Pada tahun 2016, pak yoep merancang hendak masukkan seorang murid ppki sekolah pak yoep ke Program Inklusif. Walaupun anak pak yoep tidak diberi peluang untuk berada di program ini, pak yoep nak pastikan murid yang berkemampuan terutamanya boleh 3M, tiada masalah tingkahlaku ketara dan tiada masalah pengurusan diri. Murid yang hendak pak yoep inklusifkan ialah murid autisma yang berumur 8 tahun. Doakan usaha pak yoep ini dapat direalisasikan. Sasarannya agar dapat murid ini menduduki peperiksaan awam seterusnya mencapai keputusan yang terbaik.
KERTAS KERJA
CADANGAN PENGWUJUDAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH KEBANGSAAN SAMPIR KOTA
MARUDU 2014
Pengenalan
Pendidikan adalah suatu usaha sistematik yang dibuat oleh masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya. Ia merupakan satu proses untuk memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia. Menurut John Dewey, pendidikan adalah suatu proses pembaharuan makna pengalaman, hal ini mungkin akan terjadi di dalam pergaulan biasa atau pergaulan orang dewasa dengan orang muda, mungkin pula terjadi secara sengaja dan dilembagakan untuk untuk menghasilkan kesinambungan sosial. Proses ini melibatkan pengawasan dan perkembangan dari orang yang belum dewasa dan kelompok dimana dia hidup.
Pendidikan adalah suatu usaha sistematik yang dibuat oleh masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya. Ia merupakan satu proses untuk memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia. Menurut John Dewey, pendidikan adalah suatu proses pembaharuan makna pengalaman, hal ini mungkin akan terjadi di dalam pergaulan biasa atau pergaulan orang dewasa dengan orang muda, mungkin pula terjadi secara sengaja dan dilembagakan untuk untuk menghasilkan kesinambungan sosial. Proses ini melibatkan pengawasan dan perkembangan dari orang yang belum dewasa dan kelompok dimana dia hidup.
Pendidikan inklusif merupakan program yang mengintegrasikan
murid berkeperluan khas ke dalam sistem persekolahan biasa. Inklusif boleh
didefinisikan sebagai proses memasukkan murid secara fizikal dan sosiologikal
ke dalam kelas biasa dan diberikan pendidikan mengikut keperluan masing-masing
. Tujuan dan objektif utama pendidikan inklusif ini diadakan di Sekolah
Kebangsaan Sampir adalah seperti yang berikut:-
Tujuan pendidikan inklusif adalah untuk :
· Memberi
peluang kepada murid khas untuk menerima pengajaran, pembelajaraan.
· Menyertai
semua aktiviti bersama murid normal.
· Membantu
murid pendidikan khas menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek
kemasyarakatan dan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan
menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.
Objektif Pendidikan Inklusif :
· Meningkatkan
kesedaran murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga
sebahagian daripada ahli masyarakat.
· Memberi
peluang kepada murid berkeperluan khas utuk menyesuaikan diri dengan rakan
sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka.
· Memberi
pengetahuan dan kemahiran kepada murid khas yang berpotensi supaya dapat
meningkatkan konsep kendiri dan berkeyakinan diri mereka.
Latar belakang Pendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif jika dilihat melalui konteks pendidikan
khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan
pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam
kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah
Pendidikan. 1996)
Melalui pendidikan inklusif ini konep pengsealiran antara
murid biasa dan murid-murid berkeperluan khas cuba diwujudkan. Matlamatnya
ialah memberi peluang kepada murid-murid tersebut menerima pengajaran,
pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah
bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya murid-murid
berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek
kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan
tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota
masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)
Jika dilihat sejarah pendidikan di negara kita, pendidikan
inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya,
dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah
"Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia
telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Norani, 1980)
Matlamat utama pendidikan inklusif ialah untuk
mengsealirankan murid-murid berkeperluan khas dengan murid-murid normal di
sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua murid
berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu
mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. Deno (1970), telah menghasilkan
sebuah model tahap perkhidmatan pendidikan khas yang berupaya menampung tujuh
pilihan yang berupa satu "Cascade" untuk menempatkan murid-murid
seperti yang dicadangkan.
Polisi Pendidikan Murid Berkeperluan Khas di Malaysia
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pendidikan inklusif ini
sememangnya sangat disokong dan diberi perhatian yang lebih oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Ini dapat dilihat dalam beberapa akta ataupun dasar.
Contohnya dalam Akta Pelajaran 1961 dalam Bahagian 1 ( tafsiran) ada
dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang
khas untuk kanak-kanak kurang upaya. Seterusnya dalam Laporan Jawatakuasa
Kabinet (1978) mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui Perakuan 169
merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang
jelas kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia.
Malahan Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16/2002 yang berkaitan dengan tempoh belajar
bagi murid yang berkeperluan khas di Malaysia. Surat pekeliling ini
sesungguhnya telah mengiktiraf pendidikan inklusif ini dijalankan baik di
sekolah rendah ataupun sekolah menengah.
