Wednesday, December 31, 2014

Umar dah Bercakap


Umar dah pandai bercakap. Dapat mengajuk perkataan yang diucapkan. Dah mampu menyebut 2 sukukata. Masih menjalar tanpa merangkap dan sekarang dah kerap nak berdiri sendiri. Bangun tidur awal pagi tanpa menangis. Suka sangat dengan abang cik dia... Hadif.

Terkini!... Hari ini 1/1/15 dah mula panjat tangga sampai 4 anak tangga.

Harapan Tahun Baru 2015 - Faqihah

Selamat Tahun Baru...

Tahun 2015 merupakan detik penghijrahan Faqihah ke sekolah menengah. Moga ciri-ciri autisma Faqihah akan turut berhijrah kepada yang lebih baik sepanjang berada di sekolah menengah. Mohon bakal guru-guru Faqihah akan mendidik Faqihah sebaik mungkin. Kaji dan fahami tingkah laku Faqihah. Gunakan pendekatan yang sewajarnya. Diharap Faqihah akan memperolehi sesuatu yang bermakna berada di sekolah menengah.
Photo: Selamat Tahun Baru...

Tahun 2015 merupakan detik penghijrahan Faqihah ke sekolah menengah.  Moga ciri-ciri autisma Faqihah akan turut berhijrah kepada yang lebih baik sepanjang berada di sekolah menengah. Mohon bakal guru-guru Faqihah akan mendidik Faqihah sebaik mungkin. Kaji dan fahami tingkah laku Faqihah. Gunakan pendekatan yang sewajarnya. Diharap  Faqihah akan memperolehi sesuatu yang bermakna berada di sekolah menengah.
Hasil Seni Faqihah - Harapannya di tahun baru 2015

PTPTN...Dah Bayar ke?


Pak Yoep idak pulak terlibat dengan PTPTN. Semasa belajor dulu terima dermasiswa. Tak payah nak bayor-bayor. Pak Yoep harap semua yang terlibat dapat bayor PTPTN tu agar ngamai lagi anak-anak kita  boleh terima. Dengor khabor, budjetnya dah ciput akibat keengkaran yang terlibat buat pembayaran.

18,253 peminjam PTPTN serah diri

Selepas lebih 10 tahun menyepi,18,253 peminjam tegar PTPTN tampil menyerah diri kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mengelak rekod buruk mereka, ingkar membayar pinjaman dipaparkan dalam...



Kadar Pinjaman Perumahan 2015



Kadar Kelayakan Baru Pinjaman Perumahan Mulai Januari 2015

Kadar Kelayakan Baru Pinjaman Perumahan Mulai Januari 2015 | Bahagian Pinjaman Perumahaan, Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan jadual kadar baru bagi pinjaman perumahan perbendaharaan Malaysia.

Wang proses sebanyak RM100 turut dimansuhkan.
Berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.

Berganda-ganda harga rumah sekarang. Rumah pak yoep dibeli pada tahun 2004 berharga RM125,000 dah meningkat kini, 2014 kepada RM300,000 di Ipoh. Gelap mata pak yoep jika nak jual rumah sekarang tapi jika meminjam semula bencana bakal menimpa berdasarkan harga terbaru yang dikeluarkan.

Kalau nak diikutkan hati memang nak jual rumah yang diduduki sekarang dengan membuat rumah secara sendiri...kontraktor sendiri. Kosnya lebih murah. Punca, suasana di sekitar rumah sekarang amat tidak kondusif.

Monday, December 29, 2014

Hasil Seni Faqihah - Dis '14


Bakat istimewa remaja autisma

Autisme ialah sejenis penyakit gangguan ke atas perkembangan otak yang mengakibatkan penghidapnya mengalami masalah dari segi komunikasi, interaksi sosial dan perilaku. Penyakit ini biasanya dikesan selepas umur 3 tahun apabila simptom autisme mula jelas. Ramai juga pesakit autisme yang menjadi tokoh hebat kerana IQ di tahap luar biasa serta mempunyai kreativiti yang tinggi. Umar remaja autisme 15 tahun juga mempunyai kelebihan dan bakat istimewa

