Doktor klinik sahkan hadif menghidap ekzema. Lantas merujuk terus agar hadif dapat pemeriksaan doktor pakar Hospital Raja Permaisuri Bainun. Dimaklumkan untuk dapatkan temujanji sahaja sebab ramai pesakit di klinik pakar tersebut.
Alhamdulillah, Hadif diterima terus untuk menerima pemeriksaan tanpa menunggu temujanji pada tarikh yang lain. Terima khidmat nasihat yang panjang lebar daripada Dr Deeraj. Komitmen yang tinggi ditunjukkan semasa memberi khidmat nasihat. Bercerita dari A to Z mengenai Ekzema.
Dalam masa 3 hari dah banyak perubahan. Tahap ekzema Hadif dah bertambah baik. Terbukti, perkhidmatan yang diberikan oleh hospital kerajaan adalah setanding dengan swasta. Mengapa bazirkan wang ke klinik swasta?
No comments:
Post a Comment