Selain daripada itu, kementerian-kementerian tertentu juga
mempunyai peranan masing-masing dalam mengesan kanak-kanak yang berkeperluan
khas.
v Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran, penglihatan dan
pembelajaran (terancat akal) yang boleh dididik.
v Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawab
untuk mengenalpasti di peringkat awal dan seterusnya menyaring kanak-kanak yang
dilahirkan dalam keadaan yang berisiko
v Kementerian Kebajikan Masyarakat pula
bertanggungjawab dalam member bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak yang
kurang upaya fizikal, terancat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak
spastic.
Pada masa yang sama juga, Deklarasi Hak-Hak Kemanusiaan
Sejagat ( 1948) turut meliputi hak bagi setiap individu mendapat
pendidikan yang menekankan keperluan –keperluan pembelajaran
termasuk untuk orang kurang upaya. Langkah langkah perlu diambil untuk
menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang
upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam system pendidikan.
Kemudian pada tahun 1959 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia di mana mereka berhak
mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami
serta peluang menjadi kanak-kanak normal.
Berdasarkan kepada perkara-perkara yang terdapat dalam akta
dan dasar yang dihuraikan di atas, dapat kita simpulkan disini bahawa
sememangnya baik kerajaan Malaysia ataupun pihak antarabangsa, begitu
menekankan pendidikan inklusif ini. Oleh itu, tidak salah jika ia turut
dimulakan di Sekolah Kebangsaan Sampir, Kota Marudu.
Murid Berkeperluan Khas di Sekolah Kebangsaan Sampir Kota
Marudu
Orang Kurang Upaya (OKU) ataupun orang istimewa ini boleh
didefinisikan sebagai individu yang sememangnya tidak berupaya menentukan
sendiri bagi memperolehi samada sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan
biasa seseorang individu yang normal dan ia juga tidak dapat hidup
bermasyarakat sama ada dari segi fizikal atau mental. Mereka ini dilahirkan
dengan keadaan lahiriah, fikiran dan perasaan yang luarbiasa. Dengan kata lain
mereka ini mempunyai tingkah laku tersendiri mengikut jenis keluarbiasaan atau
kecacatan yang dialami. Pertumbuhan dan perkembangan mental dan fizikal
golongan orang kurang upaya ini jauh lebih kurang ataupun kurang berbanding
orang biasa.
ELVEROON YOTONG
|
|
9 Tahun / Lelaki
|
|
Kg. Sampir, Kota Marudu
|
|
Rungus
|
|
Sindrom Diskalkulia
|
PIANEE MABAAS
|
|
9 Tahun / Perempuan
|
|
Kg. Sampir Darat Kota Marudu
|
|
Rungus
|
|
Sindrom Diskalkulia
|
Kedua-dua murid ini mengalami masalah ingatan yang teruk.
Menurut laporan daripada guru-guru yang mengajar kedua-dua murid ini, pada
suatu ketika murid ini mampu membaca nombor 1 hingga 10. Setelah ditinggalkan
beberapa minit, apabila diminta membaca semula nombor tersebut, murid tersebut
mengalami masalah untuk mengingatnya. Sindrom ini dikenali sebagai Diskalkulia. Ramai
pakar berpendapat, individu yang mengalami masalah seperti ini, boleh dibantu
dengan memberikan tumpuan khusus kepada mereka. Program pendidikan inklusif
yang akan diadakan boleh membantu kedua-dua murid ini.
Kekuatan Untuk Melaksanakan Pendidikan Inklusif di SK
Sampir, Kota Marudu
Pengwujudan pendidikan inklusif di SK Sampir, Kota Marudu
bukan sekadar memenuhi saranan Kementerian Pelajaran Malaysia ataupun badan
pendidikan antarabangsa. Ini dilakukan atas kesedaran bahawa sekolah ini mampu
melaksanakan. Sekolah ini mempunyai kelas lebihan yang tidak digunakan. Selain
daripada itu, sekolah ini juga mempunyai beberapa orang guru yang mempunyai
kepakaran dalam menjalankan pendidikan inklusif.
Pengurusan
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengurusan di Sekolah
Kebangsaan Sampir Kota Marudu sememangnya telah diakui oleh banyak pihak. Ini
dapat dibuktikan dengan kehadiran pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah ke
sekolah ini pada tahun 2011. Ini adalah kerana mereka ingin melihat sendiri
keberkesanan pentadbiran yang dijalankan di sini. Selain itu, dalam beberapa
pemantauan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu ke sekolah ini pada tahun 2013,
didapati sekolah ini mempunyai kualiti dari aspek pengurusan. Oleh yang
demikian, berdasarkan scenario ini, bukan menjadi satu halangan jika pendidikan
inklusif ini dijalankan kerana dengan pengurusan yang baik sudah tentu
pendidikan inklusif ini boleh berjaya. Selain itu, hubungan antara sekolah
dengan komunti ibubapa juga amat baik. Hubungan yang baik ini sangat membantu
jika pihak pengurusan meminta bantuan daru aspek tenaga ataupun kewangan.