Sunday, December 28, 2014

Sesi Pesekolahan 2015 - Ditangguhkan

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

29 December 2014

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Fail Meja

Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama, iaitu:

1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja.
2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.
3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.
4) Carta Organisasi Bahagian/Unit: Menjelaskan kedudukan setiap anggota dan tugas masing- masing.
5) Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-pegawai yang lain.
6) Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap aktiviti/tugas.
7) Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan pegawai.
8.) Carta Aliran Kerja menjelaskan tindakan-tindakan secara sistematik.
9) Senarai semak berbentuk soalan, rangkai kata atau pernyataan peringatan untuk menyemak tindakan-tindakan yang diambil.
10) Borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan menggunakannya.
11) Senarai undang-undang dan peraturan untuk dirujukan supaya tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.
12) Senarai Jawatankuasa ang dianggotai oleh pegawai yang berkenaan.
13) Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi dengan harapan dicapai serta berfungsi sebagai asas menilai pencapaian produktiviti.
14) Senarai Tugas Harian dengan tujuan mengingat aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut jadual.

Anak syurgakah - Autisma

Takrif ANAK-ANAK SYURGA....sesuai ke tidak?

Al fadhil ustaz Akyairee MRaus: Berkaitan isu yang dilontarkan oleh Safiah Suleiman dan pencerahan Nor Hayati Mohamad Sulaiman, perbahasan ulama tertumpu kepada perbahasan 'al-Qalam' atau 'Taklif'. Ia merujuk kepada pertanggungjawaban melaksanakan segala hukum syarak. 

Perbahasan yang agak panjang, tetapi bolehlah saya simpulkan di sini bahawa dari sudut saintifiknya anak Autisme merupakan individu yang mempunyai kecelaruan neurologi yang membataskan mereka untuk memahami segala perintah (al-Khitab), pemilihan (al-Takhyir) dan ketentuan sebab (al-Wad'ie) yang terkandung dalam hukum syarak. 

Tambahan drp pak yoep - anak autisma tidak dapat membezakan baik dan buruk. Benar ataupun salah. Maka mereka berada dalam keadaan.

Justeru, dari sudut feqah, mereka yang terdiri daripada golongan ini secara tidak langsung akan terlepas daripada 'hukum taklifi' dan bolehlah kita gelarkan mereka sebagai 'anak-anak syurga' dalam istilah kita. 

Namun, perlu diambil perhatian berkaitan dengan pendapat Imam al-Shafi`ie di mana anak-anak ini perlu didik dan diajar berkaitan ajaran Islam dan dari sudut pengamalannya juga perlulah diamalkan mengikut tahap kemampuan mereka bersandarkan fiman Allah swt
yang bermaksud: "Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan mengikut kadar kemampuan mereka.."

Tambahan drp pak yoep - Status anak autisma sebagai anak syurga akan gugur apabila mereka telah mencapai tahap kematangan tertentu yang mewajibkan mereka melaksanakan perkara di atas. Kewajipan mendidik atas tanggungjawab ibubapa.

Wallahu A`lam

Sumber - AM

Banjir di kampung pak yoep - Surut



Dalam tempoh 2 hari, keadaan rumah di kampung keluarga pak yoep dah kembali surut. Tiada kerosakan besar berlaku.  Walaubagaimana pun, bapa pak yoep masih berada di Ipoh, tak berani nak balik kampung takut gelombang ke-2 banjir akan berlaku.


Pada hari banjir besar berlaku, kalau diikutkan pak yoep bermalam di kampung tapi tak tahu macam mana berat rasa hati nak balik pada hari ini. Keesokan harinya balik dan sangkut dipertengahan jalan kalau tidak pasti kelam kabut jadinya. Banjir pulak berlaku pada jam 2 pagi di mana semua penduduk diarahkan pindah. Berkemungkinan kereta pak yoep turut tenggelam kerana banjir berlaku dengan pantas naik ke paras bahaya.


