Wednesday, November 4, 2015

Ucapan Pak Yoep


TEKS UCAPAN ALUAN
PEN. KANAN PENDIDIKAN KHAS
JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

Bismillahirraamanirahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang berusaha Pn Wan Patimah binti Zakaria, Guru Besar
SK Gopeng Taman Gopeng Baru

Yang dihormati 
En Sukri                                , Pengerusi Komuniti PPKI SK Gopeng
En Idrus                             , Naib Pengerusi Komuniti PPKI Gopeng
...............................................................................................................
Cik Hermalina, Setiausaha PPKI merangkap SU Kurikulum
Pn Norhanita , SU Hal Ehwal Murid
Pn Vanaja, SU Kokurikulum

Guru-guru, PPM, ibubapa yang hadir dan semua murid pendidikan khas SK Gopeng Taman Gopeng Baru sekalian.

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ka hadrat Allah SWT kerana dengan Iimpah  kurnia dan keizinan-Nya, kita dapat berkumpul  dalam majlis yang penuh bermakna pada pagi ini bagi meraikan Majlis Hari Jadi  dan Jamuan Akhir Tahun PPKI SK Gopeng Taman Gopeng Baru 2015.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Setiap tahun, PPKI SK Gopeng  telah  menganjurkan Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Hari Jadi peringkat sekolah. Buat julung kalinya, pada tahun ini majlis dilaksanakan di luar kawasan sekolah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Komuniti PPKI atas sumbangan tambahan bagi menjayakan majlis ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan di sini bahawa tahun 2015 merupakan tahun yang paling mencabar bagi guru-guru dan PPM SK Gopeng kerana banyak program dianjurkan pada tahun ini. Walaupun mencabar tiada kedengaran sebarang rungutan daripada pihak guru dan PPM. Manakala murid-murid akur sahaja dengan arahan yang diterima daripada guru. Semua ibubapa turut memberi sokongan yang maksimum.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti mana yang dipaparkan dalam buku program yang memerlukan komitman tinggi dan kesabaran untuk melaksanakannya. Matlamat utama aktiviti dilaksanakan adalah untuk tingkatkan ilmu dan kemahiran murid serta pendedahan awal kepada murid-murid pendidikan khas sebagai bekal untuk mereka mengharungi cabaran hidup bermasyarakat selepas tamat persekolahan nanti.

Pelbagai kejayaan juga telah dicapai diperingkat PPD Kinta Selatan dalam 3 pertandingan disertai iaitu Olahraga ( 2 Perak 3 Gangsa), Boling Tenpin (Johan Berkumpulan Lelaki dan Naib Johan Berkumpulan Campuran) dan Petanque (Naib Johan dan Tempat ke-4). Disamping itu, PPKI turut terpilih menyertai program diperingkat PPD Kinta Selatan - Kem Pendidikan Luar dan peringkat negeri Perak - Kem Bestari Solat. Terkini PPKI SK Gopeng terpilih mewakili PPD Kinta Selatan dalam program Malaysia of Book Record (MBR) – Kolaj Terpanjang di Malaysia semasa Hari Terbuka Pendidikan Khas peringkat negeri Perak di RTC Gopeng pada 18 Nov 2018.

Integrasi dengan murid aliran perdana turut dilaksanakan dalam program Hari Sukan Negara dan Perkhemahan Tahunan peringkat sekolah.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan  kepada semua warga PPKI SK Gopeng yang telah melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang sepanjang tahun 2015.

Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pentadbir SK Gopeng terutama Pn Wan Patimah binti Zakaria, Guru Besar SK Gopeng yang telah memberi sokongan yang tidak terhingga dalam memberi khidmat nasihat dan bimbingan dalam aspek pengurusan dan perlaksanaan program PPKI.

Tidak lupa juga kepada Pn Norhanita selaku SU Program ini dan semua AJK Majlis Hari Jadi  dan Jamuan Akhir Tahun  yang telah menjalankan persiapan bagi menjayakan  majlis pada pagi ini.

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Pn Wan Patimah binti Zakaria, Guru Besar SK Gopeng, kerana telah sudi hadir dan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini.

Wabillahi al-taufik wal-hidayah, assalammualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.


Catatan: Tahun ke-2 pak yoep selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas


No comments:

Post a Comment