Friday, December 11, 2015

Penawar Murid Masalah Pembelajaran

Pak Yoep BELUM bersedia untuk pamerkan diri.
Bersama salah seorang duta Attitude Therapy. (Blogger Pak Yoep) 
— with Pak Yoep at Attitude Therapy.
Dilantik secara rasmi pada 23 Nov 2013

Sumber - FB Pengasas Attitude Therapy
Pak Yoep telah menghadiri Bengkel Pemasaran Online pada 8, 9 dan 10 Disember 2015 anjuran Onovasia vista di Ara Partners Taman Melawati KL atas usaha sendiri bagi membantu Attitude Therapy dalam aspek pemasaran dengan kebenaran pengasas Attitude Therapy kerana pak yoep hadir atas kapasiti Duta Attitude Therapy.

Banyak ilmu yang telah diperolehi terutama dalam aspek pemasasan online. Penyampaian penceramah amat memuaskan. Fasilitator yang terlibat juga telah memberikan komitmen tinggi membantu peserta kursus.

Salah satu hasil yang dapat dijelmakan dalam bengkel ini ialah pembinaan laman web yang bakal digunakan untuk pemasaran produk iaitu  web Penawar Murid Masalah Pembelajaran. Web ini diwujudkan dengan tujuan utama membantu ibubapa yang ada anak istimewa yang dikenali sebagai Murid Bermasalah Pembelajaran.

Terima kasih atas kepercayaan Attitude Therapy melantik pak yoep sebagai Duta Attitude Therapy sejak 2013.

Pak Yoep telah bersama-sama Attitude Therapy sejak 2004. Kisahnya bermula dengan mendapat rawatan anak istimewa pak yoep, Faqihah, yang mengahadapi masalah pembelajaran dalam kategori autisme.

Alhamdulillah, kini Faqihah dah menjadi remaja yang sempurna dalam pelbagai aspek hasil daripada rawatan yang diberikan oleh Attitude Therapy. Pengalaman kami mendidik Faqihah boleh diperolehi dengan melayari blog ini dalam topik anakku autisma.

No comments:

Post a Comment