada orang seronok bekerja di sesebuah organisasi kerana waktu kerjanya fleksibel. Mereka ini biasanya terlibat dalam bidang jualan kerana di pihak majikan yang penting bukanlah berapa jam masa mereka berada di pejabat sebaliknya berapa banyak jualan yang dibawa kepada syarikat setiap bulan.

Lagi banyak jualan lagi bagus meski pun masa mereka berada di pejabat kurang.

Peluang untuk maju

Tiada seorang pun yang suka berada pada satu takuk selama-lamanya. Semua orang mahukan kenaikan pangkat, peningkatan dalam kerjaya, peluang menyambung pelajaran, tanggungjawab yang lebih besar dan sebagainya.

Oleh itu majikan perlu fikirkan sesuatu bagi memenuhi kepuasan ini untuk menjana keseronokan bekerja.

Gaji dan upah 

Ramai yang selama ini menyangkakan bahawa kepuasan bekerja letaknya pada gaji dan upah yang lumayan. Hakikat sebenar adalah sebaliknya. Tidak ada ertinya gaji yang tinggi apabila anda tidak punya masa bersama keluarga, tidak sempat bersosial, tiada masa rehat dan suasana kerja yang tegang. Gaji dan upah lumayan hanya memberikan kepuasan jangka pendek.

Saiz organisasi 

Ada segelintir orang yang bekerja kerana organisasi tempatnya bekerja mempunyai bilangan pekerja yang ramai serta nama yang besar. Hakikatnya, saiz organisasi bukanlah faktor utama dalam mencari keseronokan bekerja.

Saturday, July 28, 2012

Nukilan ibu anak autisma

i have a son.
who has autism.
and he has taught me that just because i am older and have more experiences, it doesn't mean that i am wiser.

sometimes, we forget and disrespect younger generations. we tend to think that we know more. but we always forget. that we are also learning a lot from the younger generations.

i have a son.
who has autism.
who reminds me everyday.
that "I am your "teacher". Learn from me. And then "teach" me what you have learned."


 Sumber:Sufi Norhany

Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan di Nigeria


  • Share
Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak istimewa tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.



Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.


“Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey,” katanya
Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.

Bayi itu tidak mempunyai otak.

Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

- Agensi

Sambutan Hari Lahir di bulan Ramadhan

Sambutan sempena hari lahir Haziq dan Hadif
Majlis diadakan sewaktu majlis berbuka puasa
Sepupu2 haziq turut hadir drp 2 keluarga
Posing istimewa..Haziq dan Hadif berbaju melayu hijau
Sesi jamuan bermula


Menu berbuka Faqihah

KISAH IKTIBAR DI PENJARA SG. BULOH.




Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar.

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN....

iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

WALLAHU A'LAM,


Friday, July 27, 2012

Subhanallah! Langit Runtuh di Garie, Australia


  • Share

Satu kejadian yang amat aneh telah berlaku di Garie, Australia yang mana kelihatan langit telah dipaparkan seperti sedang runtuh. Gambar yang telah dirakam oleh David Dullaway pada tahun 2009 ini dikatakan diambil dengan secara tidak sengaja ketika satu ribut besar bakal melanda Pantai Garie yang berada selatan Sydney.

Seorang penduduk Garie yang namanya dirahsiakan berkata, “Saya seperti bermimpi apabila melihat kejadian yang sangat aneh ini. Langit seakan-akan sedang runtuh“. Beliau telah menetap di Garie selama 10 tahun dan mengatakan ini merupakan pengalaman pertama beliau. Di bawah merupakan gambar langit runtuh (atau the sky is falling).

Lihat saja langit yang seolah-olah hendak runtuh ini, penulis pun terasa seram di hati. Bagaimanalah keadaannya hari kiamat itu di mana langit terbelah, gunung bertaburan, manusia seperti serangga berterbangan, ibu mengandung keguguran anak, ibu lupakan anak dan macam-macam lagi. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan mematikan kita dalam iman kita paling tinggi.

Tugasan Faqihah di rumah

Sejak kecil, Faqihah suka melakukan segala2nya secara sendiri tanpa disuruh atau dibantu untuk memenuhi keperluannya. Kadang2 merisaukan kami sekeluarga kerana perbuatannya kadang2 diluar jangkaan yang boleh membahayakan diri.

Disamping itu, Faqihah turut dilatih untuk melakukan kerja2 rumah seperti membantu kerja2 di dapur, mengemas rumah, menyapu sampah dan mengemas bilik tidur. Tugasan utama dibawah pematauan abah ialah MENJEMUR kain yang telah siap dibasuh.

Di antara tugasan yang diberikan kepada Faqihah
Kurang fokus untuk siapkan tugasan dengan segera
Terpaksa dipantau bagi memastikan tugasan siap
Spjg ramadhan..kat rumah pakai tudung..tak pasti  kenapa

Rohingya


Masa kecil-kecil dulu, saya begitu ngeri mendengar cerita serangan tentera Tatar ke atas kota Baghdad. Umat Islam begitu dihinakan, disembelih dan dibunuh seperti haiwan ternakan. Saya bayangkan betapa jahat dan kejamnya mereka sehingga saya terfikir masa itu, ke mana perginya umat Islam dan kekuatan mereka?

Hari ini, saya seperti diberi jawaban yang paling layak untuk diri ini dan umat Islam. Di hadapan kepingan-kepingan gambar umat Islam Rohingya disembelih dan dibunuh kejam, saya bertanya, di manakah diriku ini?

Tuhan, lakukah jawabanku hari ini di hadapanmu di akhirat nanti?

by : ustaz nik mohamad abduh

Berita Terkini dari Burma




1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam
7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara


Kesan buruk merokok sebaik berbuka

Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.

Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. Agensi

Thursday, July 26, 2012

Mencari Pusat Terapi

PERTANYAAN

"Assalamualaikum, terjumpa page ini masa cari2 info pasal terapi anak autustik. Anak lelaki saya dah masuk 5 tahun, masih tak bercakap dan ikot ST dan OT di private hospital. Klu ada tempat2 terapi yg recommended mohon rakan2 beri info terutama di kawsan Wangsa maju"

Sumber: Laman blog admin KAA


RESPON AHLI KAA

Wahed Wahida sy bw d subang jsya med centre..tp agak mhl..skang refer ke hsptl slyg..dsana ada unit mekar.boleh cari mekar selayang..

Syaqila Yusof pi rawatan gelobang guna Dna kos nya murah Rm 50 mengunakan ayat suci al quran..cubalh pusat rawatan holistik http://kumpulanperubatabelektronikterengganu.blogspot.com/

Ruzza Amran Saya dari cheras, tp hantar anak kat tmn sri rampai.Pusat Terapi Sinar Ceria.

RNoor Afzan RYahya saya duk kat desa pandan dan saya st ngan st azmarul di innovative hearing belakang pwtc sebelah bangunan perkim

Noreen Mahdzan Sy di ampang dan hntr anak ke Care Speech di Jln Yap Kwan Seng, dkt Klcc.

Pengalaman autisma REMAJA


CATATAN PENGALAMAN ANAK AUTISMA REMAJA

Salam, kak Yati Ali, kak Azizah Noor dan juga kak emy.

Mungkin sedikit pengalaman yang saya boleh kongsi. Yg ni saya copy dr perbualan saya bersama kak Azizah.
(tak larat nak tulis balik.) :-)

Salam, kak...sorry lambat balas...busy sikit--last minit bnyk kerja di office.
Untuk pengetahuan akak, seingat saya, seperti yang pernah ibu, kakak dan abg sy bercerita, saya seawal umur 1 1/2 tahun dah mula tunjuk simptom2 autisme dan hyperaktif seperti tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa...

saya juga seperti punya dunia tersendiri, main sendiri, suka uruskan diri sendiri, makan sendiri, mandi sendiri---dll.

keadaan tersebut berlaku sehingga umur sy lebih kurang 4-5 tahun sebelum sy mula bersekolah.

pada mulanya, mereka (keluarga) memang sukar untuk menerima tabiat saya, malu nak bawa pergi majlis sebab sy berbeza dengan kanak2 yang lain, tambahan dengan narrow minded dari saudara-mara yang cucuk2, kata saya berkawan dengan makhluk halus, bunian, saka dan lain-lain, buat keluarga saya lebih tertekan.

selain itu, sy tidak suka diganggu jika sedang bermain atau duduk diam atau dipaksa melakukan sesuatu.

tapi, alhamdulillah, saya punya keluarga yang begitu supportive, walaupun saya tidak memberi sebarang respons, seawal umur 2 tahun, arwah abah dan ibu saya, kakak-abang saya mula mengajar saya berborak dengan cara orang dewasa, bertutur dengan bahasa yang tersusun, dan jarang sekali menggunakan bahasa2 pasar apa lagi bahasa2 yang kasar dan kesat.

Dengan cara itu, mungkin saya dapat absorb perkataan2 dan gaya bahasa dengan betul. Kebanyakan parents--ini dari pemerhatian saya, memanjakan anak2 mereka dengan gaya bahasa yang lembut, manja dan kadang2 menyebut perkataan dengan cara kanak-kanak. Itu tidak bagus sebenarnya.

Selain itu, seusia 3 tahun, saya sudah mula diajar mengeja, kenal huruf, dan nombor. Pada mulanya memang susah, sebab sy memang tak akan duduk diam, tapi gunakan cara alternatif, ajar semasa makan, semasa menonton tv, sambil2 saya main permainan, sambil2 saya berlari2...selitkan sedikit unsur2 pendidikan.

Saya masih ingat lagi, arwah abah sering bercakap2 dengan saya kalau dia bw saya naik motor, apa sahaja yg ada dihadapan kami, dia akan sebut, dan suruh saya ulang---perkataan pertama yang saya dapat sebut ialah "keretapi/kereta api".
Rumah kami dekat dengan stesen keretapi, dan tiap2 petang kalau keluar ke kedai memang arwah abah akan bw saya tgok keretapi, dan tak jemu2 sebut.

mungkin panjang kalau saya nak cerita semua,
tapi banyak yang saya dah lalui sebagai seorang penghidap autisme, umur 5/6 tahun baru saya mula bertutur, darjah 1-3 saya belum kuasai 3M---walaupun sebenarnya saya tahu dan hafal semua pelajaran, dan cemerlang dalam peperiksaan...pelik bukan?

Sebenarnya kanak2 autisme atau mana2 sekali pun kanak2 kelainan respons (saya tak suka disebut OKU atau kelainan upaya..hehehe), cara dan kaedah adalah sama, cuma ibu bapa dan keluarga perlu lebih kreatif untuk guna kaedah2 lain.

Ada kanak -kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik , bijak menyusun jigsaw -puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanak autistik perlu merangkumi aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan - kelemahan dan kekuatan -kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.

Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistik mereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik dan mengasuh anak itu.

Dan, alhamdulillah, walaupun tak secemerlang mana, saya sekarang mampu berdikari, mencuba pelbagai jenis lapangan kerja dan mampu menonjolkan bakat yang ada dalam bidang2 seni, kreatif----dimana yang tak pernah terfikir oleh keluarga saya pada masa dahulu.

Jadi, saya harap kakak dan keluarga jangan terlalu risau, anugerah pada mereka sebenarnya adalah lebih istimewa dari kanak2 lain.

Salam hormat --- Najeeb.