Sunday, November 8, 2015

Mesyuarat Keluarga Mat Bunga


Buat kali ke-2, keluarga Mat Bunga mengadakan mesyuarat secara rasmi. Kali pertama untuk memutuskan status hubungan apak dengan mak tiri pada tahun 2009.

Mesyuarat kali ini diadakan pada 7 Nov 2015 disamping mengadakan kenduri arwah mak sekali. Kehadiran kenduri, semua hadir kecuali pak yoep kerana ada tugasan di sekolah. Mesyuarat keluarga, semua hadir kecuali Alit kerana ada tugasan di sekolah tapi beliau setuju dengan apa jua keputusan mesyuarat.

Tujuan utama mesyuarat adalah untuk memutuskan kedudukan wang dividen felcra yang baru diterima daripada maksu yang tertangguh hampir 8 tahun.

Agenda utama mesyuarat.

AGENDA 1: Jumlah wang dividen Felcra

Jumlah diterima RM 21489.75 tidak termasuk tuntutan kos pengurusan maksu dan upah haji arwah mak.

AGENDA 2 : Penggunaan wang Felcra

1. Rawatan laser mata apak - RM 2500.00 (Sebelah)
2. Umrah apak - RM 6000.00
3. Tahung keluarga - RM 8000.00
4. Agihan ahli keluarga - RM 3600.00
5. Kebajikan (Rawatan Nyah) - RM 1000.00
6. Saguhati Jaga Apak Sakit (Ola) - RM 500.00
7. Kenduri arwah - RM1000.00

AGENDA 3: Penubuhan rasmi persatuan Keluarga Mat Bunga

Berkonsepkan koperasi keluarga.

HAL LAIN-LAIN

1. Sumbagan wajib setiap keluarga RM120 setahun.
2. Perjumpaan wajib setiap tahun.
3. Rawatan laser tambahan mata apak ditanggung bersama RM300 seorang.

Mesyuarat berjalan lancar bermula jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.


No comments:

Post a Comment