Saturday, December 27, 2014

Rawatan Buasir


=Rawatan untuk Masaalah Usus dan Buasir=
CEO/CL19 & 4
menguatkan sel usus dan membina kekuatan fokus.
HABIBI 
meningkatkan immune,
memperbaiki saluran darah dan menyingkir angin.
MAHKOTA DEWA
mengaktifkan organ perkumuhan untuk nyahtoksik.
AROMATHERAPY COLON CLEAR
menguat rectum dan mengecutkan buasir

Sumber - Dr Aishah
Hubungi DUTA Attitude Therapy:  alkindi5919@yahoo.com

Punca Banjir 2014


Bala bencana datang dari Allah S.W.T namun jangan lupa kepada asbab (punca) bencana itu datang. Apa punca banjir besar paling teruk yang berlaku sekarang ni ?
1. Musim tengkujuh @ angin monsun yg membawa hujan setiap hari.
2. Fenomena new moon yang menyebabkan air pasang di laut, jadi air sungai tak dapat sepenuhnya mengalir terus ke laut.
3. Deforestation (penggondolan hutan) menyebabkan jumlah air yang masuk terus ke sungai meningkat tinggi. Jika ada banyak kawasan hutan, air akan diserap ke tanah dibantu oleh pokok-pokok. Ini juga menyebabkan tanah runtuh. Kawasan rendah juga bertakung air sebab tak ada pokok-pokok untuk membantu air mudah menyerap ke tanah.
4. Peningkatan jumlah penduduk dan perumahan di bandar dan kampung menyebabkan sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung air atau mungkin banyak yang tersumbat.
5. Climate Change atau perubahan iklim dimana musim hujan dan musim kemarau menjadi panjang atau jumlah air dan suhu yang meningkat mendadak. Sebelum ini kita juga telah dilanda musim kemarau yang panjang. Climate Change berpunca daripada pelepasa gas-gas rumah hujau dari kilang-kilang, asap kenderaan dan pembakaran yang menyebabkan pemanasan global.

Kongsi Ilmu dengan Warga PDK

Ceramah bertajuk Anak Istimewa untuk Ibubapa Istimewa

15 Dis 2014 di Teluk Senangin


Hasil Seni Faqihah - 3 DALAM 1




Friday, December 26, 2014

Hari pertama berdiri


Dah berusia menghampiri 9 tahun pada jan 2015. Opsssssss.... bukan... 9 bulan. Buat masa ini masih menjalar lagi tanpa merangkak. Umar baru belajar berdiri sendiri mulai hari ini (27/12/14). Makan! semua dia makan tanpa memilih samada nestum atau kanji. Baru aja tumbuh gigi...2 batang.



Kehadirannya mengamatkan suasana rumah kami yang dah sedia gamat dengan keletah adik-beradik yang lain.Asyik begaduh dan bergurau senda sepanjang masa.



Sebagaimana dijanjikan sebelum pekahwinan kami, kuota jumlah anak dah dipenuhi.

Banjir - Orang Asli


Kg Orang Asli di sekitar Tasik Banding yang turut mengalami bencana banjir akibat daripada peningkatan air di tasik Banding Gerik.
Bantuan makanan dari JAKOA Perak telah diberikan kepada penduduk kampung yang terlibat.

Anak hiperaktif

Anak hiperaktif
Anak adalah permata hati kita, kurniaan, anugerah dan amanah Allah kepada ibu bapa. Beruntung bagi pasangan yang memiliki anak.

Namun begitu, bagaimanakah jika kita dikurniakan anak bermasalah? Kolum Permata Hati minggu ini membawa ibu bapa menyelami perilaku tidak normal anak iaitu cara mengenalpasti 
dan menangani anak hiperaktif.Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, hiperaktif bermaksud masalah terlampau cergas hingga pergerakannya sukar dikawal sama ada keadaan atau sifat. Keadaan ini biasa berlaku  pada kanak-kanak.

Oleh itu, ibu bapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak normal tetapi sangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Lihat dan teliti terlebih dahulu pada ciri khusus kanak-kanak hiperaktif.

Peringkat kanak-kanak adalah biasa jika mereka terlampau aktif, suka bermain dan mengalami pencapaian pelajaran sedikit merosot adalah normal. Ia bergantung pada umur dan peringkat perkembangan kanak-kanak.

Secara umumnya, hiperaktif dikategorikan kepada tiga tahap iaitu kekurangan tumpuan, mengikut dorongan hati dan berkelakuan aktif. 


