Saturday, November 28, 2015

Hikmah Anak Istimewa

Peluang diberi kepada anak-anak istimewa ikuti aktiviti arus perdana
Di anugerahi anak istimewa kepada sebuah keluarga sebenarnya membawa bermacam-macam rahmat dari Allah untuk di sampaikan melalui mereka buat ibubapa dan seluruh ahli keluarga.
Saya selalu kongsi kisah Aiman...bukan bermaksud saya telah berjaya mendidik dan mencurah ilmu keibubapaan kepada dia. Ia lebih kepada progress perkembangan dia dari segi pemikiran, tingkahlaku, pemahaman dari segi menerima arahan.
Aiman juga banyak mengajar sebenarnya kepada kami khususnya saya sendiri sebagai ibunya erti ikhlas, sabar dan redha juga istiqomah. Kalau semalam saya boleh sabar...hari berikutnya saya juga kena sabar. Dalam masa yang sama saya rasa seolah-olah Allah bagi saya peluang untuk menebus segala kesilapan saya terhadap anak-anak yang lain. Mungkin selama ini mereka 'takut' tetapi tiada 'ketaatan' yang hakiki terhadap saya dan suami. Menyedarkan juga bahawa saya selama ini sekadar melunaskan tanggungjawab membesarkan mereka di sebalik tanggungjawab sebagai ibubapa yang melahirkan mereka DARI menunaikan amanah dari Allah yang sebetulnya. Membesarkan mereka dengan memberi makan minum, membelikan pakaian dan melindungi mereka dari sakit demam atau panas dan hujan.
Alhamdulillah... Aiman juga memperbetulkan sikap saya dan suami supaya berlaku adil dan kesamarataan memberi kasihsayang. Tiada jurang sebesar zarah pun antara anak-anak kita. Kehadiran Aiman banyak menampung kekurangan dan melengkapi sesama kami.

Berusaha lebih kepada persediaan ukhrawi buat mereka. Jatuh bangun terus menggali ilmu yang amat sedikit ini. Syukur banyak kawan-kawan kiri-kanan sentiasa titipkan kata-kata semangat dan nasihat lebih-lebih lagi sudi menegur salah dan silap.

Jika kita lebih memikirkan keperluan duniawi mereka maka akan makin jauh dan payahnya kita menyemai keperluan dan persediaan ukhrawi mereka. Semoga kita semua tabah, sabar dan redha dalam apa juga situasi membesarkan zuriat kita.

Sumber - Muslimah Qaseh

No comments:

Post a Comment