Tuesday, November 3, 2015

Kak Long MRSM 2016



Kak Long baru saja selepasai menduduki peperiksaan PT3 - 2015. Respon tidak memuaskan kerana dia merasai gagal menjawab dengan baik dalam peperiksaan tersebut. Situasi yang sama dihadapi oleh semua kawan-kawannya di SMK Convent. Tetapi berjaya dalam peperiksaan percubaan.

Permohonan ke MRSM telah dibuka. Walaupun dia berat untuk memohon kerana dia lebih selesa terus berada di SMK Convent, kami minta dia memohon juga agar tumpuan SPM dapat difokuskan apabila berada di sekolah berasrama. Kak Long akur tapi lebih berminat untuk masuk SBP berbanding MRSM.

Pilihan pertama MRSM ialah MRSM Jasin, Melaka yang merupaka MRSM ke-3 terbaik di Malaysia. MRSM pertama dan ke-2, permohonan dah ditutup.

Lepas UPSR, kak long dah memohon ke MRSM Ulul Albab di Terengganu tapi gagal. Kegagalan daripada segi aspek pencapaian dalam mata pelajaran tidak memuaskan terutama Bahasa Arab dan Hafazan.

Mohon pengunjung laman pak yoep ini turut mendoakan agar kak long berjaya dalam permohonannya ke sekolah berasrama samada MRSM atau SBP.

Terima kasih pak yoep ucapkan.

No comments:

Post a Comment