Berkelakuan terlalu aktif

Tahap aktiviti motor yang tinggi iaitu sentiasa bergerak ke sana ke mari, berlari tanpa rasa penat, tidak boleh duduk diam dan sentiasa gelisah. Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari, memanjat perabot dan tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.

Kurang tumpuan

Tidak boleh menumpukan perhatian pada guru di sekolah atau tadika dan tidak berupaya menghabiskan tugas diberikan atau aktiviti permainan. Biasanya, mereka mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan lain dan sering kali tidak mendengar apabila
orang cuba bercakap dengannya.

Mereka selalunya tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.

Mengikut dorongan hati Tingkah laku impulsif dan memenuhi kehendak diri dengan segera. Biasanya, mereka tidak suka menunggu giliran dalam permainan dan suka mengganggu orang lain. Tindakannya di luar kawalan, cepat berubah melakukan sesuatu dan tidak mengikut arahan.

Masalah ADHD cenderung berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Kekurangan tumpuan dan hiperaktif dalam kalangan kanakkanak menyebabkan mereka lewat menerima pelajaran dan membantutkan pencapaian pendidikan. Masalah ini kerap alami kanak-kanak prasekolah dan ia boleh menjejaskan pencapaian bidang pelajaran pada peringkat permulaan.

Kaedah rawatan dan cara menangani Cuba rawat perilaku hiperaktif menggunakan kaedah pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul dengan kanak-kanak lebih muda.

Ada kemungkinan dia akan melakukan kekerasan seperti mencederakan kawan dan diri sendiri.

Jauhkan alatan berbahaya dan tajam supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri, tegur dan elak menunjukkan perbuatan kasar kerana kanakkanak hiperaktif mudah meniru pelakuan ibu bapanya.

Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak ini memerlukan perhatian, kasih sayang yang lebih dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang lain hingga dia terasa tidak disayangi.

Hal ini boleh memburukkan keadaan dan berisiko membuatkan kanak-kanak ini bertindak di luar kawalan.

Lazimnya, kanak-kanak hiperaktif melakukan sesuatu tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya saja dan suka bermain bersendirian.

Jika tidak diubati, berkemungkinan penyakit ini akan berterusan hingga mereka dewasa. Mainkan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa dan lakukan yang terbaik buat anak anda. 

Antara sikap kanak-kanak hiperaktif

  • Degil
  • Suka membantah
  • Suka melanggar peraturan terutama di sekolah
  • Mudah leka dan tidak memberi tumpuan terhadap sesuatu hal
  • Sering kali merasa tidak puas hati
  • Sering tertekan
  • Menghadapi masalah dalam pelajaran dan hubungan sosial
  • Cepat takut dan risau
  • Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.
  • Banjir - Kritikal di Kota Bahru

    Jumlah mangsa cecah 119,000, Kota Bharu makin kritikal
    Di KELANTAN, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Bharu naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang. - Foto Bernama

    KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang ini.

    Di KELANTAN, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Bharu naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586 orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi.

    Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri,  Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata limpahan air sungai itu telah merebak ke beberapa kampung berhampiran  termasuk Kampung Lembah Sireh, Kampung Pintu Geng, Kampung Kedai Buloh, Kampung Banggol, dan kawasan sekitar Pengkalan Chepa.

    Kesemua mangsa kini dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding hanya tujuh pagi tadi, katanya.

    Kecuali di Pasir Mas yang menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah mangsa kini mencecah 6,319 orang, beberapa kawasan lain kebanyakannya tidak berubah termasuk di Tanah Merah (3,546 orang), Gua Musang (5,150 orang), Tumpat (5,005 orang), Machang (4,039 orang), Jeli (1,430 orang), Kuala Krai (5,200 orang) dan Pasir Puteh (192 orang)

    Di TERENGGANU, jumlah mangsa terus meningkat kepada 34,884 petang ini berbanding 31,001 pada tengah hari.

    Daerah Kemaman mencatat tambahan mangsa kepada 25,090 orang daripada 21,381 yang ditempatkan di 46 pusat penempatan, demikian menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu.

