Thursday, December 17, 2015

PT3 - Kak Long 2015


14 Disember 2015, Result PT3 diumumkan oleh KPM. Tiada kerisauan dalam hati. Tahu tahap kemampuan Kak Long dalam peperiksaan tersebut.

Hadir bersama umminya ke SMK Convent. Umminya amat risau sekali, malah termimpi-mimpi mengetahui keputusan PT3 Kak Long pada sehari sebelumnya.

Terima sahaja result yang bakal diperolehi. Kak Long dah berusaha sebaik mungkin. Kadang-kadang tidak tidur malam study. Ada kalanya tidur dulu, kemudian bangun kembali untuk study.

Redho saja... Abah terima apa saja result Kak Long..

Alhamdulillah. Kegembiraan terpancar diwajah kak long apabila menerima keputusan PT3 daripada guru kelasnya... Kegembiraan dengan sedikit wajah kekecewaan.

Apa result PT3 Kak Long?



Sebenarnya...

Dalam PT3 yang baru diumumkan ini, kak long mendapat 6A4B 
Tahniah kak long!

Difahamkan markah yang B berada diantara 75 ke atas. Tiada rezeki kak long nak dapat seterit A.

B nya melibatkan BI - pemahaman &  penulisan, Geografi dan Math.

Sebab tak dapat A?

BI - Tidak dikenalpasti kenapa.
Geografi - Bahagian cadangan tidak memuaskan. Hanya dapat 5/20 markah.
Math - 2 soalan tidak dijawab dan ada beberapa soalan tidak dijawab sepenuhnya.

Apa-apa pun abah & ummi amat bangga dengan kak long.

Usaha & buat yabg terbaik untuk SPM nanti.

No comments:

Post a Comment