Friday, November 22, 2013

BAGAIMANA PULA YANG TIDAK MENDAPAT 5A UPSR?


Janganlah guru dan ibu bapa lekas panik dan bertindak negetif. UPSR hanyalah satu ujian penilaian. Ia bukan satu kejayaan mutlak anak anak ini. Umur 12 tahun hanyalah satu tahap peralihan menuju proses keremajaan dan kematangan. Mendapat 5A itu mudah. Untuk mengekalkannya yang susah. 

Amalan hidup Islam bercirikan islah, seharusnya semakin hari semakin baik. Jika kita tidak segera membina akhlak dan sahsiah dengan pencapaian awal itu, maka segalanya akan musnah. Samada dari segi akademik, maupun sahsiah, ia seharusnya semakin baik. Itulah yang dinamakan amal soleh. Jika kita tidak saling menasihati, lalu anak yang dapat 5A terabai dan menjadi tidak ketahuan. Ini akan menjadikan umat ini rugi (QS:AL-ASR).

Meneliti statistik KASAR Peratusan pelajar 5A UPSR yang berjaya mendapat 8A PMR dan SPM tahun 2012 adalah amat rendah sekali. 33 % dari mereka tidak berjaya dalam PMR, dan 65% dalam SPM. Bahkan banyak kejayaan PMR dan SPM dicapai oleh pelajar yang bukan 5A dalam UPSR. Jadi, janganlah terlalu bangga dan selesa anak dapat 5A, sehingga memberi hadiah yang boleh membuatkan anak leka dan terlalu berbangga. Kebanggaan melampau yang tidak bersandarkan rasa tawaduk kepada Allah itu riak namanya dan ia akan menghapuskan amal kita. 

Bagaimana amal kita terhapus dengan riak itu? Ialah kerana sifat keji itu akan membuatkan Allah murka dan manusia benci. Kebencian Allah yang diterjemahkan oleh perasaan manusia itu akan menyempitkan rezeki kita. Riak juga menampakkan pelbagai aset kita dan itu akan memerangkap kita untuk menjadi mangsa jenayah. Manakala anak yang telah terbentuk sifat ini pula akan jauh dari rakan taulan dan orang sekitarnya. Nanti mereka akan terbiasa melakukan sesuatu tidak kerana Allah, hanya kerana laba dunia dan menunjuk-nunjuk saja.

Cara pengajaran yang kurang keratif dan berkesan, hilang atau tidak minatnya anak pada subjek tertentu boleh menyebabkan anak kurang cemerlang. Gejala meniru, soalan bocor, salah spot soalan, gangguan kesihatan dan emosi anak di hari peperiksaan yang telah ditetapkan itu juga turut memainkan peranan. Oleh itu, jangan terlalu kecewa bagi yang tidak mendapatkannya, kerana kekecewaan melulu akan mematikan semangat dan membunuh jiwa anak kita. Segala yang berlaku ada hikmatnya jika mahu ambil pelajaran dan mencari kaedah pembaikannya. Kejayaan selepas gagal jauh lebih bermakna.

Kami ada banyak kes akhlak dari anak 5A yang dirujuk. Tidak cukup ruang untuk kami ceritakan di sini. Cukuplah kami katakan ia amat menyedihkan dan kita semua wajib merasa rugi. Kes-kes ini turut bermata rantai sehingga ke peringkat PMR, SPM bahkan universiti. Semuanya atas kelalaian ibu bapa yang gagal mendidik anak untuk memanusiakan manusia. Ramai anak kita lulus cemerlang dalam ujian atas kertas tetapi gagal total dalam ujian tangan dan hati. Melalui kajian antarabangsa kita duduk di tangga ke 57, Singapore No. 2 dan China No. 1 

Sumber: WARGA PRIHATIN FB

No comments:

Post a Comment