Untuk berjaya dalam apa jua perkara yang kita lakukan, salah satu syarat utamanya adalah dengan RESTU ibu-bapa.
Seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, " Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu-bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu-bapa".
Selain itu juga, doa ibu-bapa merupakan doa yang paling mustajab. Maka, marilah kita bersama-sama berbuat baik kepada kedua orang tua dan selalu berpesan kepada mereka agar sentiasa mendoakan kejayaan kita.
No comments:
Post a Comment