Kemudahan Fizikal
Sebagaimana yang dinyatakan di atas, sekolah ini mempunyai
kemudahan fizikal untuk melaksanakan pendidikan inklusif. Ini kerana terdapat
lebihan bangunan yang tidak digunakan lagi dan ianya begitu sesuai untuk
dijadikan kelas pendidikan inklusif. Bangunan tersebut telah diperiksa dan
mendapati bahawa bangunan tersebut masih selamat digunakan. Bangunan ini
sebenarnya baru dikosongkan kira-kira 3 bulan yang lalu. Sebelum ini, bangunan
ini merupakan bangunan bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sekolah.
Tenaga Pengajar
Untuk menjadi guru pendidikan inklusif ini bukanlah satu
perkara yang mudah. Ianya memerlukan kualiti daripada seorang guru. Menurut
Atan Long (1992) dalam buku beliau yang bertajuk “Mengurus Tingkah
Laku Pelajar” , terdapat beberapa ciri menjadi guru yang baik iaitu emosi
dan mental yang stabil dan sihat, dipercayai, sering memberi kerjasama,
kesihatan yang baik, kecerdasan otak dan tingkahlaku yang sopan dan
menyenangkan. Kesantunan dan kepedulian adalah ciri-ciri guru yang baik malah
ia adalah perkara-perkara yang terkandung di bawah etika guru.
Sekolah Kebangsaan Sampir, Kota Marudu bertuah kerana
sekolah ini mempunyai guru yang memiliki cirri-ciri sebagimana di atas. Beliau
bukan sahaja mempunyai kualiti yang tersendiri, tetapi yang paling penting
adalah kerelaan beliau sendiri untuk menjadi guru pendidikan inklusif. Cikgu
Jahari Salihun yang kini mengajar kelas pemulihan sememangnya mempunyai
pengalaman yang luas, di mana beliau telah mengajar selama 10 tahun. Dalam
tempoh tersebut, beliau telah berjaya mendapat banyak pengiktirafan. Contoh anugerah
guru cemerlang ( 0% murid Protim). Beliau telah berjaya mendidik murid-murid
yang mempunyai masalah pembelajaran sehinggakan pada masa kini di sekolah ini
tidak mempunyai murid yang tidak pandai mengira ataupun menulis kecuali
murid-murid yang mempunyai masalah khusus. Selain daripada itu, beliau juga
pernah mengikuti kursus singkat mengenai pendidikan khas ini.
Sokongan Luar
Dalam usaha untuk mempastikan pengwujudan pendidkan inklusif
di sekolah ini menjadi kenyataan, pelbagai usaha telah diambil. Salah satu
usaha tersebut adalah mencari badan-badan NGO yang dapat memberi bantuan dari
aspek kewangan, pengalaman, motivasi dan sebagainya. Kerjasama yang wujud ini
amat diperlukan bagi memastikan pendidikan inklusif ini mencapai sasaran yang
diinginkan. Oleh itu, pihak Jawatankuasa Pendidikan Inklusif sekolah telah
menghantar surat kepada beberapa pihak seperti Persatuan Kanak-kanak
Spastik (Spastic Children’s Assocation), Pusat Bimbingan Sinaran Matahari,
Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa, Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down
Syndrome Foundation) dan Pacos Trust. Usaha murni ini juga telah
dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan daerah
Kota Marudu. Mereka telah memberikan respond yang sangat baik.
Kesimpulan
Diharapkan pendidikan inklusif ini dapat disegerakan
pengwujudannya di sekolah ini memandangkan terdapat beberapa murid-murid yang
memerlukannya. Proses pembelajaran murid-murid ini di sekolah harian biasa
tidak berjalan dengan lancar disebabkan murid-murid ini perlukan perhatian yang
khusus. Factor pengurusan yang baik, factor fizikal, sumber tenaga manusia dan
sokongan daripada badan NGO sebagaimana yang dinyatakan di atas member kekuatan
untuk menubuhkan pendidikan inklusif di sekolah ini.
RUJUKAN
1. Bahagian Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006-2010) Dokumen Standard
Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran)
Putera Jaya, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Jamila K.A.Mohamed
(2005): Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Jamil K.A Mohamed. Kuala
Lumpur: PTS Professional.
3. Yusop, B. H. M., &
Walter Alvin, J. (2010). Disgrafia dan Cara Membantu: Kajian Kes ke atas Murid
Program Integrasi Pendidikan Khas . Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL
(4):1-22
4. Zainal Abidin Osman.
2003. Penglibatan ibu bapa dalam program Pendidikan Khas
kanak-kanak bermasalah Pembelajaran. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan
Malaysia
kanak-kanak bermasalah Pembelajaran. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan
Malaysia
No comments:
Post a Comment