    Daerah Dungun turut menunjukkan peningkatan menjadikan jumlah mangsa  8,197 orang manakala Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,369 orang dan Hulu Terengganu (228 orang).

    Bagaimanapun menurut portal itu,  bandar Kuala Terengganu masih dapat dihubungkan dengan Kuantan melalui beberapa lencongan dan jalan alternatif walaupun beberapa jalan utama masih dinaiki air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat.

    "Bagi pengguna jalan raya yang hendak ke Kuantan dari Kuala Terengganu menggunakan jalan pesisir, mereka disaran melalui persimpangan Jalan Che Lijah di Dungun dan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Tol Dungun.

    Hasil Seni Faqihah - 25 Dis'14 (Upgrade)



    Thursday, December 25, 2014

    Disebalik lagu Arjuna Beta... Autisma



    Sambil bawa anak2 ke kolam renang,terbeli majalah I-Sihat terbaru. Ada cerita autisma. Kisah Fynn Jamal, artis didik anaknya arjuna yang baru dikenalpasti autisma. Nasihatnya kepada semua ibubapa/penjaga yang mempunyai anak autisma perlu banyak sabar dan ingat selalu anak-anak autisma bukan consciously pilih untuk reject pendidikan dia. Mereka memang tidak mampu untuk daftar input tertentu sebab otak mereka sangat selektif. Pelahan-lahanlah kayuh. Kalau kita kuat semanggat, naik basikal dari Perlis ke KLCC pun akan sampai. Cuma lambat dan cepat. Usah risau, hidup ini bukan pertandingan. Apa yang penting sebagai ibubapa dengan anak autisma, jangan cepat putus asa kalau anak kita tak masuk ajar sekuat mana pun kita mencuba.

    Banjir - Stesen Minyak Tenggelam

    Allahuakbar.
    Air itu tidak mengenali siapa lagi, ia hanya mengenali Allah yang menyusun dan mentadbir alam ini.. menenggelamkan alam dan kekuasaan manusia, menimbulkan hebatnya pencipta, mengoyak kerakusan manusia, menta'zimkan Allah yang maha berkuasa, di kuala krai kelantan, ia berbicara dengan manusia.. "Wahai manusia, Allah lah yang mengatasi segala keluasaan dan kekuasaan yang ada!! kamu hanya hamba!! dengar dan patuhlah!!"..

    Sumber - Ust Dasuki FB

    Wednesday, December 24, 2014

    Kampung Pak Yoep Banjir


    Hasrat nak balik kampung LAMBOR terbengkalai. Tersangkut dipertengahan jalan TELUK BAKONG akibat banjir. Terpaksa balik IPOH kembali. Meriah sungguh suasana di kampung....Teringat zaman kanak2 pak yoep bergelumang dan berenang dalam banjir di LAMBOR dirumah atok



    Pengalaman bermakna untuk anak-anak menyaksikan suasana banjir di kampung secara nyata. Amat sukar untuk merasai suasana sebegini dalam tempoh masa yang panjang ianya akan berlaku. Hampi keseluruhan kampung yang berhampiran sungai Perak dilenangi air.


    Cuma Hadif sahaja yang takut melihat banjir. Duduk dalam kereta sahaja.


    Gambar laluan masuk ke kampung pak yoep yang ditenggelami air. Tidak pernah terjadi sedemikian sejak sekian lama.

    50 SEN yang TINGGI nilainya


    Siapa sangka rupa-rupanya duit syiling Malaysia sebenarnya mahal. Selalu kita dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan duit 10 sen keluaran 1971 di mana harganya mencecah ribuan ringgit.

    Tetapi tahukah anda bahawa  sebenarnya ada lagi duit syiling yang paling mahal di Malaysia yang telah terjual. Bayangkan duit 50 sen di jual dengan harga puluhan ribu ringgit. Mungkin duit tersebuat anda pernah guna dan tidak sedar akan nilainya.


    Kebanyak duit syiling yang akan disiarkan nanti telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).

    Berikut adalah nilai syiling termahal di Malaysia.

    5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600


    Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.

    Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.

    4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253


    Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55.

    Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

    3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942


    Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli).

    Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.

    2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769


    Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli.

    Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

    1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846



    Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.

    Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846.-



    Sumber - Bharian