ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) yang mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan.
Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.
Tanda dan gejala
Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih daripada enam gejala daripada kategori berikut:
A. Kurang tumpuan
Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
Mempunyai masalah untuk mengatur aktivitinya
Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
Tidak berupaya mematuhi arahan
Mengelakkan aktiviti yang memerlukan fokus dan fikiran
Mudah hilang perhatian
Pelupa
B. Hiperaktif
Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta menggeliat dan resah di tempat duduknya
Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
Berlari-lari dan memanjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
Bising waktu bermain
Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
Banyak bercakap
C. Menurut kata hati (Impulsiviti)
Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
Tidak sabar menunggu giliran
Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain.
No comments:
Post a Comment