Friday, December 4, 2015

Tabah jaga 'Anak Syurga'

Batu Gajah: Pilu hati seorang ibu apabila dimaklumkan jangka hayat anak sulungnya yang berusia 10 tahun mungkin tidak dapat bertahan lama kerana mengalami bengkak otak selain disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) sindrom Down.
Muhammad Zainil Iqmal Mohd Zaini, 10, dilahirkan anak istimewa sindrom Down dan lebih menyayat hati menanggung derita bengkak otak akibat sawan yang dihidapinya.
Ibunya, Nor Waniza Jamaludin, 32, yang juga ibu tunggal selepas bercerai pada 2012, tabah mengharungi hidup menyara tiga anaknya dengan bergantung kepada pendapatan RM25 sehari hasil bekerja sebagai pembantu di gerai nasi lemak.
Menurutnya, Muhammad Zainil Iqmal dilahirkan cacat mental sehingga tidak boleh berdikari untuk menyuap makanan dan menguruskan diri sendiri dan lebih menyedihkan, apabila anak sulungnya menjalani pembedahan di kepala pertengahan September lalu akibat bengkak pada otak.
“Zainil diserang demam panas yang teruk selepas mengalami sawan, lalu saya menghantarnya ke hospital. Pihak hospital memaklumkan otak Zainil tidak menerima udara serta membengkak hingga dibedah untuk memotong separuh tempurung kepalanya bagi udara masuk.

Sumber - http://www.hmetro.com.my/

PERHATIAN-
Kisah Iqmal pernah diwar-warkan dalam laman blog ini.

PEMBERITAHUAN - Ulangan

Atas cadangan warga FB Kelab Anak Autisme, Sumbangan derma boleh disalurkan ke akaun adik
MOHAMAD ZAINIL IQMAL BIN MOHAMAD ZAINI
Bank Simpanan Nasional
08234-41-00003160-4.
CATATAN IBUNYA BUAT WARGA KELAB ANAK AUTISME
"Assalamuailaikum semua terima kasih pada yg dah mnhulurkn bantuan pd ank sy mohamad zainil iqmal. Terima kasih pd admin
Byk membantu ank sy..Hanya Allah yg mampu membalas sgala nya .."

No comments:

Post a Comment