Kini ia bagaikan satu kemestian untuk setiap anak memegang gajet sendiri. Tidak kira sama ada tablet, telefon bimbit atau pun permainan video. Tablet dijadikan sebagai ‘baby sitter’ untuk anak-anak duduk diam dan tidak buat hal.
Bagi ibu bapa yang tidak menyediakan gajet tersebut untuk anak-anak mereka, mungkin akan dijeling kerana beranggapan kedekut. Hakikatnya, ibu bapa tersebut bertindak sebaiknya kerana telah menyelamatkan anak-anaknya daripada risiko buruk ketagihan gajet di kalangan kanak-kanak.
Menurut doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr.Norazlin Kamal Nor, dalam satu seminar , membentangkan kajian yang diperoleh daripada ibu bapa kanak-kanak bergajet itu.
Disaranakan kepada ibu bapa yang baru berniat hendak membelikan gajet untuk anak-anak, agar melupakannya, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan gajet tersebut untuk anak-anak.
Salah satu kesan ketara yang diperoleh, kurangnya interaksi antara anak dengan ibu bapa kerana mereka sibuk bermain gajet. Kesan lain termasuk
· Mereka lebih banyak menguasai visual (melihat) berbanding auditori (mendengar). Keadaan ini boleh menjejaskan tumpuan mereka di dalam kelas semasa cikgu mengajar.
· Perkembangan bahasa mereka lemah.
· Mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.
· Beberapa kajian mengenai penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autism atau sukar memberi perhatian.
· Terlalu kerap menyentuh skrin tablet atau telefon bimbit menyebabkan kemahiran motor halus (pergerakan jari) mereka kurang berkembang.
Sumber: Majalah Pa dan Ma
No comments:
Post a Comment